Tuesday, September 25, 2012

Aktiviti Bukit Gasing..dekat jer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat yang lepas, aku bersama 7 orang rakan yang lain bersemangat memulakan aktiviti mendaki bukit Gasing. Ini bukanlah kali pertama aku ke sana. Sebelum ini sampai jugaklah ke puncak sana.

Pukul 6 petang kami telah berkumpul beramai-ramai dan memulakan aktiviti trekking. Cuaca pada hari itu agak gelap kerana hari mau hujan. Sewaktu kami naik, berselisih dengan beberapa pendaki yang lain yang sedang berpusu-pusu turun. Takut hari gelap, nak hujan kata mereka.

Namun kami tetap meneruskan perjalanan. Terus terang aku katakan tenaga aku memang tidak sama seperti dahulu. Adoii..adakah faktor pemakanan? faktor perubahan jadual harian? Haha walau apa pun faktornya, tetap juga aku rasa aku semakin semput!!

Kali ini aku mengalah sahajalah. Aku dan 2 org teman hanya mampu sehingga ke Jambatan Gantung. Kami menunggu di situ (bersama payung yang terbuka - kerana hari hujan), sementara beberapa org teman yang lain meneruskan pendakian. Tapi mereka juga tidak naik sehingga ke puncak. Alasan: kasihan kat kami..erkkk...

Seorang kawan bertanya keesokan harinya samada badan aku lenguh2 atau tidak. Hehe..TAK DE PUN! jawabku. Memang tak ada aku terasa lenguh atau sengal2. Cuma rasa segar sahaja.

Boleh ke aku jadikan aktiviti ini aktiviti mingguan? Untuk menambah stamina apa salahnya kan. Jomlah kita sihatkan diri...

No comments: