Tuesday, July 17, 2012

...Masterchef Selebriti Pertama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ihsan darAstro

Sebenarnya aku dah jangka dari awal lagi akan kemenangan Dato' Dr Fazley ni. Beliau seorang yang berbakat, konsisten dan kreatif.

Tapi persaingan dengan Angah Raja Lawak ni memang mengejutkan. Angah pada permulaan episod dia memang boleh masak cuma biasa2 sahaja. Tanggapan pertama aku mungkin Dato' Fazley berentap dengan Soo Wincci ataupun Dato' Fazley bersama Juliza. Tapi semakin lama aku tengok dia semakin bersemangat dan terror memasak. Aku rasa kelebihan dia adalah dia seorang yang berani dan sangat kreatif. Apapun persaingan mereka berdua memang mantap walaupun akhirnya Angah kalah di tangan Dato' Fazley yang memang sangat handal memasak masakan Barat. Tapi Angah, anda tetap terbaeekkkkk....!!!! Tahniah buat anda berdua. Dan Tahniah buat semua peserta.

Hee apa yang membuatkan aku nak post entri kali ini adalah sikap kasih sayang yang ditunjukkan oleh Dato' Fazley dengan keluarganya. Halamak, dia ternyata seorang yang penyayang dan lemah lembut. Sukanya aku tengok apabila dia mencium dahi isterinya yang cantik itu. Sangat comel okeh!

No comments: