Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadhan 1433 H. Masih belum terlambat nk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ini. Semoga amal ibadat kita di Ramadhan kali ini berlipat ganda, mencari keredaan Ilahi.

Hari ni sudah start bekerja. Adoiii ngantuknya aku rasa. Tekak dah mula sakit ni. Bulan alasan tapi mmg tekak dah mula perit. Kena minum madu banyak2 ni.

Jumaat yang lepas bermalam di rumah mak. Nk menyambut puasa pertama dengan famili. Malamnya kami beramai2 pergi terawih. Seronoknya sehingga 2 malam aku dan suami di rumah emak. Malam tadi nak balik ke rumah kami semula, ayah pula tak sihat. Demam. Rasa kesian pulak nak tinggalkan ayah sorang2 sahaja bila mak dan kakak pergi terawih. Akhirnya kami pulang setelah mak dan kakak pulang dari masjid.

Balik rumah tu, jgn ckplah..memang penat sungguh. Selepas mandi, terus naik ke katil. Heee...dah melambai2 panggil suh tidur.

Doaku semoga Ramadhan kali ini aku akan dapat beribadah dengan sebaiknya. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk mak dan ayah aku, mak dan ayah mertua, adik beradik, ipar duai dan semua keluaga besar aku. Juga untuk semua umat Islam di luar sana...amin.

 

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design