Tuesday, December 13, 2011

Tarikh pembaharuan lesen memandu..praktik kah?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam sempatlah aku renew driving license aku setelah hampir 2minggu lewat dari tarikh yang sepatutnya. Bukan apa, malasnya rasa aku nk beratur menunggu nombor giliran dipanggil memandangkan waktu rehat adalah sangat limited. Dah sah2 keadaan di pejabat pos waktu tghri itu umpama tin sardin heee...

Disebabkan semalam adalah cuti khas buat semua penduduk Selangor (Keputeraan DYMM Sultan Selangor) maka aku pun mengambil kesempatan yg ado... Itupun disebabkan ada hal lain yg menuntut perhatian aku jugak. Kalau semata untuk lesen ini sahaja, aku rasa sehingga ke hari ini mungkin aku masih jadi memandu haram. Almaklumlah musim yg tdk menentu, maka tempias demam tu kenalah pada aku jugak.  Segala macam jenis ubat aku telan agar cepat sembuhnya...

Renew ingat nk buat utk setahun je..sebab aku nk tukar gambar kat lesen tu. Tk molek rasanya masih menggunakan gmbr yg tidak bertudung itu. Nk ke JPJ aku harus mengambil cuti..cuti utk tahun ni dh abis weeee...

Rupanya encik yg bertugas di kaunter hadapan pejabat pos tu teruslah lanjutkan tempoh hingga ke tarikh lahir aku utk thn 2013. 

Agak2 praktik ke gunakan cara sebegini? Pada aku rasa sama sahaja. Nak2 pulak kalau time harijadi tu, manakan nk ingat tarikh pembaharuan lesen selain ingat nk collect HADIAH je kan..heee...

Apapun ikut jelah. Mungkin ianya berguna jugak pada pemandu lain... 

No comments: