Thursday, March 17, 2011

j.e.r.a.w.a.t

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Melihat kepada tajuk di atas ni je pun dah menakutkan kan? Musuh wanita nih! 

Minggu ni jerawat tumbuh lagi di muka aku (selalunya di sekitar hidunglah) Haishh sangat benci. Memang bila tiba time begini je, pasti 'jerawat bulanan' akan muncul. Sangat sakit hati. Tapi rasanya dulu tak macam ni. Dulu kulit wajah aku bersih (eh, siapa lagi nak puji diri sendiri kan?) dan jerawat teramatlah segannya nak muncul tapi la ni..dh makin berani pulak, dtg tanpa dijemput, perginya tak juga walau dah puas aku 'usir'. Lantas bagaimana? Huhuhu...

Taklah banyak mana pun sebenarnya tapi disebabkan jerawat yg beginilah (apalagi yg berbekas) huishhh mencacatkan pemandangan wajah aku yg ayu ni (sekali lagi nk puji diri sendiri - sentiasa bersyukur dgn anugerah Ilahi ;-)))

Puaslah bermacam petua aku cuba, semuanya memerlukan kesabaran. Setiap malam aku sapukan krim aloe vera. So nampaklah sedikit perubahannya. Tapi macam lambatlah pulak aku nk dptkan hasilnya.

Sudahnya aku sambung semula memakai krim Tia Amelia ni. Bagus set penjagaan ni. Dulu dh pakai. Bila muka dh elok, malaslah pulak nak sambung. Sudahnya?? Huhuhu.. Alamtnya aku kena teruskan jugaklah memakainya memandangkan kulit wajah aku dh tk seperti waktu remaja dahulu.

Semoga jerawat ni cepat nyah dari muka aku..heeee

Nota kaki : hehehe aku jumpa petua, katanya nak elakkan jerawat tu meninggalkan parut / bekas hitam, gosok jerawat tu dengan bawang putih.... aku tgh mencubalah ni. hehehe..

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design