Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Korang dah tgk filem Hikayat Merong Mahawangsa? Kalau dah tgk apa pendapat korang tentang garapan cerita ni? Pada yang belum tu cepat2 pergi ya..

Aku dah kawan2 kononnya nak menjadi antara yg pertama menonton filem ni. Tapi akhirnya kami memilih Jumaat malam untuk menonton filem ni, bermakna hari kedua tayangan bermula. Okaylah tu kan. Nk mengelakkan supaya tak kecewa kalau tiket abis kalau beli di kaunter tiket, kami buat tempahan online saja. Senang! Nak ambil tiket lagi 5minit sebelum tayangan pun boleh (sebab dah bayar kan melalui kad kredit) 

Aku rasa boleh tabiklah pada Yusri dan KRU team sebab berjaya hasilkan filem epik macam ni. Memang bukan senang nak buat yang setanding dengan filem2 epik antarabangsa yang lain tapi pujian memang patut diberi untuk mereka.
Filem sejarah macam ni, memanglah agak boring (sorry, bagi aku yg tk berapa gemar sejarah ni) tapi KRU berjaya menyuntik unsur2 lucu dalam beberapa babak dan melalui percakapan..hehehe..

Aku rasa bab yang best tu sewaktu Stephen Rahman Hughes dibawa masuk ke gelanggang. Sewaktu tu wajahnya ditutupi kain hitam. Bila terbuka je wahhh penonton pun bersorak heheh..hensem..:-))

 Yang menghairankan aku adalah sewaktu adegan Dato' Rahim Razali. Entah kenapa setiap kali wajah Dato' difokus, penonton semua ketawa.. Agaknyalah mungkin wajah Dato' nampak lucu dengan gaya rambut sebegitu heheh..
Apapun, korang pergilah tengok filem ni.. memang satu kelainan. Tahniah buat KRU.
Pada korang yang masih tak tahu tentang Merong Mahawangsa ni, bolehlah google je..kalau malas sangat, klik je link wikipedia ni untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas


Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islampada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design