Tuesday, August 24, 2010

Puding Santan Bersos Kismis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Nak cerita pasal puding yang aku buat ni. Puding ni aku buat semalam. Ini pertama kali aku mencuba resipi ini. Not bad. Sos kismisnya memang sedap. Cuma pudingnya sedikit keras. Sukatan air yang aku pakai kurang rupanya..hahaha..but still enak dimakan.

Ini ada resipi untuk dikongsi:

Puding
- Agar2
- Gula pasir
- Tepung Jagung
- Santan
- Air

Bahan sos
- Air
- Gula pasir
- Kismis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 uncang teh
- Tepung jagung

(sukatan mengikut kepandaian sendiri hehe)

Cara membuatnya:
Puding - masak agar2 sehingga cair, campurkan santan. Kemudian masukkan tepung jagung dan gula. Jerang di atas api sederhana sambil kacau hingga pekat. Kemudian masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Sos - Jerang air bersama bunga cengkih, uncang teh, gula dan kismis hingga mendidih. biar selama 10 minit. Kemudian keluarkan uncang teh dan masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat. tuang sos ke atas puding yang telah keras. Siap dimakan!

 ********

2 comments:

:::jillian de jill::: said...

amboi!!! terliur aku beb... aku dah lama tak buat ni... tgk ko buat rasa excited nak buat... heheh

aryanieismail said...

Haha..buatlah azila. budak2 mesti suka

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design