Thursday, May 17, 2012

Bila aku dah ngantuk...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Saat dan ketika ini, aku rasakan mataku dh semakin layu dan pedih. Betapa aku rasa mengantuk yg teramat sangat! Apa aku buat semalam? Huishhh banyak aktiviti heee...

Pagi ini aku terjaga sekitar jam 3 pagi dikejutkan oleh bunyi angin ribut beserta hujan di luar rumah. En suami pun terjaga. Lepas tu mata dah tak boleh nk dilenakan semula. Berjagalah aku dan kemudian terus bersahur. Sudahnya inilah jadinya..NGANTUK!

Semalam aku berpuasa, menggantikan puasa yang tertinggal. Masa dah semakin suntuk barulah aku nk terhegeh2 kan. Apa nak buat, asalkan terganti puasa aku sebelum tibanya puasa akan datang ni Alhamdulillah... Sesiapa yg belum ganti tu cepat2 lah ganti ya..tak lama lagi puasa dah nak menjelang.

Adoii seriously mata mengantuk dan mood pun tk berapa nk bagus ni. Aku jadi orang sombong hari ini, mls nk layan sgt pertanyaan kengkawan yg aku rasakan tk berapa penting nk jawab. Dengan bebanan kerja yg banyak tapi apa nk buat mata dah kuyu. Kalau tidak boleh jugak aku layan kopi bg menghilang rasa mengantuk yg bergayut di hujung mata. Sekarang ni menghitung detik waktu nk pulang sahaja.


Semalam MNG membawa aku keluar makan, berbuka di luar. Cadangnya mcm nk makan nasi dengan lauk yg panas2 sebab hari itu mmg aku tk menyentuh nasi ketika sahur. Bila dah sampai kedai, tetiba pulak aku bertukar fikiran bila membayangkan keenakan sizzling steak. memang berbaloi makan di sana. Selain rasa yang enak, harganya juga berpatutan..

Okaylah, nk google2 resipi sat cari idea utk juadah berbuka malam ni. Sesiapa yg berpuasa sama mcm aku ni, Selamat Berbuka ya...



No comments: