Friday, February 03, 2012

...very dissappointed

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Inilah pertama kali aku rasa sangat2 kecewa dengan diri sendiri. sebabnya? hmmm..sebab aku tk dapat buat apa yang aku janjikan kepada orang dgn hasil yang terbaik. 

Bukanlah aku tak mencuba, malah selama dua hari ini aku tidur lewat. sedaya upaya aku cuba siapkan dengan masa yang sungguh suntuk. mr nice guy (MNG) pun tidak ku layan dengan sempurna...maafkan yani ye abang. Alhamdulillah dia sangat memahami.

Dengan lappy aku yang rosak, maka aku terpaksa menyusahkan MNG dengan meminjam lappynya pula. Mengadaplah aku hingga ke dinihari.

Paginya sblm ke tempat kerja dapatlah aku siapkan sepenuhnya cuma tinggal satu langkah sahaja untuk menlengkapkan semuanya. Save to movie!

Malangnya fail tersebut tidak dapat diterjemahkan ke dalam movie file. Sampai ke pejabat ku cuba lagi. masih gagal! sedangkan tuan empunya mahu mengambilnya pagi hari tersebut. Di PC ku masih gagal, ku cuba meninjam PC kawan - konon pada anggapanku kemungkinan penggunaan windows yang berbeza namun ternyata tetap gagal. Aku hampir mahu menangis! Sia-sia sahaja usaha aku itu. Melalui mesej yg terpapar, ku cuba fahami namun aku masih tidak dapat mencari di mana silapnya sedangkan putaran waktu terus berjalan.

Sehinggalah sampai ke detik akhir, akhirnya aku dapat mencari alternatif lain. Fail itu kuterjemahkan ke dalam bentuk yang lain. Harap ianya dapat membantu tuan empunya.

Memang tuan empunyanya sangat baik. duit yg telah diberi kepada aku sebagai upah untuk menyelesaikan projeknya itu ku kembalikan namun tuan empunya enggan mengambilnya. katanya dia paham bagaimana kesusahan aku dan masa yang aku luangkan utk membantunya. aku sangat berterima kasih namun masih terselit juga rasa kecewa dan tidak puashati kepada diri sendiri.

hmmm...banyak benda sbnrnya yang ingin aku buat dalam tahun ini. semoga ianya tidak tinggal angan2 sahaja. Langkah pertama, laptop maroonku itu harus ku 'service' dahulu 


No comments: