Friday, January 27, 2012

..Cantik LUAR...Cantik DALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ehsan google..


Wah, kembali berblog semula setelah cuti panjang. Wee...cuti yg menyeronokkan walaupun penat. Penat ke? Apa yang dipenatkan aku pun tak tahulah.

Seronoknya apabila bangun ketika Subuh dan menyediakan air minuman pagi untuk mr nice guy. Kemudian menemani dia menikmati keenakan milo panas dan seterusnya menghantar dia ke muka pintu sehingga kelibatnya hilang dari pandangan...wahhh terasa seronoknya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa...WALAUPUN hanya untuk 2 hari sahaja...

Bukan tidak pernah aku buat begitu, malah itulah kebiasaannya cuma amat jarang sekali aku menghantarnya hingga ke muka pintu. Selalunya hingga ke muka pintu bilik sahaja. Maklumlah aku juga rushing nak pergi ke tempat kerja..

Boleh ke aku ni nk jadi surirumahtangga sepenuh masa agaknya ya? Hee...2 hari bercuti itupun ku rasakan tersangatlah bosannya. Rutin seperti biasa, mengemas rumah, melipat baju dan memasak. Ada antara waktu yg terluang tu, menonton TV namun tidak banyak cerita yg menarik perhatianku. Nak tidur rasa tak selesa pula sebab aku ni jenis yg jarang juga nk tidur siang. Lantas aku membaca buku namun ada kalanya tersengguk jua. Ku cuba lelapkan mata namun sekejap2 terjaga. Sudahnya badan terasa penat2 pula. Maka tidak jadilah aku teruskan tidur. Belek2lah apa kerja yang patut..heee

Pagi ini aku pergi ke tempat kerja mengikut laluan tanpa tol. Pada fikiranku tentulah jalan kurang sesak kerana ramai yg bercuti. Ha, memang betul pun. Jalan agak lengang. Tengah menunggu giliran untuk ke luar simpang, aku terpandang seorang gadis cantik sedang melintas jalan mahu ke seberang tempat parkir kereta. Ku perhatikan gadis cantik itu. Memang cantik orangnya! Berkulit putih kuning, bertubuh kurus langsing dan manis sungguh wajahnya. Kemudian gadis itu kembali melintas jalan semula. Mungkin dia mengambil barang yang tertinggal di keretanya.

Ku perhatikan dia yang melangkah dengan penuh yakin. Bertudung agak labuh menutup dada, berbaju blaus labuh sehingga ke lutut, TAPI sayangnya berseluar LEGGING.

Penampilan dari atas sungguh ayu cuma silapnya kerana sangat kelihatan bentuk kakinya yang tirus itu kerana memakai seluar ketat. Sayang sungguh!

Artikel ni aku kopipes...

 legging ni…bolehke dalam Islam?
Ustaz Asyraf dalam blognya;
Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’.
Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian.
Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad?(21279)
**********
Nota Kaki : Kepada kengkawan muslimah di luar sana, jagalah diri anda okay..kerana dirimu begitu berharga. Aku juga sedang berusaha sebaik mungkin..Insya Allah.

No comments: