Kebizian mengintai tirai kehidupanku sejak kebelakangan ini. Masa yang tersisa digunakan sepenuhnya. Entahlah samada aku yang suka membuat kerja di saat-saat akhir atau memang begini lumrahnya.
Owh pertama kali aku benar-benar bersyukur kerana perkara yang paling utama dapat diselesaikan tanpa ada kesulitan, Alhamdulillah Ya Allah, ternyata KAU masih sayang padaku...
Namun hidup ini tak pernah sunyi dari diuji. Semoga aku akan tabah menghadapi segala ujian dari-Mu Ya Allah walaupun sering aku tersungkur menangis sendirian...
Berbalik pada kisahku hari ini (cerita malam ini agak bercelaru, secelaru fikiranku sekarang ini). Hari ini aku kembali bekerja setelah semalam mengambil cuti kecemasan.
Pagi ini aku bersarapan dengan air nescafe dan beberapa ketul nuget yang ku bawa dari rumah. Asyik membuat kerja (melayan fikiran sebenarnya), sibuk menaip senarai tetamu sehinggalah jam menunjukkan pukul 3 lebih, baru ku sedar yang aku tidak mengambil makanan tenghari pun..
Sebenarnya bukanlah tidak biasa aku tidak mengambil makanan tengahari. Tapi kerana selera makanku yang tidak berapa nak ada kebelakangan ini membuatkan perutku terasa pedih. Kasihan kau perut!
Bagi mengelakkan perutku merajuk, aku membancuh secawan lagi nesface dan makan bersama sepeket biskut keju. Lega sedikit.
Petang tadi balik dari kerja, bergegas pula membawa mak menyelesaikan urusannya. Alhamdulillah settle setakat ini.
Rasanya perutku sudah masuk angin. Terasa semakin mencucuk-cucuk. Aduhai wahai perut..sabarlah. Tapi nak buat macamana, nak makan pun aku terasa seleraku hilang. Mujur kakakku goreng ikan yang panas2 tadi Hehehe....menggamitlah sedikit selera. Namun sakit perut masih jugak menyucuk. Sangat sakit!!
Nota Kaki : Huhu nampaknya aku tak boleh membiarkan keadaan seperti ini berterusan. Nanti yang nak menanggungnya aku jugak... (Entry hari ini agak membingungkan)
No comments:
Post a Comment