Teringat pula ketika Annual Dinner company tahun lepas. Aku memilih kad yang bernombor 15 kerana aku sukakan angka itu. Masing2 bukan main sibuk memilih nombor bertuah sendiri. Pada event tersebut, kwn2 komiti semuanya naik ke pentas utk memperagakan pakaian tercantik.. hohohohh..tahun tu aku tidak terpilih mungkin kerana tema yang ditetapkan 'Rock Star'. Bagaimanalah aku yg bertudung dan ayu ini memperagakan pakaian rock? hehehe..apapun terserah pada nasib masing2.
Kemudian, bila hanya lagi 5 cabutan bertuah yg tinggal, aku mula give-up sbb no tk dipanggil2. Tersandar di kerusi kepenatan. Kemudian aku terkejut kerana nombor ku dipanggil untuk cabutan ke-2 tertinggi. Hadiahnya? hurmm sangat berbaloi! Dengan duit itulah aku ke Jakarta-bandung.
Apa jua nombor sebenarnya tidak kisah, cuma mungkin nombor 15 itu terlalu istimewa bagi diriku..
Kawan2 juga jgn lupa untuk menunaikan puasa sunat di bulan rejab/sya'ban ini ya. Banyak fadhilatnya. Sama2lah kita mencari keredhaan Allah
No comments:
Post a Comment