Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Minggu ini adalah minggu yang menyedihkan bagi diriku. Pelbagai perkara yang berlaku. Adakah kerana aku yang tidak dapat menerima tekanan atau orang sekeliling yang tidak faham?
Terkadang aku ingin lari dari segala masalah yang timbul. Pergi dari sini agar tiada sesiapa yang akan disakiti. Biarlah aku yang sakit dari menyakiti orang lain.
Namun sebagai manusia, aku tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Tanpa ku sedar ada hati yang terluka. Adakah kerana aku terlalu celupar dalam menyatakan apa yang terpendam?
Peribahasa yang dapat ku pelajari :
Memetik Kecapi Bertali Sumbang
Seperti Serunai Berbunyi Gambang
yang bermaksud : Kata-kata yang tidak jelas akan menimbulkan salah faham..
Salam Kemaafan
No comments:
Post a Comment