Tuesday, November 26, 2013

Salam Kembali

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama sudah aku tidak update blog. Kehidupan diteruskan macam biasa, tiada apa yang menarik sangat untuk diceritakan. Pekerjaan juga macam biasa, Alhamdulillah baru-baru ni rezeki bertambah..amin.

Kelmarin aku bermimpi tentang allahyarham ayahanda yang tercinta. Setelah hampir 6 bulan pemergian ayahanda akhirnya terlepas juga rindu aku kepadanya. Terima kasih Allah kerana menitipkan mimpi itu buatku. Di dalam mimpi itu aku bertemu ayahanda. Wajahnya tenang dan bersih. Dapat aku mendakap tubuhnya. Kemudian kami berjalan-jalan berpimpin tangan sambil bercerita sehinggalah akhirnya ayahanda di bawa pergi oleh seseorang di penghujung jalan. Ayah sempat menitipkan wang buatku, untuk dibahagi sama rata katanya dengan adik beradik yang lain. Aku tidak mahu memikirkan atau mentafsirkan apakah maksud mimpi tersebut. Hanya doa ku pohonkan buat ayahanda di sana. Semoga tenang dan bahagia di sana..amin


Wednesday, June 26, 2013

Semoga Bertemu di Jannah!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ayah, damailah di sana.      Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahku,  Lapangkanlah kuburnya, ringankan siksaaan kuburnya, terimalah segala amalannya dan tempatkanlah dia di SyurgaMu..amin
      Ayah, semoga bertemu di Jannah, Insya Allah.


Rasa menggigil jemari untuk aku coretkan entri kali ini. Hati ini masih terasa sedih dan sayu atas kehilangan, namun ketentuan Ilahi tiada siapa dapat menghalangnya...

06 Jun 2013 bersamaan dengan 27 Rejab 1434 (Israk Mikraj)

Tarikh yang pasti tidak dapat kami sekeluarga lupakan sehingga akhir hayat. Pagi jam 2.56 perginya ayahanda yang sangat kami kasihi.
Mengimbas kembali...
       
3/4/2013 -
         Hari Isnin aku ke rumah orangtuaku melawat ibu dan ayah. Seperti biasa sampai sahaja di parking rumah kepalaku pasti akan menoleh melihat ke muka pintu..orang yang ku cari adalah ayah..kerana beberapa bulan selepas pulang dari umrah ayah kesihatan ayah tidak berapa baik. Setelah melihat ayah duduk di kerusi dengan tenang hati sedikit lega. Tapi hari itu tiada makanan yang ku bawa seperti kebiasaannya apabila melawat mereka aku akan membawa kuih muih samada yang ku buat sendiri atau beli di kedai.

             Masuk ke dalam rumah, segera aku merapati ayah dan bertanya khabarnya. Sayu hati apabila ayah berkata "Mata abak dah tak nampak".
            Allah, airmata seperti mahu mengalir melihat keuzurannya itu. Aku meminta diri untuk mengerjakan solat. Di dalam solat seperti biasa ku panjatkan doa buat semua orang2 tersayang sambil menangis. Tidak berapa lama kemudian, kakakku dan anaknya tiba.
            Setelah selesai solat, aku duduk di sisi ayah dan bertanya, "Ayah sudah makan?"
           Jawabnya, "Ada makanan?"
           Hati aku sedikit pilu kerana hari itu tidak membawa apa2 makanan untuknya.
           Kemudian mak pula bersuara, "Mak ada buat bubur sum-sum. Abak kamu tu kurang nak makan sekarang ni. Cubalah suapkan.".
           Syukur ada makanan. Dengan senang hati aku ambilkan semangkuk bubur dan menyuap ayah. Selera ayah agak kurang beberapa hari sebelum itu. Dapatlah juga aku suapkan ayah dalam 4-5 sudu sebelum dia menolak lembut tanganku yang berterusan menyuakan sudu ke mulutnya..Entah kenapa pilu mula bertandang di sudut hati. Airmata cuba ku tahan agar tidak gugur di hadapan keluargaku.
            Mungkin anak buahku perasan akan perubahan wajahku menegur, "Kenapa mata acik merah ni?" Aku diamkan sahaja..
           Aku tidak berlama-lama di rumah orangtuaku kerana aku ada tanggungjawab lain setelah berkahwin. Menjelang maghrib aku pulang ke rumah sendiri, ingin memasak buat keluargaku pula. Dalam perjalanan suami memberitahu tidak perlu memasak kerana dia sudah membeli barang-barang makanan utk steamboat sahaja. Lega rasa hati kerana aku memang tidak ada mood mahu memasak.
          Selesai mengerjakan solat maghrib, ku buka yasin yang kebiasaannya hanya ku baca selepas solat maghrib di malam jumaat. Kali ini hatiku sayu dan terasa itulah cara untuk aku tenangkan fikiran. Sepanjang malam aku menangis sehingga mata bengkak. Entah apa yang aku tangiskan beria-ia benar pun aku tidak tahu yang pasti hatiku terasa ingin menangis....
        Mujur suami sangat memahami, dia menyediakan makan malam. Kebetulan anak buah pula menginap di rumah kami. Bila suami ajak makan aku enggan, selera makanku langsung tiada. Maka duduklah aku di dalam bilik kecil yang di khaskan untuk ku menaip di sana. Ingin meneruskan manuskrip yang lama tidak bersentuh, fikiranku pula langsung tidak ada di sana. Sudahnya aku hanya duduk di bilik sambil menangis.
         Suami pun mungkin hairan dengan kelakuanku namun dia tidak bertanya banyak. Memberi ruang untukku. Dalam pada itu sempat ku minta izin dari suami untuk menginap di rumah orangtuaku barang sehari dua. Malam itu aku tidur berendam airmata..:(
  
4/4/2013 -
       Aku tidak pergi ke tempat kerja kerana keadaanku yang tidak terurus. Mataku bengkak dan kepala pun pening akibat banyak menangis. Ku khabarkan kepada suami bahawa aku tidak bekerja. Seharian aku hanya duduk di rumah mengemas rumah dan buat apa yang patut sambil berehat. Hati kembali tenang...
       Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Sempat ku layangkan ucapan dan luahan perasaan aku padanya (Semoga jodoh kami berpanjangan dan berbahagia ke akhir hayat, amin).
       Petangnya pula, aku menyediakan nasi ayam untuk juadah makan malam. Ku cuba suap nasi ke dalam mulut bagi mengisi perut yang dibiarkan kosong semenjak semalamnya. Namun hanya beberapa suap sahaja yang masuk ke dalam perut.

5/5/2013 -
      Aku pergi kerja seperti biasa. Satu jam berada di pejabat, anak buah aku menelefon mengkhabarkan keadaan ayahku yang tidak berapa sihat - sesak nafas. Kakak aku yang tinggal bersama orangtuaku pula telah berangkat ke Langkawi atas urusan kerja. Kata anak buahku mahu membawa atuknya ke klinik. Namun ayahku meminta agar dibawa ke hospital sahaja - mahu minta ubat katanya.
      Aku berpesan kepada anak buahku, siapkan segala barang keperluan sementara aku pulang ke rumah. Setelah meminta izin dari bos, aku bergegas pulang ke rumah. Melihat keadaan ayah, hatiku pilu. Kasihan ayah..bernafas terasa sukar. Segera ku panggil anak2 buahku (kebetulan cuti sekolah) dan kakak sulongnya juga mahu ikut serta.
       Aku menelefon ke klinik bertanyakan tentang oksigen namun hanya hospital sahaja yang membekalkan oksigen. Lantas aku mengambil keputusan membawa ayah ke pusat di mana dia menerima rawatan - Institut Respiratory Malaysia.
       Sewaktu di dalam kereta, keadaan ayah stabil. Fikirku mungkin ayah mahu mengambil udara segar. Setelah sampai ayah diberi bantuan oksigen. Keadaannya memang agak lemah namun kelihatan stabil. Doktor yang memeriksa memberitahu mahu menahan ayah di wad barang sehari 2 bagi tujuan pemantauan yang lebih dekat. Kami bersetuju memandangkan di sana segala kemudahan ada.
       Ayah masuk ke dalam wad. Aku belikan ayah sup sayur dan sebungkus nasi putih. Ku suapkan, namun selera ayah masih belum memberangsangkan. Setelah beberapa suap, akhirnya kakakku pula mengambil alih. Aku mahu solat dan pulang semula ke pejabat dan bercadang akan datang semula secepat mungkin. Kedua anak buahku juga turut serta kerana mahu mengambil barang2 keperluan atuk mereka. Ku tinggalkan ayah bersama kakakku. Ku usap bahu ayah dengan penuh rasa kasih. Entah kenapa hari itu aku langsung tidak berpamitan dengannya seperti selalu jika aku menjenguknya, apabila pulang pasti aku akan usap belakang badannya sambil berpamitan dan berjanji akan datang semula.
         Anak buahku menghantar aku ke pejabat sementara dia pulang ke rumah dan mengambil brg2. Sekitar jam 4.30ptg anak buahku tiba dan aku sekali lagi meminta izin dari ketua jabatan untuk keluar awal. Mujur dia memahami. Sebelum sampai di Institut tersebut, kami singgah di KFC. Aku mahu belikan untuk ayah. Satu bungkus dinner plate bersama kentang putar dan sayur. Semoga selera ayah akan terbuka.
          Namun apabila ku sampai di sana, mata ayah tertutup dan nafasnya tercungap-cungap sedikit. Ku tanya kepada kakakku kenapa keadaan ayah begitu. Kata kakak doktor menyuntik ubat tahan sakit. Doktor yang datang memantau keadaan ayah juga hairan kenapa keadaan ayah begitu. Jururawat memberi bantuan oksigen dan nap untuk ayah. Apabila dipanggil atau digerakkan ayah langsung tidak membuka mata. Hatiku dipagut rasa risau yang berpanjangan.
          Setelah ayah diberi bantuan oksigen, keadaan ayah agak stabil sedikit namun nafasnya masih tercungap sedikit. Tapi keadaan ayah kelihatan agak selesa. Aku duduk di sisi ayah sepanjang hari sambil memegang tangannya dan sesekali mengurut kakinya. Ku bacakan ayat2 suci di telinga ayah dan mengajarnya mengucap. Kami sentiasa pasangkan surah yasin sambil turut membaca.
          Sehingga hampir malam keadaan ayah masih belum berubah. Aku khabarkan kepada adik beradik yang lain. Juga kepada makcikku (yakni adik bongsu ayah). Juga ku suruh anak buahku menjemput emak datang ke hospital sekali. Mujur di sini kawalan tidak berapa ketat. Kami bebas keluar masuk ke dalam wad.
         Sepanjang masa kami putarkan surah yasin berdekatan telinga ayah. Selesai setiap solat kami akan berkumpul dan membaca yasin beramai. Sesekali keadaan ayah ku pantau. Airmata terasa bergenang di kelopak mata cuba ku tahan. Mata ayah masih tertutup, namun ada airmata yang mengalir di sudut matanya. Aku lap dengan penuh hati2 dan rasa kasih.
         Menjelang malam hampir ke jam 11. Aku tanyakan kepada emak apakah dia mahu menjaga ayah di hospital atau pulang. Emak ketika itu agak serba salah. Di sudut hati dia mahu tinggal di situ, tapi keadaan yg tidak berapa selesa untuk dia berbaring sepanjang malam membuatkan dia serba salah. Lantas aku mengajak emak pulang sahaja dan berjanji esok pagi akan membawa emak ke hospital lagi. Akhirnya emak bersetuju juga. Tinggallah anak buahku dan kakak sulongku menjaga ayah.

6/6/2013 -
         Hari sudah larut malam namun mata masih belum mengantuk. Aku berbaring sahaja. Entah pukul brp aku terlelap tidak pasti. Sekitar jam 3 pagi aku menerima panggilan dari kakakku mengatakan ayah sudah tiada. Seluruh badanku menggeletar. Aku kejutkan suami dan emak. Namun pada emak tidak terus ku khabarkan berita duka itu. Aku tidak mahu nanti emak terkejut. Biarlah dia melihat sendiri di hospital.
         Ketika bersiap, airmata langsung tidak mengalir, hanya kakiku terasa lemah dan badan menggeletar. Dalam perjalanan, suami menenangkan aku. Meminjamkan kekuatan buat aku. Terima kasih abang, kerana sentiasa ada di sisi Yani.
        Sampai di hospital akhirnya mengalir jua airmataku melihat ayah yang terbujur kaku. Di saat2 ini aku rasakan kosong sekosong2nya. Melihat wajah ayah yang tenang aku redha akan ketentuanNya.
      Dari situ bermula tugas kami sebagai anak2 untuk menyermpurnakan jenazah ayahanda tercinta. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cepat. Terima kasih kepada suami, kakak2ku dan abang2 iparku.
      Kini, ayah telah tiada. Kosong kami rasakan. Setiap kali aku singgah di rumah orangtuaku, hati pasti dipagut rasa pilu. Terbayang2 wajah ayah yang tersenyum tatkala aku dtg melawatnya. Terdengar2 suaranya yang suka mengajak kami berbicara.
      Ayah, damailah di sana.
      Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahku,  Lapangkanlah kuburnya, ringankan siksaaan kuburnya, terimalah segala amalannya dan tempatkanlah dia di SyurgaMu..amin
      Ayah, semoga bertemu di Jannah, Insya Allah.

Nota : Ya Allah, sesungguhnya kami redha di atas pemergian ini. Kami bersyukur kerana sepanjang hayatnya kami dapat menjaganya dengan terbaik. Dan..di penghujung kisah, airmataku mengalir jua...

Monday, May 20, 2013

Novel-novel hebat dari KN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti biasa setiap penulis KakiNovel akan mendapat naskah percuma setiap novel keluaran KN. Syukur Alhamdulillah. Semoga KN terus maju...


Untuk keluaran bulan May tahun ini, terdapat 5 buah novel kesemuanya. Novel2 dari penulis2 KN yang terbaik. Novel2 kali ini adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Aku tidak berkesempatan lagi menghadirinya.. Apapun terima kasih buat Penerbitan Kaki Novel kerana masih mengingati dan menghargai kami penulis2 kecil ini (..akulah tu). Cuma naskah kali ini tiada tandatangan dari penulis2nya seperti sebelumnya..



Steamboat @ Home

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari Jumaat, seperti biasa encik suami bekerja hanya setengah hari sahaja. Malam sebelumnya sudah merancang nak makan steamboat..tapi kat rumah sahajalah. Encik suami dah siap2 membeli barang2 untuk hidangan steamboat. Berbaloi2 rasanya. Yelah, kita ni jenis makan byk mana sangatlah kan. Kalau buat sendiri, jimat..selebihnya kalau tidak habis bolehlah disimpan.

Thanks to encik suami kerana sudah menyediakan hidangan ini...hehehe.. Makan sampai kenyang!! Dengan cili potong sekali..perghh terangkat!



Wednesday, May 15, 2013

Farewell @ Island BBQ Steamboat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Seorang demi seorang kengkawan melangkah ke dunia baru. Aku ni bila lagi? Semacam sudah terlalu lama di sini. Adakah sudah sampai masanya? 'Ini kalilah! ke?' hehe..berdoa ajelah untuk yang terbaik.

Jumaat yang lepas, beramai2lah kami semua pergi ke Island BBQ Steamboat yan terletak di Kg Melayu Subang. Aku ingatkan dekat ajelah dari rumah aku..rupa2nya jauh gilerrrr lah jugak. 1st pergi ke situ, ikut kete kawan dari belakang. Punyalah dekat aku ikut (hehe bimbang terhilang jejak) Memang berbelit2 dan berliku2 jalannya.

Booking pula dari 6.30 petang hingga ke 8.30 malam sahaja. Hai la, sampai sahaja di sana setelah mengharungi jalan yang sesak tu dah dekat nak maghrib. Sempat satu round dahulu sebelum solat Maghrib. Kemudian sambung makan semula. Rasa macam tidak puas pula sebab masa yang terhad itu. Aku hanya makan udang, ayam, daging dan sotong sahaja yang di grill sendiri. Yelah itu sahaja yang best..kalau yang lain2 seperti fishball etc..etc.. tu dh biasa kan.


Tidak lupa juga memasing nak berposing sana sini. Nak merakam kenangan bersama. Panjang umur berjumpalah lagi.


Kepada Suhaida, Tarcy Loke dan Muhin. All the best to you guys. Keep in touch!

Wekend...Iron Man in 3D

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari sabtu yang lepas, sepatutnya aku mengikut company ke Broga Outbac untuk menjadi observer pada Team Building operations department kali ini..tapi hmmm..permintaan di saat2 akhir di mana aku sudah mempunyai aktiviti:-

1) Nak membawa ibu dan keluarga kuar g makan2. Sebutannya konon nak menyambut hari ibu tetapi di sebabkan Hari Ibu itu tidak elok disambut maka kami rancang famili gathering sahaja.

2) Nak dating bersama Mr Nice Guy - Hikss...walaupun hanya duduk rumah sahaja kan, tetap indah haha. Di sebabkan TB kali ini adalah 2hari 1malam maka aku pun tidak jadi nak menyertai kerana selagi ada pilihan jika boleh aku tidak mahu membiarkan Mr Nice Guy bersendirian....

Rupa2nya hari Jumaat kakak sepupu memberitahu ada tiket free (di taja sepenuhnya oleh company tempatnya bekerja) - Movie Day untuk menonton Iron Man 3 in 3D!! Aku teruja cepat2 beritahu en husband dan dia pun bersetuju. En husban memanglah suka menonton filem2 begini, cuba kalau aku ajak tengok filem C.I.N.T.A ...lebih2 lagi filem melayu..hmmm..


Kata en hubby Iron Man 3 ini tidaklah sehebat yang kedua. Hehe.. tapi apapun memang best. Anak2 buah excited betul. Pagi2 lagi aku dah kena ambil mereka dari rumah masing2 dan bawa ke rumah kami, bersarapan dahulu kemudian terus ke eCurve. Selepas menonton jalan2 di Ikea sambil menikmati meatball.


Tak nak sentuh pasal meatball sebab ramai yang sudah tahu keenakan meatball kat sini kan?..Tapi nak sentuh sikit pasal GST 6%. Ada yang kata takde..tapi aku perasan memang dah tak nampak di bawah bahagian bill tu TAPI telah dimasukkan sekali di dalam harga makanan.

Contoh :

Harga meatball 20 keping / RM17 - bila di key in menjadi RM18.02?  Hmmm...
Owh khabarnya Giant juga nak mulakan GST ni? 


Tuesday, April 23, 2013

Riadah - Broga Hill

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama tak menjenguk blog ini. Alasan? Busy jelah kan memanjang. Apa nak buat, jadual penuh sesaja. Hujung minggu pun jarang nak lekat kat rumah, ada sahaja aktiviti..penat tapi Alhamdulillah seronok je menjalani kehidupan seharian.


Aktiviti Famili

Aktiviti famili (heheh..of coz utk yg muda2 sahaja) lama dah merancang dan akhirnya berjaya juga kami semua mendaki bukit Broga. Selama ni selalu jelah dgr citer dari anak2 buah dan kengkawan yang sudah ke sana. Tapi kali ini akhirnya berpeluang juga.

Seawal jam 5 pagi kami dah bertolak. Memasing bawa snek sarapan utk alas perut nanti. Aku bawa sandwich sardin tapi sebelum naik sahaja sandwich itu telah pun habis..hiks!

Masuk sahaja waktu Subuh, kami pun mencari port yang sesuai utk menunaikan kewajipan. Wajib tau! takda alasan nak meninggalkan solat. Bergilir2, kaum wanita dahulu sementara kaum lelaki menjaga kawasan. Yelah kan, mana tidaknya adalah beberapa kumpulan yang terkejut tetiba nampak putih sahaja hikhik..putih kain telekung.


Tidak sampai satu jam kami sudah sampai di puncak. Aktiviti bergambar dan bersarapan sebelum turun semula dan terjah sungai Gabai....Yehaaa!!!





Sampah sarap yang terdapat di Broga Hill. Sangat memalukan sebenarnya. Cuba jadi rakyat yang prihatin sikit. Jangan buang sampah merata-rata okeh!! Sama2 menjaga bumi kita






Wednesday, March 27, 2013

Aktiviti Di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

March 23, 2013

1.00pm - Majlis Persandingann kawan dari kecik lagi... Kesempatan yang ada, dapatlah bertemu dengan rakan-rakan sekolah baik yang masih berhubung juga yang telah terputus hubungan..heee..



3.00 pm - Bergerak ke Shah Alam pula. Ada majlis persandingan saudara di belah suami. (gambar aku terlupa nak ambik heee...)

3.30 pm - Singgah di Masjid besar Shah Alam. Solat Zohor di sana. Uishhh rambang mata juga melihat banyak gerai2 di perkarangan masjid menjual pakaian2 muslimah (cantik2nya!!), buku2 agama dan bermacam2 barangan lagi, Tapi tak sempat nak singgah sebab mengejar masa. Syhhh...tapi sempatlah aku capai 2 set sarung lengan yang diperbuat daripada kain T-shirt.

4.00 pm - Sampai ke rumah ibu bapaku. Keluarga belah suami datang melawat bapa yang kurang sihat. Harap2 kenyanglah mereka dengan makanan yang dihidangkan.

6.30 pm - Bertolak balik ke Sunway. Keluarga belah suami nak singgah ke rumah kami pula. Bebudak nak mandi kolam!!

10.00pm - Suami ajak ke Sg Buaya. Naik MPV tak perlu drive katanya. Okayyyy...I follow...

Esok tengahari, kami berdating ke Sogo - menaiki keretapi dari Stesen Rawang. Seronok juga sesekali naik kenderaan awam tapi penat seyhh dengan menyandang beg berisi pakaian. Sementelah lagi aku hanya berselipar okeh! Walaupun seliparku cantik (warna purple ya, harap maklum) tapi rasa mcm budak2 sekolah jek. En suami okaylah..dia sentiasa smart..huhu..

Jalan punya jalan, terpikat pada beg BONIA. Fikir punya fikir, akhirnya aku beli jugak!! Yuhoooooo!!

Friday, March 22, 2013

Hujan yang turun....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Syioknya bebudak ni mandi....

Lawak yang tidak ingin kita lihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kisah seorang budak yang menggelabah.
Di ceritakan, ....begini kisahnya (kwang..kwang..kwang)

Di suatu pagi, bangunlah budak ini. Tengok jam di dinding, "oh-oh..terlambat suda". Ambil wuduk dan segera solat! (penting tu, jangan lalai!) Kemudian, cepat-cepat masuk ke dapur, jerang air dan sediakan minuman pagi untuk kekasih hati. Setelah mengiringi kekasih hati sehingga ke pintu luar, segera mandi.

Bersiap dengan sekemas yang mungkin. Mata terarah ke arah ke jam di dinding lagi..Whoaa..lewat! Tak payah makeup dululah. nanti kat opis sahaja, fikirnya. Ala, dalam kete sambil memandu leh gak make up2 kan..mcm tk biasa..hiks!

Capai kunci rumah di sebelah kanan, dan pegang kunci kete di sebelah kiri. Cecepat pakai selipar (eh g keje pakai selipar ke? - taklah..huisshhh dalam kete tu dh mcm kedai kasut, pilih je mana satu nak!)

Pastikan pintu hadapan dikunci dahulu sebelum membuka pintu pagar. Kemudian buka mangga yang menghalang pintu pagar. Tetiba...

Tinggggg!!!! 

Oh-oh....OMG! Kunci rumah dah jatuh di luar pagar. Periksa mangga tu dah terbuka ke belum?

Belum!!

Terpaku! Termangu! Terkaku!

Nak buat camne? Nak keluar tk boleh, nak masuk tak boleh!

Adoiiii...inilah yang terjadi. Nak cepat sangat kan? Hampeh..lambat terus!! Sempat jugaklah make up semasa terkurung tu hehe...

Agak-agak ada kalut mcm lagu ni tak...

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja mesti pantas

Pakai apa saja yang tercapai oleh tangan
Di hadapan cermin jangan lagi nak berangan
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch Card, o cepat X 4

Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/09/lirik-punch-card-sudirman.html#ixzz2OFN6D9fU


Taip segala entri untuk blog anda disini.

Wednesday, March 20, 2013

OMG! Comment of The Year!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

TADA!!!! INILAH DIA COMMENT OF THE YEAR!! Sumber: Kaki Novel - Ingin Kusentuh Cintamu
aku rasa ini bukan nama sebenar...hiks

 ????? - Memula reaksi aku begini. Kemudian - Hahahaha!!....
Kesiannya, apa masalah dia ni?

*****
Hari ini aku diberitahu seseorang tentang satu komen tentang novel aku. Dah lama dah komen ni tapi baru je tahu. Aku rasa pelik dengan komen tersebut. Benarkah dia peminat/pembaca atau pembeli novel atau seseorang yang dikenali tetapi dia sgt anti dan bengang dengan aku? hehe..atau sekadar nak mencaci? Apapun aku ambik ajelah semua itu sebagai pencetus semangat buat aku.

Memang aku bukan seorang penulis yg bagus kerana aku memang tidak mempunyai asas di dalam bidang penulisan, hanya berbekal dengan subjek sastera yang aku ambil semasa di sekolah (ada kena mengena ke?) Heee...tapi atas dasar minat aku tetapkan juga menulis manuskrip utk novel walaupun merangkak-rangkak. Berdasarkan tunjuk ajar penulis2 besar yang lain dan dengan buku panduan menulis, Insya Allah aku akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa. Novel pertama dah keluar. Pada aku satu kepuasan. Percubaan yang baik berdasarkan komen2 pembaca. Biasalah novel pertama sudah tentu ada kekurangan di sana sini.

Novel kedua In Sha Allah menyusul tahun depan. Sekarang tengah giat meneruskan manuskrip yang ketiga. Semoga di permudahkan..amin.

Nak marah? Hmmm... perkara dh berlalu pun. Takkan aku nak marah kan. Setiap orang berhak memberi pendapat mereka masing2. Tapi sebagai manusia yang ada iman (aku rasa pengomen ni menggunakan nama samaran-mungkin musuh aku! Haha perasan sgtlah kan) tp bukan ke sebagai manusia kita harus menggunakan akal yang dikurniakan kepada kita dengan sebaik2nya. Bahasa menunjukkan bangsa! Bahasa menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Bagus sangatkah menggunakan perkataan2 yang tidak elok itu? Hmmm....

But thank you to yusriabushahan dan juga kengkawan/pembaca yang memberi komen2 membina selama ini.

Testimoni Pembeli Novel:

yusriabushasan  (Tuesday, 07 August 2012) 
Rating: 5 
novel ini pun amat menarik tdk boring membaca ye.

Friday, March 08, 2013

Bertemu Kembali

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Lama dah dibiarkan blog ini bersarang. Kekangan masa dan kerja kadangkala membuatkan aku lelah. Lelah dalam mengejar masa yang sentiasa meninggalkan aku di belakang. Kadang2 aku memaksa diri untuk mengikut rentak dan aliran kehidupan yang aku lalui. Segala rasa yang tersimpan di lubuk hati akan tetap tersimpan kemas di situ. Hanya padaNya aku berdoa semoga perjalanan hidupku sebagai hambaNya di dunia ini memberi manfaat kepada sesiapa jua yang mengenaliku.

Haha..bernada melankolik kah entri aku kali ini? Terserah pada yang menilai. Aku sebagai manusia hanya mencuba melakukan yang terbaik. Baik pada kita tak semestinya baik pada orang dan begitulah sebaliknya. Cuba aku elakkan agar segala kelakuan dan kata-kata ini tidak akan menyakiti hati mana-mana insan yang ku kenali.

Entahlah.. haish..

Oh ada berita gembira! Manuskrip aku yang ke-2 telah diterima. Biar pun persetujuannya akan diterbitkan lama lagi namun tidak mengapa bagiku asalkan minatku ini berterusan. Sekarang aku mencuri2 masa menulis manuskrip yang terbaharu. Insya Allah dari masa ke semasa akan aku cuba memperbaiki penulisanku.

Sebenarnya idea untuk menulis kadangkala melimpah ruah. Kawan2 banyak memberi semangat dan ada yang mahu cerita mereka di bukukan. Hehe.. tunggu ajelah ya kengkawan kalau masa mengizinkan. Biarpun aku tidak seperti penulis lain yang mampu menyiapkan manuskrip 3-5 buah dalam masa beberapa bulan, namun aku akan tetap meneruskan minat aku ini tanpa jemu.

Okay sampai sini dulu. Bila senang akan aku update entri untuk manuskrip aku...

Thursday, January 17, 2013

Nampak ini..terus beli..sangat kiyut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

hai..comey tak saya

Hari ini hari Khamis..mlm jumaat. Hmmmmm...masa untuk mencari pahala, ekekek. Hari2 kita bole cari pahala kannn

Nak cerita hari khamis ada pasar malam. Menjadi kewajipan jg la utk aku n kwn singgah ms nk blk keje tu. Jd seawal jam 5.30ptg kami dah cabut. Meneruskan perjalanan ke pasar malam. Konon berjanji sekali dgn kwn2 lama tp xde rezeki nk berjumpa sbb hujan renyai.

Kami pun seperti biasa cepat2 je memilih mknn utk dibawa pulang. Tetiba nmpk seorang brother ni mengeluarkan patung2 yg comel2..sangat comel! Bila ditekan ianya mengeluarkan bunyi hehe entah kenapa brkenan pula aku. Terus je beli! RM1 je! Bawa balik bg budak2 main hehe berani2 takut pulak...

Sambik tgk2 tv aku picit2 patung itu dan mengeluarkan bunyi yg lucu. Tergelak2 aku sensorang. Kekanda kat sblh jeling2 manja je...hehe


Wednesday, January 16, 2013

Kembali...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersawang dah blog ni hehe..lama tak menjengah.

Sekarang ni busy sesangat. Rasa letih yang susah nak digambarkan. Kerja semakin banyak. Baik kerja office, kerja rumah (yeke?) dan entah kerja apa2 lagi ntah..pokoknya aku sangat busy deh!

Tahun baru dah menjelma. Doaku semoga di tahun ini Allah memberi lebih keberkatan buat aku dan keluarga. Amin.


Sepintas lalu....

Cuti-Cuti Morib Gold Coast





Teater Ali Baba







Company Annual Dinner