Friday, May 11, 2012

Akhirnya Aku Ke Pesta Buku...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke pesta buku tahun ini, sayangnya cuma aku sendiri tiada buku baru hehe..so cari buku2 penulis kesayangan akulah.



Tahun lepas tak berkesempatan pergi, jadi tahun ini aku cuba mencari masa senggang nak jugak pergi ke sana. Alhamdulillah sehari sebelum hari penutupan PBAKL dapat juga aku ke sana.


Buku yang ditunggu2 adalah buku penulis Ramlee Awang Murshid (RAM) - sekual siri Bagaikan Puteri. Katanya ini adalah episod ke-6 merangkap pengakhiran cerita ini. Huu sedih nak 'berpisah' dengan Laksamana Sunan. Pada pesta buku ini juga dikeluarkan buku berkulit tebal namun sangat limited. Mujur aku sempat mengirim buku ini kepada teman yang merupakan 'org kuat' ...


Booth pertama yg aku singgah adalah booth NB Kara, milik penulis tersohor Norhayati Berahim. Novel2 kak Yati ni mmg aku suka dan ikuti (tapi masih belum kesemua novelnya menjadi koleksi-tp pasti akan ku miliki)



Owh, aku juga membeli buku tulisan Zuraidah Othman. Masa sekolah lagi ada dah baca buku penulis ini. Kini, dia kembali aktif menulis, maka aku tidak lepaskan peluang ini.

Lagi satu buku yang ditunggu adalah dari penulis Siti Rosmizah. Namun kali ini aku tidak berjaya memiliki buku ini yang beserta tandatangan penulisnya..huhu. Tapi aku pasti akan memiliki buku ini dalam masa terdekat!


Aku tak lama di sana. Fikirannya asyik teringatkan MNG yg sedang berehat di rumah. (heee) Penatnyer kaki terasa menjelajah sana sini. Esoknya kaki aku terasa sakit dan lenguh, mulalah aku minta MNG tolong urutkan kaki..

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design