Friday, May 20, 2011

7 Hari Mencintaiku

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Dah beberapa minggu aku habis membaca novel terbaru Siti Rosmizah keluaran SR Production. Novel ini tebal hehe tapi sangat seronok membacanya. 

Memula aku bacalah sesikit sebab sibuk dengan persiapan aku kan, pastu rasa mcm tkmoh berhenti pulak membaca. Penasaran nak tahu kesudahan cerita ni.

Sampaikan ke satu tahap tu aku concentrate membaca sambil menangis2. Hee..cengengkah aku atau semua   pembaca novel SR- 7 Hari Mencintaiku ini akan sama mcm aku? Entahlah..tapi di penghujung cerita ni memang tangkap syahdu. Ya Allah, tk boleh henti menangis..teruknya penangan cerita ni kan... sampai aku ke opis esoknya mulalah kengkawan menegur. Aku dengan muka blur createlah satu alasan kan cakap tak cukup tidur, bz (memang iya pun, bukan tipu haa)..yelah takkan pulak aku nk ckp nangis sebab membaca novel? der???

Apapun tahniah buat Siti Rosmizah kerana berjaya menghasilkan novel yang bagus ini. Semoga novel2 melayu tempatan kita akan terus berkembang dengan kualiti cerita yang bagus.

Sekarang ini pulak aku tengah nak membaca novel Abg RAM (Ramlee Awang Murshid) pulak - Sutera Bidadari. Tapi aku rasa terpaksa stop dululah sebab ada perkara lain yg harus diutamakan buat masa ni. 

Thursday, May 19, 2011

Soalnya Hati..

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

KENAPA YA SETIAP KALI ADA PERJUMPAAN DENGAN SI 

_ _ _ (^__^) JANTUNG INI AKAN BERDEBAR DAN

BERDENYUT DENGAN KENCANG.

SERIUS, KENKADANG ADA RASA MENGGELABAH DAN

TAK TENTU ARAH..KENAPA? KENAPA? HMMMM....

Cerita hari ini...

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Letih..penat..rushing..haaa inilah yang ku rasa di saat2 ini. Tak tahulah nak cakap, letih minda dan fizikal. 
Kalau boleh aku tkmoh fikirkan perkara2 yang memenatkan minda aku ni tapi haishhh masih ada lagi orang2 sekeliling yang menambahkan beban fikiran aku..alahai..

Actually, perkara yang paling utama ini harus aku tumpukan. Sebenarnya aku sangat seronok membuat persiapan ni tapi tulah...minda ni yang berserabut dengan seseorang yang tak pernah nak memahami.. apa nak buat ek.. dah cakap elok2 pun masih tkmoh phm2 jugak..sudahnya.. biarkan?

Owh..segalanya sudah hampir siap. Hanya nk touch-up apa yang patut je..wait..wait..wait...tgk senarai semak dulu..ada tak lagi yg tertinggal.. Semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari Ilahi, itulah doaku..

Apa lagi nak ku hapdet kat sini? Hmmm...tk tahulah nak cakap apa. Sibuk dengan kerja ya jugak, banyak perubahan yang berlaku kat opis ni ..yang menuntut masa dan sepenuh perhatian dari aku.. tapi tulah.. sorry boss, rasanya performance semenjak dua menjak ni mcm down je..harap bos mengerti.

Tuesday, May 10, 2011

Aaaa...Tobat! Perutku sakit

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Kebizian mengintai tirai kehidupanku sejak kebelakangan ini. Masa yang tersisa digunakan sepenuhnya. Entahlah samada aku yang suka membuat kerja di saat-saat akhir atau memang begini lumrahnya.

Owh pertama kali aku benar-benar bersyukur kerana perkara yang paling utama dapat diselesaikan tanpa ada kesulitan, Alhamdulillah Ya Allah, ternyata KAU masih sayang padaku...

Namun hidup ini tak pernah sunyi dari diuji. Semoga aku akan tabah menghadapi segala ujian dari-Mu Ya Allah walaupun sering aku tersungkur menangis sendirian...

Berbalik pada kisahku hari ini (cerita malam ini agak bercelaru, secelaru fikiranku sekarang ini). Hari ini aku kembali bekerja setelah semalam mengambil cuti kecemasan.

Pagi ini aku bersarapan dengan air nescafe dan beberapa ketul nuget yang ku bawa dari rumah. Asyik membuat kerja (melayan fikiran sebenarnya), sibuk menaip senarai tetamu sehinggalah jam menunjukkan pukul 3 lebih, baru ku sedar yang aku tidak mengambil makanan tenghari pun..

Sebenarnya bukanlah tidak biasa aku tidak mengambil makanan tengahari. Tapi kerana selera makanku yang tidak berapa nak ada kebelakangan ini membuatkan perutku terasa pedih. Kasihan kau perut!

Bagi mengelakkan perutku merajuk, aku membancuh secawan lagi nesface dan makan bersama sepeket biskut keju. Lega sedikit.

Petang tadi balik dari kerja, bergegas pula membawa mak menyelesaikan urusannya. Alhamdulillah settle setakat ini.

Rasanya perutku sudah masuk angin. Terasa semakin mencucuk-cucuk. Aduhai wahai perut..sabarlah. Tapi nak buat macamana, nak makan pun aku terasa seleraku hilang. Mujur kakakku goreng ikan yang panas2 tadi Hehehe....menggamitlah sedikit selera. Namun sakit perut masih jugak menyucuk. Sangat sakit!!

Nota Kaki :  Huhu nampaknya aku tak boleh membiarkan keadaan seperti ini berterusan. Nanti yang nak menanggungnya aku jugak... (Entry hari ini agak membingungkan)

Wednesday, May 04, 2011

Pesta Buku Antarabangsa

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Jom Membaca! 

Siapa yang pergi ke pesta buku antarabangsa yang lepas? Huhu aku ter'missed' lah tahun ini punya pesta buku. Memang masa dah terasa suntuk sebab banyak benda yang nak difikirkan. Nampaknya minggu2 aku yang terindah di dalam bulan May ini, terisi dengan jadual yang ketat. Tapi apapun ianya tak mendatangkan masalah, malah aku seronok membuatnya.

Lagipun aku tkder buku baru yang nk di promotekan. Al-maklumlah, manuskrip tak siap2 lagi..haish. Aku ada dapat satu projek menulis lagi. Alhamdulillah. Kena siapkan manuskrip itu secepat mungkin.

Walaupun aku tak pergi ke pesta buku, tapi aku dapat jugak buku yang aku idamkan. Novel tebal dari Siti Rosmizah - 7 Hari Mencintaiku. Banyak buku lagi sebenarnya nak beli. Tapi since tak pergi, maka jgnlah sibuk2 nk susahkan orang kan. Apapun terima kasih buat Kerol yg baik hati tolong 'rebutkan' buku2 ni utk aku.

Dan yang paling best buku abang RAM (Ramlee Awang Murshid) - SUTERA BIDADARI. Edisi khas lagi tu dengan kulit tebal. Wah, sangat suka! Kesinambungan cerita Bagaikan Puteri. Bagi peminat abang RAM yang mengikuti citer ni tentu tak sabar kan nak membaca pengembaraan Laksamana Sunan yang seterusnya. Bagi yang tidak tahu tu, cubalah korang try baca novel yg pertama dulu "Bagaikan Puteri', Jaminan 200% korang pasti akan tertarik! Percayalah!! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut baca kat sini (kelabram)

Nota Kaki : Aku masih menyabarkan diri untuk tidak membelek buku itu dulu. Bukan apa, nanti kalau aku mulakan, alamatnya kerja lain mesti tersangkut. So lebih aku settlekan apa yang perlu dulu. Lepas tu barulah boleh concentrate dan enjoy membaca. Lagi satu pesanan dari seseorang. Jangan asyik membaca novel sahaja, peruntukkan sedikit masa anda untuk membaca novel Allah (korang fahamkan)..(^_^)

Makan Ayam Penyet

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Inilah rupanya ayam penyet tu tapi ni bukan ayam yg aku makan semalam. Aku semalam order kepak bahagian sebelah kanan hehe. Gambar ini ehsan dari Khairul Azmi (aku cilok sebenarnya gambar ni)

Malam semalam dapat jugak akhirnya aku dan kengkawan terjah gerai ayam penyet dan asam pedas seorang kawan. Kedai yang terletak di tepi jalan dekat Sri Sentosa. Kedai ni pun diusahakan oleh seorang senior aku masa sekolah menengah dulu. Kira baguslah dia ni buat bisnes makanan camtu kan.

Walaupun gerainya tidaklah berapa besar, namun cara dia menyediakan menu tu aku rasa bagus. Sebabnya dia ada kelainan dan menu yang special iaitu Ayam Penyet, Asam Pedas dan Sup Daging. Kiranya memang taklah bersaing dengan gerai2 yang ada yang rata2 menunya sama sahaja.

Selalunya kalau makan ayam penyet, aku akan ke Sunway sana Restoran Ayam Penyet. Kat sini, rasa ayam penyetnya boleh tahan sedap. Aku sampai tambah 2x sambal tu...hmmmsedap dan pedas. Barulah terasa kehangatannya. Minum pulak Teh O Laici. First time sebenarnya minum Teh O Laici ni (kesian kan?) yelah mana ada aku tgk gerai2 lain buat minuman camtu. Paling2 pun air laici, carrot laici.

Set asam pedas aku kawan aku si Kasih yang comei tu yang order. Setnya, ada asam pedas, nasi bersama sayur dan telur masin. Aku rasalah jugak kuah asam pedas tu. Boleh tahan!

Nampaknya bertambah lagilah tempat perjumpaan aku dan kawan2. Rasa2nya setiap kali perjumpaan kitorg akan menjelajah tempat baru yang berdekatan kat situ. Kira macam jumpa-jumpa cari makan pulak ni. Heee..apapun aku rekomenlah pada sesiapa yang nak rasa keistimewaan makanan kat sini, datanglah ke  gerai ni ya.

Aku tak tahu nak bagi alamat. Yg penting ianya terletak di Sri Sentosa. Di sudut berhadapan dengan pasaraya Checkers. Jom ramai2 kita serbu!

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design