Tuesday, September 27, 2011

Puan Isteri VS Encik Suami

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Gambar di atas adalah pasta bakar yang dimasak oleh Chef Aryanie Ismail. Chef ke? Tetiba lak kan... Okay jelah kut. Klik sini untuk resipi

Dh beberapa kali aku buat pasta bakar ni. Ni pun dapat resipi ni dari Kak Ayu Sahara a.k.a paraparasakura hehe.. Rasanya pada ku memanglah sedap. Anak buah aku sangatlah suka kalau aku buat pasta ni.

Hari ahad yang indah suatu hari tu, aku terfikir nk buat pasta ni sbg buah tangan menghadiri rumah terbuka (yelah kan tkkn nk berlenggang kangkung pulak), So en suami tetiba je bersuara..

"Jom kita lawan nak, pasta bakar siapa yang paling sedap!" 

"Aaaaa????" bingung aku. Betulke en. suami nak bertanding ni?

"Yelah kita masak ikut style memasing. Yani cara Yani, abang cara abglah." kata en. suami.

"Hmmmm...mana boleh mcm tu." ujarku dengan gaya manja (hehehe sila jgn mencebik okeh). Bukan apa, alahai, en suami ni boleh tahan jugaklah dalam bab-bab memasak ni. Yang aku ni pulak memang fail sedikit. Kadang2 masak menjadi, kadang2 kureng. Tapi aku rasa klu bab masak moden2 ni okay sikitlah kut (siapa lagi nk puji kalau bukan diri sendiri)

So bermulalah pertandingan memasak antara kami. En. suami memasak dengan cara dia. Pstttt...dia mmg terror masak Spagetthi.. Hehehe kadang2 aku curi2 tgk gak cara dia memasak, nak sorok2 mana boleh..dahlah kongsi dapur yang sama kan..heee...

Aku pun dengan konfidennya masak pasta dengan cara aku (nantikan resipinya di n3 berikutnya).Kemudian, tepuk dahi..alahai, aku terlupa nak beli cendawan butang. Ah, belasah jelah. Daging kisar dibahagi pulak tu antara aku dan en.suami. Aku dapat bahagian lebih okeh..of cozlah kan..hehehe

So bahan2 nak masak tu actually mmg tak berapa nak cukup tapi pandai2 sendiri jelah kan menggunakan sumber bahan mentah yang ada.

Maka, pasta aku pun siaplah untuk dibakar. Masuklah ke dalam oven pembakar (hadiah perkahwinan, alhamdulillah). Kali ni aku harus lebih berwaspada sebabnya dh berapa kali masak, bahagian atasnya pasti lebih hangus sedikit. Hehe masih belum lulus nk gunakan oven dengan baik. Bakar puding roti pun selalu je hangit tang atas tu..

Kali ini aku bakar dibahagian bawah dahulu, tapi adalah sedikit hangus heee.. lepas tu bahagian atas pulak. Memula tu tabur keju sedikit, bila dh nak agak masak tu aku tabur lagi keju supaya keju tu tk nampak hangusnya. Alhamdulillah cantik jugak rupanya (versi perasann..)

Time En suami pulak membakar, heheh ku lihat dia setia je di sisi oven itu. Nk memantau keadaan pastanya lah tu. Sesekali en. suami menjeling ke arah pasta bakarku yang kelihatan cantik tu (jeleslah tu!)

Bila tiba untuk dihidangkan kepada tetamu, kami berlumba2 melihat pasta bakar siapa yang habis dahulu heheh..tapi kesudahnya sama2 habisnya. Tidak tahu samada disebabkan ramai orang atau kerana kesedapan pasta bakar itu (perasan lagi!!).

Apapun satu yang aku perhatikan, mungkin dengan penggunaan telur, pasta yang digunakan akan lebih melekat antara satu sama lain..hmmmm mungkin next time leh cuba tambah telur..apapun Walla!!







0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design