Wednesday, September 28, 2011

Pasta Bakar Mudah

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Haaa seperti yang dijanjikan, tadaaa... inilah dia resipi Pasta bakar mudah (Easy pasta bake) atau bolehlah kalau nk disebut makaroni bakar pun... so mari memasak!!



Bahan-Bahannya : - 

* 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek)
* 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu) 
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus 
* 1 labu bawang besar – dicincang halus 
* 1 tin sedang tomato puri 
* 1 tin cendawan butang - dihiris 
* 1 biji lada benggala - didadu 
* 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan 
* cili kisar- agak2 le if nk pedas 
* 1 batang carrot – didadu 
* 1 batang celery – didadu 
* 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket) 
* 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar) 
* Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan 
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) 
* Garam dan gula secukup rasa


 Bahan sos putih : 
* 2 sudu besar butter 
* 1 sudu besar tepung gandum 
* 2 kotak susu segar 
* Secubit lada hitam dan garam 



Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.

3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.

4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.

5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.

8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.

9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas. Mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.

10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.

11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!


Note : Seperti yang aku ceritakan di n3 sebelum ini, selalunya di bahagian bwh pasta itu tak berapa nk melekat, so cer korang tambahkan telur sikit mungkin adunan itu akan melekat....

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design