Wednesday, May 04, 2011

Makan Ayam Penyet

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Inilah rupanya ayam penyet tu tapi ni bukan ayam yg aku makan semalam. Aku semalam order kepak bahagian sebelah kanan hehe. Gambar ini ehsan dari Khairul Azmi (aku cilok sebenarnya gambar ni)

Malam semalam dapat jugak akhirnya aku dan kengkawan terjah gerai ayam penyet dan asam pedas seorang kawan. Kedai yang terletak di tepi jalan dekat Sri Sentosa. Kedai ni pun diusahakan oleh seorang senior aku masa sekolah menengah dulu. Kira baguslah dia ni buat bisnes makanan camtu kan.

Walaupun gerainya tidaklah berapa besar, namun cara dia menyediakan menu tu aku rasa bagus. Sebabnya dia ada kelainan dan menu yang special iaitu Ayam Penyet, Asam Pedas dan Sup Daging. Kiranya memang taklah bersaing dengan gerai2 yang ada yang rata2 menunya sama sahaja.

Selalunya kalau makan ayam penyet, aku akan ke Sunway sana Restoran Ayam Penyet. Kat sini, rasa ayam penyetnya boleh tahan sedap. Aku sampai tambah 2x sambal tu...hmmmsedap dan pedas. Barulah terasa kehangatannya. Minum pulak Teh O Laici. First time sebenarnya minum Teh O Laici ni (kesian kan?) yelah mana ada aku tgk gerai2 lain buat minuman camtu. Paling2 pun air laici, carrot laici.

Set asam pedas aku kawan aku si Kasih yang comei tu yang order. Setnya, ada asam pedas, nasi bersama sayur dan telur masin. Aku rasalah jugak kuah asam pedas tu. Boleh tahan!

Nampaknya bertambah lagilah tempat perjumpaan aku dan kawan2. Rasa2nya setiap kali perjumpaan kitorg akan menjelajah tempat baru yang berdekatan kat situ. Kira macam jumpa-jumpa cari makan pulak ni. Heee..apapun aku rekomenlah pada sesiapa yang nak rasa keistimewaan makanan kat sini, datanglah ke  gerai ni ya.

Aku tak tahu nak bagi alamat. Yg penting ianya terletak di Sri Sentosa. Di sudut berhadapan dengan pasaraya Checkers. Jom ramai2 kita serbu!



0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design