Sunday, August 29, 2010

Bergadang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam tadi, mataku terasa payah nak pejam. Siangnya pun aku tidak tidur tapi mata ini terasa celik sahaja. Lantas, aku membuka laptop dan menyambung penulisanku yang tergendala. Wah, ternyata idea datang melimpah ruah..syukur Ya Allah. Semoga aku dapat menghabiskan manuskrip itu secepat mungkin..amin.

Setelah penat jemari menekan keypad laptop, aku berbaring sebentar setakat merehatkan mata dan minda namun mata ini masih belum mahu terpejam. Lantas aku membuka youtube dan sambung menonton Ketika Cinta Bertasbih sehingga ke episod akhir. Wah, akhirnya berjaya juga aku menghabiskan cerita itu. Jalan cerita yang menarik dan boleh dijadikan teladan.

Sebelum ini, aku hanya membuka youtube sekadar untuk mendengar lagu, tak terlintas pula nak menonton cerita di dalam youtube ini. Semua ini bermula apabila seorang teman mencadangkan agar aku melayan cerita 'Ku Tunggu Jandamu' di youtube. Okaylah, supaya tak boring sangat maka aku pun layanlah sehingga naik seronok pulak. Haha..lepas ni ada dua tiga lagi yang menanti untuk ditonton. Haishh..padahal aku masih mempunyai koleksi DVD yang dibeli dari seorang teman yang masih belum berkesempatan untuk dimainkan.

Hari ini, aku harus menyambung kembali manuskrip yang ku beri judul 'Tunjuk Ajarku Sifu' itu. Ternyata apabila di awal pagi, pabila bumi ini sunyi dari keriuhan manusia, ternyata idea datang tanpa di duga. Seronoknya..namun bagi aku yang bekerja makan gaji ini, tidak boleh selalu bergadang. Maka kesempatan dihujung minggu tidak disia-siakan.

Chaiyok Aryanie..!!!

Sungguh, Aku Rindukan Dear!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam ini aku sendiri (memang setiap malam pun sendiri hehehe).
Tapi malam ini rindu datang menyapa lagi.
Entah, aku tidak tahu apa kata hati
Yang pasti, dear..tetap di sanubari

Mungkin benar kata pujangga
Tak kenal maka tak cinta
Bolehkah cinta datang menyapa
Hanya dengan bertentang mata?

Sungguh, aku tak tahu
Apa yang tersirat di sudut hatiku
Namun, sehari tidak 'bertemu'
Terasa kosongnya duniaku

Andai benar, dear..tercipta untukku
Maka, Ya Allah ku pohon padamu
Berkati aku dan dear, di bawah lembayungMu
Agar dapat kami bersatu, dilimpahi cintaMu

** Buat si dear, andai dapat kau nilai erti kasih sayang, maka izinkan ku sentuh cintamu...

Friday, August 27, 2010

Buka Pose

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini (Aug 26) aku berbuka puasa bersama teman sekerja, juga bersama bekas teman sekerja yang telah lama tidak bersua. Sekadar bertanya khabar di fesbuk sahaja. Destinasi lepaking kami di Pizza Hut. 

Aku keluar dari opis jam 6.30 ptg. Konon supaya aku tiba di destinasi nanti tidak perlu menunggu lama untuk berbuka. Namun setibanya aku di bulatan ke-2..aku mengeluh berat. Mana tidaknya dari jauh sudah kelihatan kereta yang berderet bergerak perlahan-lahan. Untuk mencari alternatif lain tidak mungkin kerana tidak ada pusingan U di situ kecuali terpaksa menempuh bulatan itu juga. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku bersabar menanti giliran melepasi bulatan. Jam di dashboard sudah mencecah ke angka 7. Adoi...sempat ke aku berbuka nanti.

Syukur aku sampai di sana sebelum tibanya waktu berbuka. Bertemu semula kawan lama memang banyak yang nak diceritakan. bertukar2 cerita. sekurang2nya hilang perasaan geram siang tadi... 

Thursday, August 26, 2010

Apahal????

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku rasa Geram! Geram! Geram! 

Kenapa manusia suka menuding jari kepada orang lain, konon nk mempertahankan keputusan dia yang ntahhapahapantah tu. Sedar tak dia tu yang kita ni selama ni ikhlas nak berkawan tapi dia pulak nk buat hal macam ni.

Hari ini tak pasal-pasal aku jadi bahan cerita! Cerita yang memang aku rasa tak layak untuk diperdebatkan. Hanya kerana dia nk sebilik dengan orang laen, alasannya aku tk bertegur sape dengan dia. Eiiiiiii...ada aku kesah ke nak sebilik dengan ko???? 

Yang paling menyakitkan hati, dia gunakan alasan yang aku tk bertegur dia??? Apa, yang selama ni bergelak ketawa tu bukan tegur ke???? Apa dia ingat everytime aku kena mengadap dia, sengih dpn dia, itu yg dia kata TEGUR??? 

Ya Allah, ko tabahkan jelah hati aku ini.

Tuesday, August 24, 2010

Puding Santan Bersos Kismis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Nak cerita pasal puding yang aku buat ni. Puding ni aku buat semalam. Ini pertama kali aku mencuba resipi ini. Not bad. Sos kismisnya memang sedap. Cuma pudingnya sedikit keras. Sukatan air yang aku pakai kurang rupanya..hahaha..but still enak dimakan.

Ini ada resipi untuk dikongsi:

Puding
- Agar2
- Gula pasir
- Tepung Jagung
- Santan
- Air

Bahan sos
- Air
- Gula pasir
- Kismis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 uncang teh
- Tepung jagung

(sukatan mengikut kepandaian sendiri hehe)

Cara membuatnya:
Puding - masak agar2 sehingga cair, campurkan santan. Kemudian masukkan tepung jagung dan gula. Jerang di atas api sederhana sambil kacau hingga pekat. Kemudian masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Sos - Jerang air bersama bunga cengkih, uncang teh, gula dan kismis hingga mendidih. biar selama 10 minit. Kemudian keluarkan uncang teh dan masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat. tuang sos ke atas puding yang telah keras. Siap dimakan!

 ********

Ramadhan 13, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Gambar ni tkder kena mengena dengan n3 kali ni. Saje je aku letak. Inilah mee hailam yang aku masak hari tu (gunakan bahan yg ada je) tapi alhamdulillah syukur dgn rezeki yang ada.

Wah, tahap kemalasan eh bukan..tahap kebizian aku sejak akhir2 ni membuatkan blog aku dihiasi habuk hehehe. Konon nk buat n3 setiap hari dalam bulan pose ni, ternyata hanya tinggal kata2 aje. Penat dan bizi..ya, itulah sebabnya.

Bulan pose ni masuk opis awal dan pulang pun awal. Tidurku, selagi belum mencecah jam 2 pagi masih awal rasanya. Dah tu pulak, jam 4.30 pagi nak bangun masak sahur. Selepas sahur dan solat, bukan boleh terus tidur. Harus mandi dan bersiap untuk ke opis. Sudahnya, di opis aku tersengguk-sengguk. Hehe..nasib baiklah dalam bilik tu ada beberapa orang staf yang lain. Kalau tak mahu aku terlentok atas meja.  Lagu2  radio yang didengar secara on9, memang dipasang kuat. Konon nak hilangkan rasa mengantuk. Tapi..haisshhhh...ttp zzzzzzz jugek.

Tapi yang hairannya, apabila tiba je time rehat, mata ni pandai pulak celik. Padahal dari pepagi aku dah set mind nk tdo tghri nanti. Haisshh..sudahnya, layan fesbuk atau novel yang memang ku bawa.

Malamnya pulak, lepas berbuka pergi solat terawih sehingga jam 11mlm. Begitulah rutin harian aku sepanjang bulan pose ni. Tdor jam 2 pagi, bangkit jam 4.30 pagi. Adehh berapa jam je tdo kan..

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 6, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini hari b-l-u-e-s  a.k.a  m o n d a y. Seperti biasa, dah namanya hari isnin, maka mood pun mmg blues ajelah. Al-maklumlah dah bercuti hujung minggu.

Malam tadi aku tidur lambat lagi. Rasanya dekat pukul 2pagi juga. Sedang menyiapkan manuskrip aku. Harap-harap aku masih mempunyai kekuatan untuk menyambung manuskrip itu sehingga selesai..amin.

Terawih malam semalam seperti yang dijangka, kembali sunyi. Hanya tinggal 2 saf sahaja. Itupun saf ke-2 banyak dipenuhi oleh kanak-kanak sahaja. Manalah agaknya para jemaah semalam ya? Hurm, nampaknya  hanya bila ada keramaian sahaja ruangan markas menjadi padat sehinggakan wajah2 yang jarang kulihat bertandang ke rumah Allah itu, turut sama hadir.


Hari ini betul2 rasa tak ada mood. Tak tahulah kenapa kepenatan itu amat dirasakan. Agaknya kurang tidur dan kurang air. Bibir sudah mula merekah..adoiii.... 

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan 5, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Diam tak diam, hari ini masuklah hari ke-5 kita berpuasa, insya Allah. Seronok kan berada di bulan puasa.

Semalam petang, aku ke bazaar ramadhan bersama anak buah aku. Tak rancang pun. Sekadar singgah selepas pergi ke bank di OUG. Cadangnya nk bayar duit kereta tapi transaksi di cimb bank gagal pula. Tak tahu pula, mungkin selepas jam 6 ptg, transaksi ditutup.

Kereta dihala pula ke Sri Sentosa mencari bazaar. Adalah berjumpa. kami sekadar membeli air soya dan martabak sahaja. Anak buah siap dh ingatkan, jangan membazir acik..hehehe...yolah.

Cuma semalam entah kenapa teringin nk makan kuih tako / kuih sampan. Di sentosa tiada, lantas ku halakan kereta ke pantai dalam. Huhu..pun tak ada. nampaknya seperti kempunanlah aku. Memandangkan hari sudah hampir maghrib, kami mengambil keputusan pulang sahaja. Esok2 carilah lagi kuih itu.

OTW nak balik ke rumah itu, sempat aku menyuruh anak buah melihat kiri dan kanan mana tahu kut ada yang menjual kuih kesukaan aku itu. 

"Tak ada cik." ayat itulah yang diulang2 sepanjang jalan. Huhu..memang kempunanlah aku.

Sampai sahaja di selekoh sekolah agama di rumah aku, aku memberhentikan kereta dan menyuruh anak buahku turun untuk melihat ke kedai Cik Pah (Cik Pah selalu berniaga di simpang itu menjual nasi lemak - sedap). Kiranya ini usaha terakhir akulah untuk melepaskan kenan itu. Kemudian anak buah aku dengan wajah gembira kembali ke kereta

"Ada acik. Acik nak berapa?"

Fuh, dengan senyuman melebar, aku serahkan duit kepada anak buahku. sepeket untuk aku bawa pulang ke rumah dan sepeket lagi untuknya satu keluarga pula. Hehe..punyalah jauh aku menjelajah, akhirnya di kawasan rumah sendiri jugak yang ada. Itulah, bazaar ramadhan di tempat orang..manakan sama bazaar ramadhan di tempat sendiri...(^_^)

Malam tadi seperti biasa pergi ke markas utk solat tarawih. Markas mlm ini meriah dan padat tidak seperti biasa. Al-maklumlah semalam telah dikhabarkan akan kehadiran Datuk Sri Anwar Ibrahim yang akan bersama-sama solat tarawih berjemaah bersama. Aku yang selalunya berada di saf pertama, semalam terpaksa ke saf no-3 kerana kepadatan tersebut. Alangkah bagusnya sekiranya setiap malam jemaah ramai begitu. 

Selesai solat tarawih, Datuk Sri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah yang banyak menyentuh tentang akhlak. Apapun, tazkirah selama hampir setengah jam itu ternyata tidak membosankan.

Moreh malam tadi agak istimewa iaitu nasi beriani gam (ayam) beserta kuih muih. 


Ramadhan 4, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku kononnya nak menulis tentang aktiviti aku setiap hari di bulan Ramadhan ni, tapi terbit pula rasa malas sbb bukan byk sgt yg nk diceritakan pun. Malam tadi kononnya tak mahu tidur sehingga masuknya waktu Subuh. Dengan bertemankan novel, aku pun mula membaca...namun akhirnya..zzzzzzzzzzzz 

Pagi ini seperti biasalah aku bangun jam 4.30 petang, panaskan lauk untuk bersahur. Owhh lupa, pagi tadi aku bersahur dengan ayam goreng mc donalds. Semalam sempat pesan dengan anak buah yang melepak dengan kawan2 di mekD tu.

Seperti hari2 biasa lazimnya, ayah aku akan bertanya 

"Tak ada sayur ke?" 

Maksud dia sayur2 jenis berkuah. Ayah aku ni mmg gemar dengan sayur yg berkuah. Aku yang kadang2 naik boring pulak. Balik2 sawi, balik2 bayam. Kalau time rajin aku datang, aku akan masak sayur Choy Tam bersos tiram. Sedang kami sekeluarga asyik menikmati, ayah aku boleh buar derk jer..hehehe..

Maka, aku dengan baik hatinya pagi tadi masaklah sup sayur untuk ayahku. Okaylah guna bahan apa yang ada. Kami makan sambil menonton tv, kemudian berehat sambil menunggu waktu Subuh.

Aku masih dengan azam nk menghabiskan bacaan novel, meneruskan pembacaan. Tapi sebelum itu sempat juga aku menambah jalan cerita untuk manuskrip aku seterusnya..Chaiyok!!!!

Friday, August 13, 2010

Ramadhan 3, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam tadi terawih lancar seperti biasa. Ustaz yang diemput kali ini, memberi takzirah yang tidak kalah hebatnya. Yang paling aku suka suara ustaz tersebut melagukan ayat2 ketika bersolat. Kedengaran merdu dan jelas. 

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-3 kita berpuasa. Terasa nikmatnya berada di bulan ini.

Pagi tadi, aku bangun untuk sahur agak terlewat hampir setengah jam. Kelam kabut aku menyediakan juadah untuk bersahur. Malam sebelumnya dah bercadang nk buat nasi goreng. Itu planning sahaja, dengan ingatan esok bgn pagi2 baru nak sediakan awas2 nya,,hehehe (a.k.a malas!!). Mana tidaknya semalam rasa letih pulak. Malam sebelum tidur tu baca buku. Dah asyik sangat sampai tak sedar jam dah berganjak ke pukul 2 pagi. Whuaaa... mmg tk cukup tidulah aku pagi ini.

Seperti lipas kudung aku menggiling bahan2 untuk dibuat nasi goreng. Campak sana campak sini..Alhamdulillah siap!! Hehe.. tak lupa juga telur goreng. Kemudian aku kejutkan kakak, ayah dan ibu. Kami menikmati makan sahur dan berehat di ruang tamu sementara menunggu masuknya Subuh.

Selesai bersolat Subuh, aku menyambung kembali pembacaan. Tepat pukul 7, aku segera mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Hari ini aku mencuba jalan alternatif lain (smlm sudah terkandas di pantai dalam hampir setengah jam, haishh!!!), namun resultnya sama jugak.. Adoii, apa nk buat? takkan nk keluar rumah pukul 7pagi pulak? 


Malam ke - 3 ~ berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 2, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Puasa hari pertama aku mengambil cuti. Saja konon nak menyambut puasa pertama bersama keluarga. Sudahnya bosan juga duk di rumah. Sekadar mencuci baju dan menyambung pembacaan novel yang tergendala (byknya novel menunggu giliran untuk dibaca..haishh)

Berbuka semalam dengan kuih karipap, air soya dan bubur lambuk. Of coz nasi dan lauk pauk terhidang sekali. Tapi selepas berbuka terasa kenyang makan kuih dan bubur. 

Selepas solat maghrib, berehat sebentar sebelum ke markas utk solat terawih (hehehe sempat juga berfesbuk). Solat terawih malam tadi sedikit lewat dari malam semalam kerana menunggu ustaz jemputan yg lewat tiba. 

Selalunya jam 10.00 mlm sudah siap solat terawih. Disebabkan kelewatan semalam tazkirah di pendekkan menjadi 10 minit sahaja memandangkan ramai yang sudah beransur pulang.

Takzirah malam ke 2 berkisarkan ibadah dan pahala yang kita dapat di bulan ramadhan al-mubarak ini. Bulan ini Allah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Bermakna segala amalan kita di bulan Ramadhan ini pahalanya dilipat-gandakan oleh Allah. Jadi kawan2 rebutlah peluang yang ada ini dengan sebaiknya. 

Moreh malam tadi bihun goreng dan kuih udang bersoskan kuah kacang..lalalala...

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ramadhan 1, 1431H :


Sesudah maghrib malam tadi, Ramadhan membuka tirainya. Bulan yang penuh keberkatan. Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam di dunia. Semoga segala amalan dan ibadat di bulan ini dapat dipertingkatkan dan diterima olehNya.

Selepas mengerjakan solat maghrib, aku duduk di luar menonton tv sambil menunggu penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan tarikh bermulanya ramadhan. Walaupun seperti yang dijangka (mengikut kalendar) namun seronok begini, terasa debarannya. Lebih kurang jam 8.20mlm, pengumuman ke udara. Apabila disebut sahaja tarikh bermulanya puasa, aku tersenyum lantas masuk ke bilik mengambil tuala dan mandi!!!

Selepas bersiap dan mengambil wuduk, aku, ibu dan ayah berserta anak2 buah pergi ke surau. Kalau ikut rasa hati aku, nak aje berjalan kaki kerana setiap langkah yang diambil, pahalanya dikira. Mengenangkan ibu dan ayah yg sudah tidak larat berjalan jauh maka aku membawa kereta.

Seperti kelazimannya, kami mengerjakan solat terawih di markas PAS. Soal politik tidak timbul di sini. Kalau di Madrasah Al-Syukriah tentulah lebih meriah kerana kebanyakan penduduk akan berbondong-bondong ke sana. Tapi bagi segelintirnya gemar mengerjakan terawih di markas kerana di sini kami mengerjakan solat sunat itu sebanyak 8 rakaat dan 3rakaat witir. Setelah itu akan diikuti oleh majlis tazkirah bersama ustaz yang dijemput setiap hari dari setiap pelosok kawasan. 

Bagi jemaah wanita, sambil mendengar tazkirah, kami selalunya akan menikmati sedikit juadah (moreh) yang disediakan secara bergilir2 oleh para jemaah yang ingin bersedekah. Giliran kami menyediakan juadah nanti adalah pada ramadhan yang ke-21 bersamaan 31 Ogos.

Malam tadi tazkirah berkisarkan amalan pembaziran yang sering kita lakukan tanpa sedar di bulan Ramadhan. Berbelanja mengikut nafsu semata. Maka berbukalah kita dengan penuh kesederhanaan. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Apapun, pada teman2, rebutlah peluang di hari yang penuh keberkatan ini untuk mengerjakan amal ibadah> Semoga ibadah kita diterima olehNya..aminn..

Selamat Berpuasa!


Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Setelah hampir 2 bulan menggunakan henfon ayahanda, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli henfon baru. Itupun kebetulan ada teman yang bercerita. Haha..okaylah aku pun order. Wah, pagi ni aku dah dapat henfon baru itu.

Henfon yang aku beli ni bukanlah secanggih seperti iPhone..Blackberry.. entah apa lagi keluaran yang baru sekarang ni kan. Jangan ditanya, kerana aku tidaklah minat sangat dengan henfon2 dan gadget2 yang canggih sangat ni. Bukanlah aku ketinggalah zaman hokkeyyy...cuma tk berapa minat. (@_@). Dan bukanlah sebab aku kedekut atau tidak mampu juga hokkeyyy...cuma tk berapa gemar membazir (heheh...leh caya??)..percayalah!!!

Bagi aku, cukuplah kalau aku boleh menghubungi dan dihubungi. Menghantar dan menerima pesanan ringkas. Tak puas kalau nak melayari internet di henfon tu (kecik sangat, jadi apalah gunanya lappy yg bersaiz 14" tu? heheh). Nak dengar radio pun, cukuplah di rumah atau di dalam kereta sahaja (pssttt tapi henfon yang baru ni leh dgr lagu2 - dah sah2 aku tk menggunakannya nanti). 

Kalau adapun yang mungkin aku gunakan, kamera ajelah (pssttt...kameranya pun sharp jugak, tapi apalah gunanya kamera digital itu? heheh) 

Lagi satu nak maklumkan yang henfon ni buatan Malaysia (CSL). Bukankah kita digalakkan membeli barangan buatan Malaysia? Sokonglah! Belilah!

Aku sebenarnya suka henfon jenis flip. Terserlah comey + kiyutt je kalau aku pakai. Bagi aku jenama henfon ni tak penting sangat asalkan ianya terjamin...hopefully. Apapun tunggu jelah....

Lepas ni mesti ayahanda kembali tersenyum kerana mendapat semula henfonnya..hehehe. 

 *** Okaylah henfon ni sbg hadiah utk harijadiku. Ingatkan nak beli jam tangan utk hadiah diri sendiri tapi jam dah berlambak pulak dalam simpanan.

Oh kome, doghyan dh berbunge....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sapelah yg tk kenal durian, doghyan, lulian..hehehe walau sebutan berbeza, ianya tetap sama. Musim durian dah kembali. Rata-rata di tepi jalan menjual durian. Baunya semerbak...wahhhhhh.

Hari tu sewaktu pulang dari treasue hunt, bersama teman kami menikmati durian (2 biji ooo) makan di tepi jalan tu jugak!!..hahaha..enjoy!!!

Semalam pulak, setelah ibuku teringin nak makan durian (setelah hanya mendapat bau sahaja dari ........ hehehe) maka kakak aku pun memborong durian - Thanks Kei!. 

Mak aku seperti kelazimannya, kalau makan durian rasa tidak lengkap tanpa pulut. Maka semalam dia bertungkus lumus masak pulut untuk dimakan bersama durian..Thanks mak. wallah!!! Thanks juga pada kakak sulungku kerana mensponsored pulut. 

Tengah menunggu pulut masak, dapat panggilan dari seorang teman, ajak makan (dia nk belanja sebelum puasa menjelma) hehe.. okaylah maka lepas maghrib kami makan di restoran segera di kawasan berhampiran. Dalam fikiran tetap terbayang keenakan durian. Aku ni tk berapa gemar sangat makan pulut. Durian sahaja cukuplah bagiku. 

Selepas berborak2 sambil makan dengan teman, aku pulang setelah menghantar anak buahku ke rumahnya. Sampai di rumah rasa macam nak terkam durian. Tapi terasa kenyang pulak.. adehhh... nk menjamanh durian aje pun rasa tk selera (???) 

Pagi tadi, emak tanya lagi:-

"Tak nak makan durian ke?"
"Balik keje nantilah." jawabku.
"Kalau habis tak tahu" jawab emak selamba.
"Erk!" Aku terkedu. "Simpankan durian je, pulut tak nak" kataku.
"Kalau durian je okay. Pulut tak gerenti"

Hehehe.. okaylah tu. Aku nak durian itu ajer.. Tak sabar nak ,menikmati durian balik nanti. (^__^)

Monday, August 09, 2010

Apa Kata Hati



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selalunya blog aku hanya berkisarkan tentang apa yang berlaku di sekelilingku dan segala aktiviti aku. Jarang sekali aku berkongsi rahsia hatiku. Sebab apa? Kerana itu adalah hak peribadi aku dan mungkin belum masanya untuk aku kongsikan bersama teman.

Hari ini, seorang teman bercerita tentang dirinya yang masih belum berkahwin lagi, sama seperti aku. Sedikit cuak (bukan sedikit tp banyak sebenarnya) apabila orang sekeliling sering bertanya soalan cepumas yang aku sendiri tiada jawapan "Bila nak kawin?", "Memilih sangat!", "Cinta itu boleh dipupuk."

Lantas apa yang harus dijawab? Nak kata memilih, bukankah kita memang seharusnya memilih? Sedangkan Islam sendiri menggalakkan kita memilih pasangan hidup.

" Islam juga mengajarkan kepada umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup karena hidup berumah tangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun saja, akan tetapi diniatkan untuk selama-lamanya sampai akhir hayat kita.
Muslim atau Muslimah dalam memilih calon istri atau suami tidaklah mudah tetapi membutuhkan waktu. Karena kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak menikah, hendaklah memilih pendamping hidupnya dengan cermat, hal ini dikarenakan apabila seorang Muslim atau Muslimah sudah menjatuhkan pilihan kepada pasangannya yang berarti akan menjadi bagian dalam hidupnya. Wanita yang akan menjadi istri atau ratu dalam rumah tangga dan menjadi ibu atau pendidik bagi anak-anaknya demikian pula pria menjadi suami atau pemimpin rumah tangganya dan bertanggung jawab dalam menghidupi (memberi nafkah) bagi anak istrinya. Maka dari itu, janganlah sampai menyesal terhadap pasangan hidup pilihan kita setelah berumah tangga kelak." ~~ ihsan dari internet.
Bagi yang masih bujang dan belum berpunya itu, sabar ajalah. Yang penting usaha dan kemudian tawakkal. Pernah aku terbaca tentang jambatan jodoh ini. Ada yang ditakdirkan jambatannya pendek maka cepatlah dia berumah tangga dan begitulah sebaliknya...

So, mari kita lihat ciri2 yang harus dititik beratkan dalam mencari pasangan :-

Sunday, August 08, 2010

Siapakah itu??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Syyyhhh...aku nak cerita apa yang aku alami sebentar tadi. Mungkin ianya mainan perasaan, tapi aku rasa sungguh ianya benar belaka.

Sebentar tadi, aku ke dapur untuk minum. Malam ini, hanya tinggal aku dan kakak sahaja di rumah. Parents pergi masjid. Ada ceramah selepas bergotong royong membersihkan masjid siang tadi. Tatkala ini, kakak aku seharian menghabiskan masanya di bilik menjahit bajunya (baju ramadhan + baju raya) hehehe... sedangkan aku pula menghabiskan masa di dalam bilikku juga (menyiapkan manuskrip + melayan fesbuk) hehehe..

Nak dijadikan cerita, aku mengambil segelas air masak dan duduk di tangga (tangga untuk ke atas di mana terletaknya bilik orang tuaku dan sebuah bilik kosong yang dijadikan tempat ayahku menjahit dan tempat anak buahku menyimpan barang sekolahnya)

Sedang aku minum, tiba-tiba ;

"Kriekkkkkkk"

Aku terkaku plus terdiam di tempatku. Bunyi itu ternyata bukan igauanku kerana bunyinya sungguh kuat di pendengaranku. Ayoyoyo..aku menjadi cuak. Kerana memang tiada sesiapa di atas. Dari tempat duduk aku mendongak ke atas. Cuba mengintai dalam debaran. Hanya kelam yang menyambut sapaan mataku (huhu..ayah mmg jarang nak bukak lampu di atas dengan alasan nak berjimat!)

Aku dah rasa seperti lain macam, lantas dengan cepat menghabiskan minumanku dan berlalu terus ke dalam bilik. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku mengalami keadaan seumpama ini. Bulan puasa tahun lepas juga aku mengalami satu peristiwa yang sehingga kini masih menjadi pertanyaan. Bayangan yang aku nampak, yang aku fikirkan adalah ayahku itu masih belum terjawab. 

Dan tentulah tahun ini, seperti tahun2 sebelumnya, aku harus menyediakan juadah untuk sahur. Maknanya aku adalah orang pertama yang akan bangun. Huhu..bulan puasa kan keliwon tak ada.....semua dah kena ikat????

Ya Allah, semoga tahun ini aku tidak akan mengalami apa-apa gangguan lagi. 

Trademark

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi tadi setelah bangun solat Subuh, sambung tidur semula. Huhu..walaupun sebenarnya tak bagus, rezeki tak masuk. Tapi ngantuk masih terasa, malam semalam menonton tayangan larut malam sambil menyambung manuskrip yang tergendala. Rasanya dekat pukul 3 pagi juga aku tidur.

Bangun semula jam 8 pagi, mandi dan bersiap untuk ke pasar tani berhampiran rumahku. Jalan-jalan konon nak mencari apa yang menarik sambil  melihat kut ada yg istimewa utk dijadikan juadah sahur atau berbuka puasa nanti (hehehe)

Satu pusingan kami berjalan namun tiada apa yang menarik. Cuma aku seperti biasa, beli lagi tudung. Huhu, budget bulan ni terlebih nampaknya. Kami singgah makan di gerai yang terletak di tengah pasar tersebut. Cadangnya mahu makan char kuey teow namun melihat char kuey teownya yang tidak begitu mengancam, aku order mee goreng basah ajelah. Tapi itupun ternyata tak puashati. Kakakku yang order kuey teow terpaksa berkongsi mee gorengku kerana char kuey teow tersebut ternyata tidak memenuhi citarasanya.

Kemudian, kami pergi ke tempat lain pula, sekadar menghabiskan masa. Masuk ke kedai pakaian, berkenanlah aku dengan satu blaus berwarna hitam. Dek kerana berkenan aku belilah juga walaupun sebenarnya nak tahan diri dari membeli. Yang hairannya, aku dah banyak baju berwarna hitam. Sehingga menjadi trademark pula. Aryanie dengan baju hitamnya.. hahaha.. apa nak buat. Hitam itu sungguh menawan!

Kembali ke rumah aku melihat dalam almari. Mak aiii... baju berwarna hitam sahaja sudah mengisi satu tingkat rak pakaian..hehehe. Peliknya. Walaupun sebenarnya baju2 itu berbeza material dan bentuknya, namun disebabkan kebanyakan koleksi pakaianku berlengan panjang dan aku memakai tudung, memungkinkan ianya kelihatan sama sahaja. Oh tidak!!! Sebenarnya ada cardigan, shirt sweater, turtle neck, t-shirt dan kain lycra namun apabila disarung, semuanya kelihatan sama. Hahaha...itulah trademark aku agaknya.

Hitam itu MENAWAN. Hitam itu KIYUT. Hitam itu ELEGAN. Hitam itu SWEET. Hitam itu membuatkan aku nampak KURUS. Hitam itu ARYANIE Ismail (^________^)

My New Best Friend

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Today i met a great new friend
Who knew me right away
It was funny how she understood
All i had to say

She listened to my problems
She listened to my dreams
We talked about love and life
She'd been there, too, it seems

I never once felt judged by her
She knew just how i felt
She seemed to just accept me
And all the problems i'd been dealt

She didn't interrupt me
Or need to have her say
She just listened very patiently
And didn't go away

I wanted her to understand
How much this meant to me
But as i when to hug her
Something startled me

I put my arms in front of me
And went to pull her nearer
And realized that my new best friend
Was nothing but a mirror

~~ Retold by Kimberly Kirberger
     (Chicken soup for the teenage soul)

Luv this poem. It seem so very true. Trust anyone but yourself!

Thursday, August 05, 2010

Sudah ke Belum???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Diam tak diam, dah masuk bulan Ogos. Dah lapan bulan berlalu, lebih kurang 4 bulan lagi masuklah tahun baru. Whuaaa..terasa cepat masa berlalu.

Sekarang aku sedang berfikir tentang azam tahun baru yang aku cipta di awal tahun. Azam aku kononnya nak siapkan sekurang2nya 2 buah manuskrip novel tahun ini. Wallah..azam cukup membara!! 

Tapi bila dibelek kembali, pencapaian aku, dah lapan bulan, satu manuskrip pun masih belum mampu disiapkan..haishhh.... 

Terasa amatlah payah aku nak membahagikan masa. Lately ini kerja di pejabat banyak pula. Yang kadangkala menuntut aku untuk bekerja lebih masa, yang kadang2 'rumahku juga, menjadi pejabatku'. Kerja aku memang best dan mencabar - cleaner!..huhuhu. Cuci sana, cuci sini (^___^)

Tapi apapun, aku berharap agar sehingga hujung tahun ini aku mampu menyiapkan sekurangnya satu manuskrip, di mana sekarang aku sedang bekerja keras untuk menghabiskannya. Semoga idea kali ini lebih bagus dan menarik...chaiyok!!! 

TUNJUK AJARKU SIFU

Monday, August 02, 2010

Monday Blues

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi ini, terasa malasnya nak bangun pagi. Huhu..lagi terasa malas nak pergi kerja. Subuh tadi aku dikejutkan oleh ibu agar solat Subuh dan membantunya membuat kuih karipap kerana ada jamuan di surau. Aku bangun dan memerhatikan ibuku sedang menyiapkan tempat untuk membuat karipap. Dihantui rasa mengantuk lagi, aku kembali ke tilam untuk berehat seketika, konon sekejap lagi aku akan membantu. Sudahnya aku terlena sehingga jam 7.50pagi..huhu..kesian ibuku kerana janjiku hanya tinggal janji.. 

Sepantas lipas kudung aku ke kamar mandi..tapi mandi aku mandi betul yer..bukan mandi 'lipas kudung' heheh... setelah bersiap ala kadar. Nasib baik masih ada baju yang sudah siap digosok, maka tidak perlulah aku kelam kabut, tapi akhirnya lewat juga aku sampai ke opis..haishhh...

Sudah sampai di opis, aku terasa sengal di leher. Adoii...terkehellah ni. Sehingga mahu membuka mulut pun terasa sengal. Leher yang terkehel atau telinga aku yang sakit? huhu..

Apapun, pagi Isnin mmg sedikit 'blues'..korang pun mesti rasa camtu jugak kan???? 


Sunday, August 01, 2010

Menjejaki Keris Nanggroe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Treasure Hunt mencari keris nanggroe dah pun bermula pagi tadi dan tamat kira-kira jam 5.30petang. Bagi aku yang pertama kali nak menyertai acara sebegini, terasalah excitednya. Malam sebelumnya siap bersengkang mata konon nak mengingati nama watak, tempat dan jalan cerita setiap novel Abang RAM yang aku miliki. Namun, haishhh..akhirnya aku tertidur dengan timbunan buku yang berselerak di atas katil.

Jadi, pagi minggu ini, seawal pukul 6 pagi aku dah bangun. Whua..rasa cam mimpi pulak di pagi minggu yang indah aku bangun awal (selalunya awal jugalah tapi tk seawal begini hehehe).

Terfikir untuk membuat sarapan, lantas aku melihat di dalam peti sejuk apa yang ada untuk dimasak. Hurmm...nk buat sandwich tuna/sardin tk ada pulak. Kulihat kabinet dapur pulak.. ada megi!!! Martabak megi pun okaylah..

Setelah selesai, aku pun bersiap sedia, memakai baju yang dibeli oleh my dear (biar seragam) . Contact lens yang baru ku beli  terkoyak pula tatkala aku mencucinya di telapak tangan. Warghhh terasa ingin menjerit. Tak pakai pun lagi contact lens itu!!! Haishhh susahnya menjadi orang rabun ni. Maka contact lens extra terpaksa ku pakai..hahaha...menjadi minah salehlah aku hari ini. Wow..you look blue!! ekekek....

Kami di antara peserta terawal yang tiba. Sementara menunggu yang lain, kami bersarapan dengan martabak megi yang kubawa dan roti yang disediakan oleh pihak RAMFC. Selesai mendaftar dan mendengar taklimat, pengembaraan pun bermula. Kami mulakan dari Central Market dan berakhir di KL Sentral. Seronok juga menjawab soalan2 yang disediakan oleh pihak admin RAMFC. Ada yang senang nak dijawab dan ada yang sedikit tricky. 

Kami menikmati makan siang di KL Sentral sambil mencari jawapan bonus yang harus diisi berdasarkan soalan2 berkaitan dengan abang RAM dan novel2nya. Kononnya masa masih ada..tapi ternyata susah juga nak mengingati jawapan itu. Haishh..novel2 yang telah ku study malam sebelumnya ternyata hanya sedikit sahaja yang bersangkutan.. novel yang tak sempat aku nak belek kembali, keluar pulak soalan mengenainya.. warhhh.....ralatnya...

Hampir kesemua jawapan dapat dijawab, cuma bahagian silangkata 3 soalan kubiarkan kosong tanpa jawapan..hehehe..blur beb!

Waktu utk penyerahan terakhir jam 4ptg di Taman Jaya, PJ. Kami segera ke stesyen LRT utk ke destinasi terakhir bersama kertas jawapan dan 'harta karun' yang diminta. Dalam mengejar masa itu, kami terlewat juga 8 minit. Huhu...markah dipotong.


Setelah markah dikira, admin RAMFC membentangkan jawapan yang tepat utk setiap soalan. Apabila masing2 betul, maka terdengar sorakan gembira, jika tidak, masing2 buat blur sahaja..ekekek..

Dalam debaran menunggu pemenang, ada cabutan bertuah rupanya. Wah, tak sangka nama aku dan pasangan Aleem tergolong dalam orang2 yang bertuah. Begitu juga dengan Haniff dan Khairul. Dapatlah sedikit souvenir.

Tada...!!!! Masa yang ditunggu untuk mengumumkan pemenang. Bacaan markah dimulakan dari bawah yakni tempat ke-15. Sehingga sampai ke tempat 10, nama kumpulan aku & Aleem, Khairul & Haniff masih belum disebut. Wah, ada peluang nk menang ni, kataku dalam hati (hehehe...semangat).

Tempat ke 7, nama Haniff dan Khairul diumumkan. Okaylah tu masih dalam top10. Kemudian, tempat ke ke-6, ke-5 masih belum juga nama kumpulan aku disebut. Hati dah berbunga harapan.

"Tempat keempat, kumpulan Yani & Aleem" pengumuman berkumandang.

Wah, kami bertepuk tangan. Kira hebatlah jugak dalam senarai top-5 ekeke.. Beza markah antara kami dan pemenang tempat ke-3 hanya 1 markah sahaja. Whua...mesti sebab kami dikenakan penalti tadi.

Hadiah hanya diberikan untuk pemenang dari tempat ke-3 ke atas. Namun apapun memang seronok, tapi penat wooo... setelah sampai di rumah, makin terasa kepenatan itu..huhuhu...

Syabas diucapkan buat team RAMFC kerana berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini.

Psstttt : nk tahu camner rupanya keris nanggroe yang menjadi igauan ngeri buat makhluk yang menyekutukan Allah? Keris yang sentiasa menjadi peneman Laksamana Sunan dalam jihadnya ke jalan Allah....inilah dia.. ekekek (ala2)

Menjejaki Keris Nanggroe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Treasure Hunt mencari keris nanggroe dah pun bermula pagi tadi dan tamat kira-kira jam 5.30petang. Bagi aku yang pertama kali nak menyertai acara sebegini, terasalah excitednya. Malam sebelumnya siap bersengkang mata konon nak mengingati nama watak, tempat dan jalan cerita setiap novel Abang RAM yang aku miliki. Namun, haishhh..akhirnya aku tertidur dengan timbunan buku yang berselerak di atas katil.

Jadi, pagi minggu ini, seawal pukul 6 pagi aku dah bangun. Whua..rasa cam mimpi pulak di pagi minggu yang indah aku bangun awal (selalunya awal jugalah tapi tk seawal begini hehehe).

Terfikir untuk membuat sarapan, lantas aku melihat di dalam peti sejuk apa yang ada untuk dimasak. Hurmm...nk buat sandwich tuna/sardin tk ada pulak. Kulihat kabinet dapur pulak.. ada megi!!! Martabak megi pun okaylah..

Setelah selesai, aku pun bersiap sedia, memakai baju yang dibeli oleh my dear (biar seragam) . Contact lens yang baru ku beli  terkoyak pula tatkala aku mencucinya di telapak tangan. Warghhh terasa ingin menjerit. Tak pakai pun lagi contact lens itu!!! Haishhh susahnya menjadi orang rabun ni. Maka contact lens extra terpaksa ku pakai..hahaha...menjadi minah salehlah aku hari ini. Wow..you look blue!! ekekek....

Kami di antara peserta terawal yang tiba. Sementara menunggu yang lain, kami bersarapan dengan martabak megi yang kubawa dan roti yang disediakan oleh pihak RAMFC. Selesai mendaftar dan mendengar taklimat, pengembaraan pun bermula. Kami mulakan dari Central Market dan berakhir di KL Sentral. Seronok juga menjawab soalan2 yang disediakan oleh pihak admin RAMFC. Ada yang senang nak dijawab dan ada yang sedikit tricky. 

Kami menikmati makan siang di KL Sentral sambil mencari jawapan bonus yang harus diisi berdasarkan soalan2 berkaitan dengan abang RAM dan novel2nya. Kononnya masa masih ada..tapi ternyata susah juga nak mengingati jawapan itu. Haishh..novel2 yang telah ku study malam sebelumnya ternyata hanya sedikit sahaja yang bersangkutan.. novel yang tak sempat aku nak belek kembali, keluar pulak soalan mengenainya.. warhhh.....ralatnya...

Hampir kesemua jawapan dapat dijawab, cuma bahagian silangkata 3 soalan kubiarkan kosong tanpa jawapan..hehehe..blur beb!

Waktu utk penyerahan terakhir jam 4ptg di Taman Jaya, PJ. Kami segera ke stesyen LRT utk ke destinasi terakhir bersama kertas jawapan dan 'harta karun' yang diminta. Dalam mengejar masa itu, kami terlewat juga 8 minit. Huhu...markah dipotong.


Setelah markah dikira, admin RAMFC membentangkan jawapan yang tepat utk setiap soalan. Apabila masing2 betul, maka terdengar sorakan gembira, jika tidak, masing2 buat blur sahaja..ekekek..

Dalam debaran menunggu pemenang, ada cabutan bertuah rupanya. Wah, tak sangka nama aku dan pasangan Aleem tergolong dalam orang2 yang bertuah. Begitu juga dengan Haniff dan Khairul. Dapatlah sedikit souvenir.

Tada...!!!! Masa yang ditunggu untuk mengumumkan pemenang. Bacaan markah dimulakan dari bawah yakni tempat ke-15. Sehingga sampai ke tempat 10, nama kumpulan aku & Aleem, Khairul & Haniff masih belum disebut. Wah, ada peluang nk menang ni, kataku dalam hati (hehehe...semangat).

Tempat ke 7, nama Haniff dan Khairul diumumkan. Okaylah tu masih dalam top10. Kemudian, tempat ke ke-6, ke-5 masih belum juga nama kumpulan aku disebut. Hati dah berbunga harapan.

"Tempat keempat, kumpulan Yani & Aleem" pengumuman berkumandang.

Wah, kami bertepuk tangan. Kira hebatlah jugak dalam senarai top-5 ekeke.. Beza markah antara kami dan pemenang tempat ke-3 hanya 1 markah sahaja. Whua...mesti sebab kami dikenakan penalti tadi.

Hadiah hanya diberikan untuk pemenang dari tempat ke-3 ke atas. Namun apapun memang seronok, tapi penat wooo... setelah sampai di rumah, makin terasa kepenatan itu..huhuhu...

Syabas diucapkan buat team RAMFC kerana berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini.

Psstttt : nk tahu camner rupanya keris nanggroe yang menjadi igauan ngeri buat makhluk yang menyekutukan Allah? Keris yang sentiasa menjadi peneman Laksamana Sunan dalam jihadnya ke jalan Allah....inilah dia.. ekekek (ala2)

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design