Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka lahirlah novel sulongku bersama Kaki Novel Enterprise yang mula diedarkan bulan Oktober 2009 ini.
Aku memang suka membaca sejak dari kecil dan dari situ terbitlah impian untuk melihat hasil karyaku sendiri.
Tidak tahu bagaimana harus kugambarkan kegembiraan melihat nama penaku tertera di sebuah buku hasil tanganku sendiri.
Penantian dan jerih payah selama ini terbalas dengan lahirnya Ingin Kusentuh Cintamu.
Kuharapkan impianku ini tidak hanya akan terhenti di sini sahaja. Aku ingin terus maju di dalam dunia penulisan..Insya Allah.
Kepada peminat novel, selamat membaca!