Tuesday, November 26, 2013

Salam Kembali

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama sudah aku tidak update blog. Kehidupan diteruskan macam biasa, tiada apa yang menarik sangat untuk diceritakan. Pekerjaan juga macam biasa, Alhamdulillah baru-baru ni rezeki bertambah..amin.

Kelmarin aku bermimpi tentang allahyarham ayahanda yang tercinta. Setelah hampir 6 bulan pemergian ayahanda akhirnya terlepas juga rindu aku kepadanya. Terima kasih Allah kerana menitipkan mimpi itu buatku. Di dalam mimpi itu aku bertemu ayahanda. Wajahnya tenang dan bersih. Dapat aku mendakap tubuhnya. Kemudian kami berjalan-jalan berpimpin tangan sambil bercerita sehinggalah akhirnya ayahanda di bawa pergi oleh seseorang di penghujung jalan. Ayah sempat menitipkan wang buatku, untuk dibahagi sama rata katanya dengan adik beradik yang lain. Aku tidak mahu memikirkan atau mentafsirkan apakah maksud mimpi tersebut. Hanya doa ku pohonkan buat ayahanda di sana. Semoga tenang dan bahagia di sana..amin