Wednesday, May 15, 2013

Farewell @ Island BBQ Steamboat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Seorang demi seorang kengkawan melangkah ke dunia baru. Aku ni bila lagi? Semacam sudah terlalu lama di sini. Adakah sudah sampai masanya? 'Ini kalilah! ke?' hehe..berdoa ajelah untuk yang terbaik.

Jumaat yang lepas, beramai2lah kami semua pergi ke Island BBQ Steamboat yan terletak di Kg Melayu Subang. Aku ingatkan dekat ajelah dari rumah aku..rupa2nya jauh gilerrrr lah jugak. 1st pergi ke situ, ikut kete kawan dari belakang. Punyalah dekat aku ikut (hehe bimbang terhilang jejak) Memang berbelit2 dan berliku2 jalannya.

Booking pula dari 6.30 petang hingga ke 8.30 malam sahaja. Hai la, sampai sahaja di sana setelah mengharungi jalan yang sesak tu dah dekat nak maghrib. Sempat satu round dahulu sebelum solat Maghrib. Kemudian sambung makan semula. Rasa macam tidak puas pula sebab masa yang terhad itu. Aku hanya makan udang, ayam, daging dan sotong sahaja yang di grill sendiri. Yelah itu sahaja yang best..kalau yang lain2 seperti fishball etc..etc.. tu dh biasa kan.


Tidak lupa juga memasing nak berposing sana sini. Nak merakam kenangan bersama. Panjang umur berjumpalah lagi.


Kepada Suhaida, Tarcy Loke dan Muhin. All the best to you guys. Keep in touch!

1 comments:

PMM said...

Salam. Tumpang lalu jap. Sesape yg berdekatan area meru, boleh la menjengah ke Kampung Garden BBQ Steamboat... Ada lebih 50 jenis pilihan makanan. Ada ayam, daging, ikan, sotong, udang, ketam, kepah, kupang, lala, shell dan macam2 lagi. Pastu yg specialnya, siap ada burger bakar skali gak dlm pakej bbq steamboat. Mmg berbaloi baloi... Kalau sesiapa nak try dan nak tau lokasi, leh search dan like facebook Kampung Garden BBQ Steamboat atau hubungi 011-18715702. TQ =)

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design