Monday, June 27, 2011

Kisah malam tadi...

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Kisah malam tadi? Apa yang berlaku malam tadi ya.. Rasanya tk perlulah nk dikongsikan kisah sebenar kut biarlah ianya antara penghuni rumah sahaja..

Apa yang pasti peristiwa itu mmg sangat menyeramkan bagi aku yang pertama kali berhadapan dengan kisah yang sebegini. Selalunya tgk drama atau melalui bacaan je..tapi kali ni dapat alami sendiri mmglah satu pengalaman yang tak boleh nak dilupakan. 

Haishhh apapun, aku harap kisah itu akan menjadi pengajaran buat mereka...

Wednesday, June 22, 2011

Normal Kah?

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Adakah cuaca skrg ini semakin panas atau ada yang tak kena pada aku?

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku rasakan yg aku cepat benar akan berpeluh. Aku sebenarnya bukanlah jenis yang cepat berpeluh malah sangat sensitif dengan cuaca sejuk. Aku tidak akan tahan apabila berlama2 di dalam keadaan sejuk. Contohnya sekarang ini di pejabat, aircond hanya satu sahaja yang dipasang, namun aku dh rasa menggigil. Kwn2 pun kenkadang naik hairan bila aku asyik nk off kan je aircond. Ntah2 dorg pun naik bengang disebabkan aku mereka terpaksa menahan panas hehe..sorry ek....

Lantas kenapa sejak mendirikan rumah tangga aku akan cepat berpeluh. Aku mulanya tk berapa nk perasan sbb aku tak rasa panas! Tapi apabila suami beritahu barulah aku sedar yg aku berpeluh. Bukannya kipas tidak dipasang, malah aircond pun turut dipasang, tapi tetap....

Adakah memang cuaca kebelakangan ini mmg panas????

Hanya Aku

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Hampir 3 minggu sudah aku menjadi isteri orang. Bahagia dalam proses mengenal hati budi masing-masing tapi kenapa kadang-kadang aku rasa kekok? Adakah dalam jangkamasa ini aku sepatutnya sudah sempurna menjalankan kewajipanku sebagai seorang isteri? 

Kadang-kadang tanpa sedar aku menyedari yang aku telah menyakiti hati suami. Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menjalankan kehidupan berumahtangga ini. Berikan aku kesabaran dan jangan palingkan hatiku dari terus menyayangi dan menghormati suamiku. 

Colorfull

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Title aku hari ni colorfull..ke colourfull? Mana satu yg betul? Hmmm tak kisahlah yang penting skrg ni aku rasa mcm aku colorfull je harini.

Malam tadi tk sempat nak gosok baju (ke malas???) Hmmm sbb masih baru-baru nak serasi dengan suasana baru jadi entah kenapa aku masih rasa kekok lagi..padahal..hmmm...

So pagi ini, aku membuka pintu almari dan termenung sejenak mencari pakaian utk hari ini. Actually hari ini adalah hari uniform. Aku sepatutnya memakai uniform company aku tapi disebabkan tak bawa uniform itu maka aku mencapai baju kemeja labuh petak2 coklat dan hitam. Dipadankan dengan seluar warna coklat (sbb itu je seluar yg ada kat situ huhuhu) Disebabkan baju tu tk perlulah aku nk gosok sgt maka aku pun mencapai baju kemeja tersebut.

Sekarang...tudung pulak! Alahai..belek punya belek tkde pulak tudung berwarna coklat kan (supaya matching lah konon tu dengan warna seluar yang ku pakai) Sudah, abes tu nk lawankan dgn tudung warna apa? Belek2 lagi koleksi tudung dan selendang yang aku ada..semuanya colorfull, tkder pulak yang bercorak kosong je. Akhirnya aku pun teringat akan tudung aku aku beli semasa majlis bertandang di rumah suami (sempat kan?? hehehe) tapi sayangnya tudung itu berwarna HITAM!! Tp apa nak buat. Nampaknya itu sahaja yang sesuai buat masa ini. Huhu aku yang rasa seperti "sungguh colorfull aku hari ini.!" Sangatlah tak matchingnya kan warna tudung dan warna seluar... tk perlah tahan jelah sepanjang hari ini..hehehe

Thursday, June 16, 2011

Akukah yang sensitif?

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Hee kenapalah semenjak dua menjak ni aku menjadi lebih sensitif dan cengeng, ke terlebih manja? Hmm entahlah cuma yang aku tahu, ada je sikit perkara yang aku tak puashati, mulalah aku rasa nk menangis dan tersentuh. Padahal sebelum ni takdelah macam ni pulak peel aku pun..selama ni bukan aku kisah sangat pun. Apa orang nak kata tentang aku, apa orang nk buat pada aku, aku sabarkan je diri kalau aku rasa perkara yang aku buat itu adalah betul..tapi sekarang....

Haishh, tak tahulah nk meluahkan macamana..sabar ajelah wahai hati....

Wednesday, June 15, 2011

Its June 15th!

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Lamanya aku biarkan blog ini berhabuk. Tumpuan aku sebelum ini teralih kepada persiapan perkahwinan aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Syukur semuanya selamat. 

Hari ini aku memulakan hari pertama bekerja setelah 10 hari mengambil cuti. Heee dan hari ini adalah hari lahir aku. HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Tahun pertama menyambut ulang tahun kelahiran sebagai seorang isteri. Perasaan aku? Hmm tak tahu macamana nak gambarkan perasaan kala ini. Apa yang pasti rasa bahagia menyelinap ke dalam diri. Semoga jodoh aku dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga kami akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, itu doa yang sering kupanjatkan ke hadrat Ilahi. Semoga hidupku dan suami akan dirahmati Ilahi..amin.

Okay, cukup dulu utk kali ini. Kerja banyak nak kena buat ni.. alahai...

Wednesday, June 01, 2011

Demam Lagi

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Sedihnya hati ini, aku demam! Macamana boleh demam pulak ni, sedangkan aku dah cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin (yeke? hehe)

Semalam tekak ni dah mula perit..sangat sakit. En Tunang memberi petua supaya berkumur-kumur dengan air garam. Siang semalam semasa kat opis terpaksalah aku menahan sakit dengan rasa sabar. Badan pun dah mula terasa panas.

Malam semalam, aku pun mulakanlah experimen dengan petua yang diberi. Aduh, sakitnya tekak apabila terkena air garam. Aku menahan rasa sakit huhu..sangat kesian. Tapi nak baik cepat punya pasal terpaksalah aku tahan. Kemudian aku pun terus membaringkan diri untuk berehat. Buat pertama kalinya aku tidur seawal jam 9.30malam. Hee aku dah berjaya memecah rekod diri sendiri.

************
Itu cerita minggu lepas. Dh siap tulis lupa nk post kat blog heheh. Skrg masih belum sembuh sepenuhnya lagi.. Selepas aja tulis n3 di atas ni, aku pun balik utk berjumpa doktor..sudahnya dpt 2hr MC.. huhu terbaring je kat rumah tk boleh bangun. Tulang temulang rasa nyeri dah lemah sahaja. 2 hari tu mmg flat dan lembik sbb langsung tkder selera nk makan. Even skrg ni pun tekak masih pahit2. Selera makan masih berkurangan jugak. 

Esok aku dah start cuti.. nak merehatkan badan dan minda. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik2 sahaja. Semoga kesihatan aku akan bertambah baik dan cuaca juga baik2 aje hendaknya..

Ya Allah, hindarilah kami dari segala malapetaka...amin

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design