Friday, August 05, 2011

Ramadhan Al=Mubarak

Bismillah...

Ramadhan datang lagi. Dtang membawa segala keberkatan untuk diraih oleh setiap umat yang menghayatinya. Aku juga cuba untuk memanfaatkan segala kebaikan dan ganjaran yang boleh diraih di dalam bulan ini. Semoag amalan ini akan berterusan bukan sahaja di bulan ramadhan malah selagi hayat di kandung badan.

Ramadhan kali ini berbeza bagi aku. Ini pertama kali aku meraikan ramadhan bersama suami tercinta. Perasaan aku? Sangat seronok dan rasa terharu. Entahlah setiap kali Ramadhan menjelma, hati menjadi sayu dan tenang sahaja.

Hari ini hari kelima berpuasa namun aku belum ada kesempatan untuk berbuka bersama suami. Huhu sedih jangan ditanya. Namun apalah dayaku jika tuntutan kerja sentiasa mendahului. Aku sbg seorang isteri haruslah faham keadaan suami, namun kadang2 jauh di sudut hati terselit juga perasaan sedih. Pintaku sekurang2nya puasa pertama dapatlah aku berbuka sama, tapi..

Apapun aku nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog yg beragama Islam. Semoga ibadah kita diterima olehNya..

No comments: