Wednesday, August 10, 2011

Mimpi???

Bismillah...


Sebenarnya ada je cerita yang aku nk tulis tapi entahlah kenapa lately ni malas je nak menaip. Facebook pun lama tk buka. This week, on9 fecebook, saje tinjau2 cerita kengkawan. Ada berita sedih rupanya. Kawan aku kehilangan seseorang yang disayangi. Kejadian yang sama berlaku lagi dalam masa setahun lebih ini,  kekasih hati pergi meninggalkannya. Apapun aku berharap semoga dia tabah dan semoga Allah sentiasa merahmati hidupnya. Amin

Kehidupan aku indah seperti biasa, semakin bahagia di samping suami tercinta Alhamdulillah. Rasanya sejak pulang dari kampung suami ahad yang lepas, aku masih belum dapat berehat sepenuhnya. Ada saje pekerjaan yang harus diuruskan. Penat mmg terasa tapi tak apalah. Tak sabar rasanya nak tunggu hujung minggu..nak berehat sepenuhnya hehehe

Malam semalam aku tidur awal. Mata ni terasa berat aje. So landinglah aku kat katil.

Entah kenapa tetiba aku terbangun, terus duduk di birai katil. Seperti orang yang mengigau lagaknya. Pertanyaan suami langsung tidak kujawab (heee suami tanya apa pun aku tk pasti..blurrr)

Kemudian aku terus je bangun, masuk ke bilik air dan mengambil wudhu'. Yelah teringat yang aku belum solat Isyak. Tergesa-gesa aku takut nanti tak sempat nak masak utk sahur pulak. Selalunya aku akan terbangun jam 4.30pagi, jadi masa untuk menyediakan makanan itu agak singkat. 

Sambil memasang telekung aku pun melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. Haaa??? Ku gosok2 mata seakan tidak percaya apa yang ku lihat.

"Betul ke jam ni abang??" soalku kepada suami.

"Betullah. Kenapa?" jawab suami.

"Baru pukul 11.30malam?" Aku meminta penjelasan (walaupun sudah jelas dan terang diterangi lampu).

"Yelah. Kenapa? Ingat nak pergi masak sahur?" encik suami sudah tersenyum meleret.

Aku hanya menggangguk sambil tersenyum malu.

Terhambur ketawa suami. Aku juga turut tergelak tapi dalam masa yang sama terasa lega sbb selesai solat Isyak aku boleh tidur semula memandangkan mata aku ni masih belum segar sepenuhnya..hehehe


Friday, August 05, 2011

Ramadhan Al=Mubarak

Bismillah...

Ramadhan datang lagi. Dtang membawa segala keberkatan untuk diraih oleh setiap umat yang menghayatinya. Aku juga cuba untuk memanfaatkan segala kebaikan dan ganjaran yang boleh diraih di dalam bulan ini. Semoag amalan ini akan berterusan bukan sahaja di bulan ramadhan malah selagi hayat di kandung badan.

Ramadhan kali ini berbeza bagi aku. Ini pertama kali aku meraikan ramadhan bersama suami tercinta. Perasaan aku? Sangat seronok dan rasa terharu. Entahlah setiap kali Ramadhan menjelma, hati menjadi sayu dan tenang sahaja.

Hari ini hari kelima berpuasa namun aku belum ada kesempatan untuk berbuka bersama suami. Huhu sedih jangan ditanya. Namun apalah dayaku jika tuntutan kerja sentiasa mendahului. Aku sbg seorang isteri haruslah faham keadaan suami, namun kadang2 jauh di sudut hati terselit juga perasaan sedih. Pintaku sekurang2nya puasa pertama dapatlah aku berbuka sama, tapi..

Apapun aku nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog yg beragama Islam. Semoga ibadah kita diterima olehNya..