Thursday, July 14, 2011

Sebuah Kehidupan

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Kesibukan dengan urusan kerja dan rumahtangga membataskan waktu aku untuk ber-blogging. Tugasan manuksrip pun masih belum sempurna aku kerjakan. Minggu ini aku harus bekerja kuat memandangkan pihak penerbit sudah bertanya. Entahlah kenapa skrg ini menjleang pukul 11 malam sahaja mataku mula layu. Kalau dulu aku masih boleh bertahan sehingga ke jam 3 pagi tapi skrg nampaknya aku masih belum serasi dengan jadual baru aku.

Semalam aku keluar makan bersama teman. Bercerita tentang kehidupan masing-masing. Mendengar ceritanya membuatkan aku terharu. Teringat aku dengan kata-kata suami bahawa setiap orang ada 'rezeki' masing-masing. Kadangkala kita lihat luaran seseorang itu sepertinya kehidupannya berjalan dengan lancar sahaja dan kita mengeluh dengan nasib yang ditakdirkan untuk kita dan membanding-bandingkan dengan mereka yang kita kira sempurna hidupnya. Namun hati di dalam siapa yang tahu? Penderitaan dan kehidupan mereka, hanya mereka sahaja yang mengetahui..

Mendengar cerita teman itu membuatkan aku lebih menghargai hidup, terasa kasih untuk suami semakin mendalam. Biar bagaimana dugaan yang Allah turunkan untuk kami, aku hanya berharap agar kami akan tabah mengharungi liku-liku hidup ini. Semoga Allah akan melimpahkan rahmatNya untuk kami.



0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design