Friday, February 19, 2010

Terasa Glamer Sekejap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari itu berpeluang ke kedai buku MPH untuk mengguna-habiskan voucher MPH, belilah buku dari penulis Zara Aluwi dan Damya Hanna. Sedang membelek2 buku, datanglah seorang remaja sedang mencari buku. Temanku yang menemaniku pada hari tu, segera menghampiri remaja tersebut dan mem'promote' buku Ingin Kusentuh Cintamu (buku akulah tu!).

Temanku itu siap menunjuk ke arah aku dan memperkenalkan aku sebagai penulis buku tersebut dan remaja itu tersenyum. Aku yang terkedu hanya mampu tersenyum.

Sesudah memilih buku yang ingin dibeli, aku ke kaunter bayaran. Tiba2 remaja tadi mencuit aku dan menunjukkan buku tersebut. Maksudnya mahu aku menandatangani buku yang ingin dibelinya. Alhamdulillah. Thanks yer adik..kerana sudi menyokong.

Alahai..aku yang terasa segan pula kerana menjadi perhatian..sampai naik berpeluh. Al-maklumlah aku kan pemalu apatahlagi penulis baru yang masih lagi merangkak....

Wednesday, February 10, 2010

BABAK SEPETANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


(Gambar ini hanya hiasan)


Situasi : -


"Imah, beli ice blended jom. Acik belanja" ajakku kepada anak buahku.
"Yes!" jawabnya kegirangan.

Wah, bagus ni, disebelah kedai tu ada jual goreng pisang dan keropok lekor, ujarku dalam hati. Setelah memesan ice blended kiwi dan vanilla, kami ke gerai sebelah.



"Kak, macamana kira goreng pisang ni?"tanyaku.
Wanita itu mendongakkan wajah "AKAK nak berapa?"tanyanya tanpa senyuman.
Aku tersenyum kerana dia menekankan perkataan 'AKAK' tadi.


"Yalah, macamana kira ni?" tanyaku sekali lagi.

"4 seringgit" jawabnya masih kedekut dengan senyuman. Hanya sekilas wajahku di pandang.
"Bagilah seringgit" jawabku dengan perasaan cuak.



Hajat di hati untuk membeli keropok lekor terpaksa ku batalkan kerana sikapnya yang acuh tidak acuh. Mungkin duitku tidak berharga padanya berbanding pembeli yang lain. Terasa menyesal pula kerana pisang gorengnya lembek dan berminyak. Untung juga aku tidak jadi membeli keropok lekor kerana bila jerangan di angkat, ku lihat keropok lekornya penuh dgn bintik2 hitam kerana menggunakan minyak yang tidak di saring dan sudah menjadi hitam warnanya.


Bungkusan dan duit bertukar tangan. Si peniaga itu masih mempamerkan wajah masamnya walaupun ada beberapa orang pembeli sedang menunggu giliran.

Untuk memuaskan hati anak buahku yang teringin menikmati keropok lekor petang tadi, aku singgah di gerai hujung yang menjadi gerai kegemaranku. Selain dari kedainya yang bersih, peniaganya juga ramah.



Dalam hati aku terfikir: Mungkinkah wanita itu marah kerana aku memanggilnya kakak? Jelas di mataku dia jauh lebih tua dariku. Seandainya dia tidak suka, tidak perlulah menunjukkan wajah masam. Anggap sahajalah panggilan itu sebagai tanda hormat. Seperti menjadi satu kesalahan pula menggunakan panggilan itu. Bukannya dia perlu mengeluarkan wang atau membayar apa-apa cukai sekiranya panggilan itu digunakan. Entahlah kadang2 tak fhm dgn perangai segelintir peniaga yg kedekut dgn senyuman. Sebagai peniaga, bukan sahaja  perlu menjual barangan yg dijual sebaliknya menjual servis juga. Hmmm....fikir-fikirkanlah...

Monday, February 08, 2010

300 Chicken Recipe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada kawan-kawan yang suka memasak terutamanya pelbagai jenis masakan berasakan ayam, di sini saya ingat berkongsi resipi yang saya dapat melalui seorang kawan.

Cara untuk download:

1) hanya click pada 'Menu' di bahagiaan kiri.
2) Pilih download document
3) Copy and save

Selamat mencuba!


Recipe -

300 Chicken Recipe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada kawan-kawan yang suka memasak terutamanya pelbagai jenis masakan berasakan ayam, di sini saya ingat berkongsi resipi yang saya dapat melalui seorang kawan.

Cara untuk download:

1) hanya click pada 'Menu' di bahagiaan kiri.
2) Pilih download document
3) Copy and save

Selamat mencuba!


Recipe -

Jungle Trekking

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sudah lama aku tak mengikuti aktiviti meredah hutan. Al maklumlah sentiasa sibuk dengan tugasan. Namun hari itu aku berkesempatan mengikuti aktiviti ini. Wah, rindunya bertemu kawan2 lama..

Walaupun aktiviti ini terasa memenatkan sedikit namun kepuasan tetap terasa kerana berjaya mengakhiri setiap aktiviti yang disediakan seperti meredah sungai, memanjat bukit..aktiviti malam. Memang seronok!

Sesungguhnya terasa nyaman apabila menjejakkan kaki ke dalam kawasan rimba. Mendengar arus sungai dan suara unggas penghuni hutan..adalah satu irama dan suasana yang mengasyikkan.

Jika ada peluang, ingin rasanya aku mengajak kawan2 turut sama menikmati keindahan alam.

Bulan depan geng trekkers akan mengadakan aktiviti memanjat Bukit Kutu. Dengar cerita keadaannya agak mencabar juga namun menurut kwn yg pernah sampai ke puncak sana, terdapat tempat yang menarik yang tidak pernah kita bayangkan. Hmm..apa agaknya ya. Aku sendiri belum memberi kata putus lagi sama ada mahu mengikuti aktiviti ini atau tidak (yang mengambil masa 3 hari untuk turun dan naik) Entahkan stamina aku cukup kuat atau tidak untuk sampai ke puncak, dengan susana yang sejuk itu.....

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design