Saturday, May 08, 2010

Dalam Kenangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hampir sebulan juga aku tak menulis di blog ni. Sigh...aku sentiasa berkejaran bersama masa. Di tempat kerja terlalu sibuk. Kadang2 pun tk faham apa yg disibukkan sangat hehehehe....

Kebelakangan ini pun hidupku ada sedikit huru-hara..kucar kacir..pokoknya orang kata Jiwa Kacaulah!
Sedih kerana kehilangan kucing yg sgt cute yg aku beri nama Qwo-Qwo Pie. Tak sampai setahun pun usianya. Aku menyalahkan diriku di atas kecuaian yang berlaku. Kerana aku Qwo-Qwo mati. Aku yg telah melanggarnya. Bukan sengaja sayang....

No comments: