Sunday, May 30, 2010

Nak Lepaskan Geram

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini aku nk lepaskan gerammmm!!!!! Sakit hati bab lappy aku wat hal lagi. Hari tu dh pesan pada kawan, reformat lappy tu masukkan OS W7. Katanya okay. Bila aku dapat semula lappy aku tu (beberapa hari kemudian) pun tkder apa yg berubah pun still guna Win XP. Adoiii..sabar jelah. Guna ajelah dulu. Siap berpesan jgn upgrade apa2. Kita pun ok jelah.

Tghri tadi...nk apply alliance online. So download adobe. Muat turun berjaya tapi keluar satu skrin windows error! Ah..sudah!!!!

Memula tu masih okay lagi. Bila buka balik terus skrin jadi hitam and now..langsung tkleh nk on...warghhhhhhhhhhhhh......

Manuskrip masih ada 2 lagi yang harus disiapkan:-

1) Pelangi Kasih ~ Manuskrip dh siap hanya tinggal nk kemaskini apa2 yg patut.
2) Tunjuk Ajarku Sifu ~ Manuskrip ni masih suku baru siap.

Warghhhhh...kalau camni camner azam tahun ni konon nk siapkan sekurangnya2 2 manuskrip ni nak tercapai??????? Alahai....

Wargghhh..tk tahu nk pk dh...bengang sesangat ni...calooooooooo!!!!!!!!!

Kena tinggal!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Haa..hari ni aku kena tinggal!! huhuhu.. masa pulang dari PD anak2 buah awal2 lagi dh bgthu:-

"Acik, nanti kita nk tgk wayang pukul 5"

"Owh yeke.. okay" jawabku.

"Tapi sebelum tu kena siapkan mengemas dulu" kata mereka yang sedang sibuk mengemas rumah. Housekeeping lagi!!! Lomahnyo badan den. Akhirnya aku pun turut serta juga. mengelap n mengemop lantai. Sakit gak pinggang ni.

Kemudian semua dah siap, aku melepak di bilik sambil melayan fesbuk. Bruuuu..kemudian hujan turun dengan mencurahnya. Haaa...klu mcm tu apa tandanya?? Hehehe..mata pun dh mula je layu n kuyu.

Dari baring2 akhirnya aku terlelap....rasanya adalah dalam 2 jam juga. Dalam mamai  tu aku terdengar anak buah aku bertanya ttg kamera. Aku membuka mulut ingin bertanya..tapi entah kenapa suara aku tidak keluar pun...mimpi atau realiti?

Kemudian aku terjaga apabila mendengar suara kakak n abang iparku datang. Aku keluar dan melihat anak2 buahku dan kakakku sudah tiada.

Aku telah ditinggalkan!!!! TIDAK!!!!!!!!

Atas rasa merajuk dan terkilan aku menghantar sms kepada anak buahku dan dia membalas"-

"Acik tdo"
"Habis, tak boleh nk kejutkan?" ujarku. Huhuhu..sedihnya apabila ditinggalkan.

Mereka pulang sekitar jam 10. Sambil menghulurkan burger untukku (itupun aku yg kirim, klu tk ntah hengat atau tak pada makcik mereka yang kiyut ni)

Dan yang paling bestnya...Mereka tak jadi tengak wayang....HAHAHAHA....so arrange len kali....

Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari wesak yg lepas, aku n kwn2 g bercuti ke PD. Hehe rancangan pada mulanya nak melawat kawan bersalin di Melaka kemudian ke PD dan bermalam di sana. Di sebabkan salah seorang rakan tidak dapat ikut serta maka kami membuat rancangan bercuti ke PD sahaja.

Kami bermalam di rumah seorang teman. Apartment yang cantik dan selesa. Siang itu kami menghabiskan masa berjalan di pantai dan duduk menikmati bfast + lunch..orang sekarang kata 'branch' haha..whatever..most important we all enjoyed out food. Walaupun hanya makan sebungkus seorang nasi lemak (tapi nasi lemaknya mmg mengancam - tk tahulah kut disebabkan angin yg nyaman maka semuanya menjadi sedap).. dua mangkuk laksa (kongsi) dan yang bestnya...Kerang Rebus. Rasanya sampai 5 x kami tambah.. haha..melantak tk hengat ni!!!

Akhirnya setelah semua kekenyangan kami berjalan di sekitar market membeli ole2 utk dibawa pulang..sambil bergambar tentunya.

Malamnya kami singgah makan di batu 4 PD. Di gerai Cowboy hahaha...kedengaran sungguh menarik kan?? Mmg menarik pun, makanan yg disediakan nasi kukus + ayam bakar. Sedap!! Sambil mkn kami disajikan dengan halwa telinga.. kami pakat gelak apabila mereka memainkan lagu 60an....seperti lagu ahmad jais...cowboy ke tu? haaa...wat derk jer lah.

Selepas itu aku n seorang lagi kawan turun mandi di kolam (sebenarnya dari siang tadi dh menahan diri. Tk boleh tgk air..rasa nk terjun jer) manakala 2 orang kawan lagi keluar menikmati ketam. (Gerai tk halal)

Nasib baik semasa kami turun mandi tiada orang di kolam. Hahaha..apa lagi. dengan cepat kami turun ke kolam. Mula2 kwn aku turun tapi dia terpaksa naik semula kerana air kolam melebihi hidung. Then aku pun cuba turun. Wahhh..mmg air kolam tinggi hingga ke paras leher. Masa mula2 masuk tu terbayang juga kut2 ada binatang atau apa2 sahaja (ni mesti sbb aku suka tgk citer misteri pelik maka terbayang2)

Akhirnya kami mengambil keputusan melepak di pinggir kolam yang cetek sedikit (okaylah tu daripada perancangan mula2 nk mandi di tempat kanak-kanak..heeee...ada ke patut)

Setengah jam kemudian, kolam di datangi oleh pengunjung yg lain. Seronok tgk mereka yg pandai berenang. Malunya bab kami hanya melepak di pinggiran sahaja..huhuhu..

Satu jam berendam, kami pulang ke rumah penginapan dan meneruskan aktiviti dengan SAUNA. Bestnya...

Kwn2 yang lain pulang jam 12 lebih. Entah mengapa mataku mlm itu berat sungguh (selalunya masih boleh bertahan). Penat agaknya. Aku memohon untuk masuk tidur. Dan cecah sahaja kepala di  bantal.. im sleep like a baby..hehhehe. Esoknya aku diberitahu oleh kwn yng tidur bersama bahawa aku tidur lasak. Hahahaha...adusss.. katanya sampai bantal sudah ke mana, kaki sudah ke mana. Heee..nasib baik tk berdengkur!!!

Apa pun mmg seronok bercuti begitu. Ada peluang lagi ingin rasanya bercuti lagi....

Monday, May 24, 2010

Team Building at Anjong Kilau Jeram Charandong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sepanjang minggu lepas, jadualku padat sungguh. Dengan berpindah tempat kerja yang baru (only workstation changed, yet still in the same company hahaha) and the team building organized by training department...bz weh!


But then, aku rasa seronok sangat sebab dapat lari dari suasana kota yang terasa menyesakkan! Dua hari dlm hutan tu, mmg terasa nyaman. Dengan suasana yg sejuk, ditemani unggas2 dan yang paling best air terjunnya. Dan juga satu tanda yang aku bawa hingga ke hari ini. Nk tahu apa dia? Gigitan pacat! Memang tak sedar bila pacat tu hinggap di kaki. Bila pulang terjun ke dalam sungai, tahu2 nampak seekor pacat yg kekenyangan. Sampai sekarang kesan lubang gigitan pacat masih berbekas dan gatal2..adusss...!!



Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku menyertai aktiviti tracking begitu. Dari mula menjadi peserta sehinggalah menjadi trackers (betul ke spelling ni?) aku sudah mula berminat bermain dengan alam semulajadi.

Ada cadangan nk panjat gunung kinabalu hehehe..tapi ada ke stamina?

Tuesday, May 18, 2010

Teratak Minang The Musical

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bila sahaja mendapat tahu akan teater ini, terus sahaja kami menghubungi sedara 'seminang' yang mungkin berminat utk menonton bersama. Wah ternyata sambutan menggalakkan. Hampir 30 tiket kami booking utk 3 keluarga.


Maka, pada awal Mei yg lepas, petang nan indah berangkatlah kami ke Istana Budaya. Walaupun bapakku membebel juga pada awalnya..byk alasan..tk mahu ikutlah..penatlah, tk diberitahulah..hehehhe..akhirnya entah apa yg dikatakan oleh kakakku maka ayahku pun bersetuju. Oleh kerana kei tk dapat ikut maka tempatnya digantikan dgn kakak sulungku Ita. Ini juga merupakan kali pertama dia menonton teater.

Persembahan selama hampir 2jam itu berjalan dengan harmoninya. Aku yg duduk di barisan hadapan sesekali tidak dapat menahan tubuhku agar tidak bergerak mengikut melodi nyanyian para pelakon. sesekali bahuku berenjut dan kakiku bergoyang. Hahahaha..memang hebat dan mantap!


Ternyata ibu dan kakakku teramat suka dengan teater ini kerana dapat peluang melihat dan menyaksikan persembahan penyanyi pujaannya Elle Kassim. Dan aku turut berasa gembira kerana mereka semua berpuashati.

You guys..klu ada peluang begini, luangkanlah masa utk membawa keluarga walaupun harga tiket sedikit mahal tapi ianya tk ternilai dgn harga sebuah senyuman yang tersayang....

Teratak Minang The Musical

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bila sahaja mendapat tahu akan teater ini, terus sahaja kami menghubungi sedara 'seminang' yang mungkin berminat utk menonton bersama. Wah ternyata sambutan menggalakkan. Hampir 30 tiket kami booking utk 3 keluarga.


Maka, pada awal Mei yg lepas, petang nan indah berangkatlah kami ke Istana Budaya. Walaupun bapakku membebel juga pada awalnya..byk alasan..tk mahu ikutlah..penatlah, tk diberitahulah..hehehhe..akhirnya entah apa yg dikatakan oleh kakakku maka ayahku pun bersetuju. Oleh kerana kei tk dapat ikut maka tempatnya digantikan dgn kakak sulungku Ita. Ini juga merupakan kali pertama dia menonton teater.

Persembahan selama hampir 2jam itu berjalan dengan harmoninya. Aku yg duduk di barisan hadapan sesekali tidak dapat menahan tubuhku agar tidak bergerak mengikut melodi nyanyian para pelakon. sesekali bahuku berenjut dan kakiku bergoyang. Hahahaha..memang hebat dan mantap!


Ternyata ibu dan kakakku teramat suka dengan teater ini kerana dapat peluang melihat dan menyaksikan persembahan penyanyi pujaannya Elle Kassim. Dan aku turut berasa gembira kerana mereka semua berpuashati.

You guys..klu ada peluang begini, luangkanlah masa utk membawa keluarga walaupun harga tiket sedikit mahal tapi ianya tk ternilai dgn harga sebuah senyuman yang tersayang....

Sekadar mencuba bakat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kali ni nk mengimbas cerita yg dh beberapa bulan berlaku. Kisah seorang kawanku yang memanggilku untuk menjadi model foto bagi pihak suaminya.



Maka pada hari tersebut, di kala ayam jantan berkokok dan azan sudah berkumandang, aku bangun, solat Subuh dan pergi mengikut kawanku ke Kuala Selangor. Aku diberi tugasan berlakon seperti gadis desa yang cukup sederhana. Whuaa...cam tk percaya je


Hmm..nk jadi cerita mmg kelakarlah sessi penggambaran ini. Aku dipasangkan dengan teman kwnku. Kami bergambar di pesisiran pantai dan juga di kebun..haaa...bayangkanlah..cuaca agak terik juga pada ketika itu.

Memanglah aku ni tk pandai bergaya.. langsung tk photogenik.. tapi gambar dan latar belakang photo itu semuanya mmg cantik.

Kredit juga pada temanku itu kerana bagi aku selain dari suaminya, dia juga berbakat dalam bidang ini kerana hampir majoriti gambar kami diambil olehnya memandangkan suaminya sibuk mengambil gambar si gadis cantik yang kebetulan mengikut kami.

Apapun..gambar2 ini sebagai buktinya. Kalau ada sesiapa yang inginkan perkhidmatan mereka, boleh sahaja msg pada saya atau cari mereka di facebook (Hakmal Rabah)

Saturday, May 08, 2010

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ibu..Engkaulah Ratu Hatiku...


Selamat Hari Ibu buat ibunda Tercinta. Pengorbananmu mmg tidak terbalas olehku. Semoga Allah melimpahkan segala rahmatNya buatmu. Di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Love you Mom!

Dalam Kenangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hampir sebulan juga aku tak menulis di blog ni. Sigh...aku sentiasa berkejaran bersama masa. Di tempat kerja terlalu sibuk. Kadang2 pun tk faham apa yg disibukkan sangat hehehehe....

Kebelakangan ini pun hidupku ada sedikit huru-hara..kucar kacir..pokoknya orang kata Jiwa Kacaulah!
Sedih kerana kehilangan kucing yg sgt cute yg aku beri nama Qwo-Qwo Pie. Tak sampai setahun pun usianya. Aku menyalahkan diriku di atas kecuaian yang berlaku. Kerana aku Qwo-Qwo mati. Aku yg telah melanggarnya. Bukan sengaja sayang....