Thursday, October 08, 2009

INGIN KUSENTUH CINTAMU

Salam.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka lahirlah novel sulongku bersama Kaki Novel Enterprise yang mula diedarkan bulan Oktober 2009 ini.
Aku memang suka membaca sejak dari kecil dan dari situ terbitlah impian untuk melihat hasil karyaku sendiri.
Tidak tahu bagaimana harus kugambarkan kegembiraan melihat nama penaku tertera di sebuah buku hasil tanganku sendiri.
Penantian dan jerih payah selama ini terbalas dengan lahirnya Ingin Kusentuh Cintamu.
Kuharapkan impianku ini tidak hanya akan terhenti di sini sahaja. Aku ingin terus maju di dalam dunia penulisan..Insya Allah.

Kepada peminat novel, selamat membaca!

*****************************

Sinopsis

Dari seorang guru biasa, dia diberi amanah oleh seorang wanita kaya bernama Ratna menjadi penjaga kepada anak perempuannya yang juga waris tunggal kekayaan keluarga mereka. Pesannya agar diserahkan anak tunggalnya, Amanda kepada adik iparnya yang telah lama terputus hubungan.
Dengan perasaan yang berbelah bahagiHaniza memikul tanggungjawab itu dengan harapan agar dapat menemukan bapa saudara Amanda dengan segera.
Namun setelah berjumpa lain pula yang berlaku. Amanda tidak sanggup diserahkan kepada lelaki bernama Iskandar yang berhati batu dan berdarah dingin. Haniza terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan cacian.
Dapatkah Haniza menukar persepsi dan penerimaan Iskandar terhadap Amanda dengan hati yang ikhlas?
Ikutilah pengembaraan Haniza demi mendapatkan keadilan buat Amanda dan mengejar cintanya di dalam diam!

INGIN KUSENTUH CINTAMU bakal membawa anda ke alam cinta yang menggetarkan jiwa….

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design