Wednesday, September 16, 2009

SALAM LEBARAN

Syawal menjelma lagi setelah sebulan menahan lapar dan dahaga di siang hari. Ketibaannya disambut dengan penuh kesyukuran, dengan harapan semoga Syawal tahun ini akan lebih bermakna dengan keberkatan yang dikurniakan Ilahi. Di kesempatan ini, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa jua yang mengenali diri ini, agar terhapus segala dosa samada sedar atau diluar sedar. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, kupanjatkan doa agar kalian semua selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN





 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design