Monday, November 16, 2009

Majlis Pelancaran Ingin Kusentuh Cintamu

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 14 November yang lalu, kami pelajar2 Sekolah Menengah Petaling Batch 1992-1996 telah mengadakan satu majlis perjumpaan antara pelajar. Majlis yang julung2 pertama kali ini, berakhir dengan sebuah kegembiraan dan kepuasan yang tidak terhingga walaupun terdapat beberapa kesulitan pada mulanya. Namun dengan kerjasama para AJK (Suresh, Zuriah, Aida, Ali, Azila, Aryanie, Nazri & Sukri) dan sokongan dari bekas-bekas pelajar SMP 92-96, majlis ini ternyata sangat berjaya.


Terima kasih buat AJK yang membenarkan aku mencuri sedikit ruang untuk melancarkan dan mempromosi novel sulung ku Ingin Kusentuh Cintamu terbitan Kaki Novel. Terima kasih KN kerana merealisasikan impianku. Aku berasa terharu kerana sambutan dan sokongan dari kawan-kawan ternyata memberangsangkan sehingga novel yang ku bawa khas untuk malam itu habis dijual. (hmm..patut bawa banyak sikit hehehe).


Terima kasih buat teman yang telah memberi sokongan dengan membeli novel ku ini. Pada teman yang tidak dapat bawa pulang naskah anda, jangan risau, anda masih boleh membuat tempahan pada AJK atau melalui kakinovel di www.kakinovel.com atau dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Terima kasih juga buat Hakmal Rabah, jurugambar pada malam itu yang sudi merakamkan detik-detik terindah sepanjang majlis tersebut. Seorang jurugambar professional namun sudi meluangkan masa ke majlis kami yang tidak seberapa. Beliau boleh dihubungi di facebook melalui nama Hakmal Rabah. Hasil kerja beliau boleh dilihat di www.lirikancahaya.blogspot.com.

Juga terima kasih dilayangkan buat seorang teman bernama Iskandar Shahrim kerana sudi merakam video buat kenangan pada malam itu.


Inilah dia Master of Ceremony malam itu En Mohamad Ali yang berjaya 'melelong' buku ku sehingga habis seperti goreng pisang panas. Thank you ali
Note : Tak lupa juga terima kasih pada Datuk Hairul Annuar yang membeli novelku dgn harga tinggi. Pada Ramesh yang sudi membeli dlm kuantiti yg banyak.. Hmmm..kalau ada nama2 yang tertinggal..ku susun sepuluh jari memohon kemaafan
Pada semua pelajar SMP yang hadir..terima kasih teman. Kepada yang tidak berkesempatan hadir, semoga kita berjumpa di majilis perjumpaan akan datang..Insya Allah.






0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design