Thursday, July 26, 2012

Happy Birthday Yani..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sweet kan? Dia pemalu sikit orgnya. habislah aku kalau dia tahu aku letak gmbrnya di sini. Ampun....

Happy Birthday Yani!!

Eh namanya sama seperti nama aku kan? Tapi orgnya berbeza. Yani ni kawan baik aku. Kami berkawan sejak dari zaman sekolah menengah lagi, kemudian terus berlanjutan hingga bekerja di tempat yang sama. Namun kini masing2 bekerja di tempat berlainan namun ukhwah antara kami tetap terjalin. Aku takkan lupakan persahabatan ini. Walaupun kini sudah jarang bertemu atau bertanya khabar, tidak bermakna aku lupakan dia.

Ku titipkan doa pada Ilahi semoga sahabatku  bernama Ilyani ini akan sentiasa dilimpahi rahmatNya..amin

Wednesday, July 25, 2012

Tertunailah hajat di hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini hari ke-5 kita berpuasa. Sejak dari hari pertama aku mencari yang berkenan di hati. Memang teringin. Setiap kali bulan Ramadhan pastilah tidak ketinggalan ianya dijual di mana-mana sahaja Bazar Ramadhan. Tapi kenapa aku mencarinya selama 5 hari, baru berjumpa??

Sana sini bazar aku kunjungi, namun kecewa kerana tidak dapat juga apa yang aku hajati. Tidak ada yang menjualnya di bazar yang aku kunjungi..sedih kan??

Semalam seorang kawan memberitahu di tempatnya mungkin ada dijual apa yang berkenan di hati aku itu. Maka petang harinya dengan semangat aku bercadang mahu singgah di sana. Tapi akhirnya aku terpaksa membatalkan niat kerana jalan sesak dan panjangnya barisan kereta menunggu untuk masuk ke simpang jalan tersebut. Sempat ke nanti nak memasak lagi? Akhirnya aku halakan stering kereta terus ke hadapan. Kempunanlah lagi.

Aku suarakan kepada mr nice guy "yani teringin nak makan kuih tako"
Mr nice guy "Kenapa tak ada orang jual ke?"
Aku pun menjawab "Kat tempat yani pergi ni tak ada pun."
Maka my mr nice guy segera menjawab, "Esok abang try carikanlah."

Ehehe..aku tersengih, tapi tk mahulah aku susahkan dia. Kataku padanya esok aku akan cuba mencari lagi. Kalau masih tidak dapat juga, maka dialah harapan terakhir aku (hee...lagak mcm mengidam sesangat kan?)

Hari ini, Yessss!!! akhirnya aku temui juga apa yang aku hajati. Wahhh..3 bungkus sekali aku habiskan..abuden???? Ohhh kuih tako..

Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadhan 1433 H. Masih belum terlambat nk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ini. Semoga amal ibadat kita di Ramadhan kali ini berlipat ganda, mencari keredaan Ilahi.

Hari ni sudah start bekerja. Adoiii ngantuknya aku rasa. Tekak dah mula sakit ni. Bulan alasan tapi mmg tekak dah mula perit. Kena minum madu banyak2 ni.

Jumaat yang lepas bermalam di rumah mak. Nk menyambut puasa pertama dengan famili. Malamnya kami beramai2 pergi terawih. Seronoknya sehingga 2 malam aku dan suami di rumah emak. Malam tadi nak balik ke rumah kami semula, ayah pula tak sihat. Demam. Rasa kesian pulak nak tinggalkan ayah sorang2 sahaja bila mak dan kakak pergi terawih. Akhirnya kami pulang setelah mak dan kakak pulang dari masjid.

Balik rumah tu, jgn ckplah..memang penat sungguh. Selepas mandi, terus naik ke katil. Heee...dah melambai2 panggil suh tidur.

Doaku semoga Ramadhan kali ini aku akan dapat beribadah dengan sebaiknya. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk mak dan ayah aku, mak dan ayah mertua, adik beradik, ipar duai dan semua keluaga besar aku. Juga untuk semua umat Islam di luar sana...amin.

 

Tuesday, July 17, 2012

Eskrim Potong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Last week, aku dan kawan singgahlah ke pasar malam. Kawan minta tolong nak membeli buah katanya. Untuk dibawa sebagai buah tangan semasa kenduri di kampung suaminya nanti.

Hee..lepas tu nampak pulak orang jual eskrim potong nih. Walla..Yummy.. Ini kali ke-2 kami beli eskrim ni. Yang pertama kami mencuba perisa keladi. Kali ini jagung pula. Wah sedap layan eskrim ni...jommm!!!

Lagi satu aku nak highlightkan di sini tentang video/gambar2 lucah yang selamba di pamerkan di jalan2 pasar malam. Allah, pelik kan tapi itulah kebenarannya. Dahulu pernah juga aku singgah di kedai yang menjual VCD. Kononnya nak membeli cerita cetak rompak untuk ditonton bersama keluarga..hehehe. Sedang asyik membelek, tiba2 aku terkejut kerana nampak gambar2 lucah menjadi cover CD tersebut. Mataku meliar melihat ke sana  ke sini, rupanya bukan satu malah berpuluh2 keping VCD lucah dijual selamba sahaja di tempat awam begitu.

Baru2 ni pula, di kaki lima pasar malam. Kami singgah di satu kedai di kaki lima ni, mula2 tu untuk melihat gelang tangan yang bersinar menarik perhatian. Sambil itu mataku meliar melihat barang2 lain yang  mungkin berkenan di hati. Kemudian, mataku teralih pula di satu benda berukuran empat segi sama. Pada mulanya aku tidak perasan apa bendanya itu (maklumlah tak pakai cermin mata ketika itu), lalu aku menunduk sedikit. Berdetak jantung aku ketika melihat adegan yang terpapar. Sangat ganas, sangat jelas. Gambar apa? Hmm....apa lagi...SX la.

Aku siku kawan di sebelah sambil bibirku memuncung sedikit menunjuk benda itu. Kawan aku turut melihat benda yang sama, dia pun tersenyum. Hm...dan benda itu ku rasa adalah sebuah video game. Lantas kami beredar dari situ. 

Hai, kalaulah yang singgah di tempat itu sebuah keluarga bersama anak2 yg masih kecil, dan kemudian anak2 itu bertanya kepada kedua ibu bapanya apakah bendanya itu? Adoii apa agaknya mak dan ayah nak menjawab ya?

Inilah kadang2 bahananya zaman IT ni. Segala maklumat di hujung jari. Bukan sahaja maklumat yang berguna, malah yang tidak sepatutnya juga amat senang di lihat di internet. Lantas ,siapa yang harus dipersalahkan??

...Masterchef Selebriti Pertama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ihsan darAstro

Sebenarnya aku dah jangka dari awal lagi akan kemenangan Dato' Dr Fazley ni. Beliau seorang yang berbakat, konsisten dan kreatif.

Tapi persaingan dengan Angah Raja Lawak ni memang mengejutkan. Angah pada permulaan episod dia memang boleh masak cuma biasa2 sahaja. Tanggapan pertama aku mungkin Dato' Fazley berentap dengan Soo Wincci ataupun Dato' Fazley bersama Juliza. Tapi semakin lama aku tengok dia semakin bersemangat dan terror memasak. Aku rasa kelebihan dia adalah dia seorang yang berani dan sangat kreatif. Apapun persaingan mereka berdua memang mantap walaupun akhirnya Angah kalah di tangan Dato' Fazley yang memang sangat handal memasak masakan Barat. Tapi Angah, anda tetap terbaeekkkkk....!!!! Tahniah buat anda berdua. Dan Tahniah buat semua peserta.

Hee apa yang membuatkan aku nak post entri kali ini adalah sikap kasih sayang yang ditunjukkan oleh Dato' Fazley dengan keluarganya. Halamak, dia ternyata seorang yang penyayang dan lemah lembut. Sukanya aku tengok apabila dia mencium dahi isterinya yang cantik itu. Sangat comel okeh!

Friday, July 13, 2012

..Bestnya menjadi novelis KAKINOVEL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ihsan dari KakiNovel


Percaya tak kalau aku cakap best?
Mestilah best sbb aku dah melaluinya.
Hee..camne aku tahu? 
Sbb aku salah seorang novelis KN. 
Publisher lain tak best ke? 
Jawapan aku ringkas je 'Tak tahu sebab aku tk pernah nk enggage dgn lain2 publisher. 
Kenapa tak pernah? 
Haha..jawabnya, kerana aku ada satu je novel di pasaran
Kenapa satu je? Malas? 
Eh,bukan malas tp takde masa....


Haaa alasan je kan. Tapi sememangnya aku mengambil masa yg agak lama nak menyiapkan satu manuskrip. Apatah lagi sejak ada komitmen ni. Siang bekerja, balik keje lak harus siapkan tugasan rumahtangga. Alah orang lain pun ada rumahtangga tapi kenapa dorg boleh kan? Hmm...nanti2lah. Yg pasti aku memang akan siapkan, lambat atau cepat je (kes kali ni dah tentu lambat). Lagipun lagi sikit je nak habis ni. Semangat tu kengkadang membuar2 nak menulis. Okay2 harap aku dpt menghabiskannya secepat mungkin.


Okay berbalik kepada tajuk entri di aatas, sebabnya Pihak Penerbitan Kaki Novel bagi novel percuma untuk semua novelisnya. Syarikat lain aku tak tahulah pula. Dalam entri yang lepas ada aku ceritakan tentang novel percuma jugak kan? Aku ingatkan untuk bulan itu sahaja. Rupanya bulan ini pun aku dapat novel juga. Bukan nak cerita pasal aku dapat novel percuma tapi nak cerita betapa bestnya menjadi novelis KN. Dan betapa bestnya semua novel2 KN. Tak caya? Cuba korang beli dan baca. (Sbb letak perkataan 'beli' itu; dah beli tentulah nak baca kan? Hmm..sbb ada juga orang yg pinjam dan baca haha. Lepas tu dh pinjam tak reti2 nk pulang?) Aku pun ada juga pinjam tp aku pulangkan balik la lepas dah baca. Pastu bertukar2 lah dgn kawan tu. Kalau dia tak pulangkan novel aku, aku tk pulangkan novel dia (^_^)

Ini yang membuatkan semangat makin membara nk menghabiskan manuskrip ini. Cemburu tau bila orang keluar dengan novel baru..hehehe..

Okaylah kalau korang nak baca, dapatkan novel2 keluaran KakiNovel di kedai2 buku berhampiran atau boleh sahaja order online di sini

Tak sabar nak membaca buku2 tu semua...

Thursday, July 12, 2012

..hadiah dari tersayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kelmarin, ketika menyambut kepulangan MNG, aku lihat si dia menjinjit sebuah plastik yang bertuliskan Padini di luarnya.  Aku sekadar tersenyum sahaja.

Lantas aku menyediakan minuman dan makanan untuknya. Sedang berehat, aku menegurnya "Abang beli baju lagi ke?" Maklumlah sekarang ni kan ada sales di mana-mana. Dia hanya tersenyum sahaja.

Gatallah pula tangan aku nak melihat apa yang dibeli olehnya. Eh, macam bukan baju je ni. Apa ya? Beg? Untuk siapa? Aku mengeluarkan 'benda' itu dari cover yang membungkusnya.

"Eh, beg untuk siapa ni abang?" soalku sambil tersenyum. Dalam hati rasa berdetak-detak.
"Untuk makwe abang" kata MNG.
"Yalah, makwe mana?" soalku pula dengan nada yang...hehe biasa-biasa sahaja.
"Ada ramai ke makwe kat dalam rumah ni?" tanya MNG pula dengan senyuman.
Makin melebarlah senyuman aku, "Untuk Yani ya abang?" sudah terang lagikan bersuluh.
"Habis tu?" MNG mengerling aku.

Aduh, so sweetttttttt...... Terima kasih abang.

Kasih sayang aku padanya bukanlah kerana hadiah yang diberi, tapi semakin mengenal si dia aku semakin sayangkannya. Ya Allah, KAU berkatilah rumahtangga aku. KAU limpahi hidup kami dengan penuh kasih sayang. Aku sayangkan dia keranamu ya Allah.

Wednesday, July 04, 2012

..demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Dah 4 hari aku demam. Dah 2 hari aku MC. Walla...demam ni memang sangat menyakitkan.
Dahlah pening kepala, tekak pulak macam mencucuk-cucuk. Sungguh tak selesa..
Pleaseeee... aku nak sihat semula. Huh, camne nak sihat kalau malas makan ubat..heee itu en suami yg selalu cakap. Bukan aku malas tapi..ermmmm apa ya ayat yang sesuai? takut?..huishhh tklah. Nak jimat ubat kut..hahah ada ke alasan yang cenggini? Apapun aku dah rajin makan ubat sekarang ni. Tak mahu telepek je kepenatan. Dah masuk keje ni, kerja pulak berlambak kenalah aku sihat cepat.

Oh, masa dah time..nk makan ubat...(^_^)
 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design