Tuesday, December 04, 2012

Asam Pedas Mr Nice Guy..Hmmm Terangkat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari Ahad malam aku memang jarang memasak sebabnya ada Pasar Malam. Owhh sangat best sebabnya hari minggu begitu memang padat aktiviti aku dengan kerja seharian. Bermula dari awal pagi dengan memasak sarapan, mengemas rumah, membasuh kain, melipat kain, masak tengahari dan menggosok baju kerja.

Sewaktu memilih baju untuk digosok bekalan untuk seminggu waktu bekerja, aku melihat en suami sibuk mencari2 sesuatu di celahan timbunan kotak2 hadiah perkahwinan kami. Apa yang dicari? Aku hanya melihat tanpa bertanya.

Apabila en suami sudah duduk semula menghadap TV, aku tanyakan kepadanya nak makan apa untuk makan malam nanti. Kata encik suami dia nak masak asam pedas ikan talapia merah. Okay, fahamlah aku apa yang dicarinya tadi kerana sejak semalamnya en suami kata dia teringin mahu makan asam pedas yang dimasak di dalam claypot. Katanya juga seingatnya kami ada menerima hadiah perkahwinan periuk seperti itu.

Owh memang benar-ADA! Aku kurang ingat siapa yang bagi tapi memang sangat berterima kasih atas hadiah itu.

Maka bermulalah aktiviti en suami memasak asam pedas. Psssttt..dia memang pandai masak!

Bila sudah siap, en suami pun memanggil aku yang sedang menggosok pakaian.

Kekanda: Tak mahu ambil gambar ke?
(Perlilah tu sebabnya setiap kali aku masak hidangan baru pasti aku akan ambil gambar)
Adinda: Tak mahulah sebab xde resipi. Orang nak masukkan dalam blog resipi. 
Kekanda: Okay, jom makan!

Tidak lama kemudian:-

Adinda: Abang, ada ambik gambar tak tadi?
Kekanda: (Hairan. Namun senyuman terukir di bibirnya - Perlilah tu!) Aik? Kata tadi xnak ambik gambar?
Adinda: (Senyum2 jugak) Ala, bukan nak letak dlm blog resipi tapi dalam blog lain.
Kekanda: (Senyum)

Tadaaa....inilah dia! Rasanya? Memang best!!!

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design