Wednesday, September 26, 2012

You got problem with my driving?....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ehsan dari Mr Google
Hari ini, pepagi sampai sahaja di pejabat aku pesan kepada seorang teman bahawa aku nak 'booking' dia tghri ini untuk menemankan aku keluar (teman ppuan ek). Destinasi aku mahu ke Bank. Tahu sahajalah bukan sahaja urusan dgn pihak Bank agak lambat kerana terpaksa menunggu giliran nombor dipanggil, tetapi juga tempat nak parkir kereta yang sangatlah limited dan susah nak dapat tghri2 waktu puncak tu kan.

Mujur dia mahu menemankan. Dua kali jugalah aku pusing mencari 'port' yang cantik untuk aku landingkan keretaku sekejap. Sementara kawanku menunggu di kereta, aku segera menyelesaikan urusan penting. Yang pertama: 'Fast Banking'. Cepat dan pantas. Urusan kedua pula, ke kaunter. Rupanya urusan aku tidk dapat dijalankan di sana. Cawangan di Seksyen 14 pula katanya.

Bergegaslah aku ke situ. Kalau boleh semua urusan mahu aku siapkan dalam hari ini juga, lecehlah nak bertangguh2 ni. Sampai di situ, lagi satu hal. Parking! Adoi sudahlah lokasinya dekat dengan jalan, tempat parkir sangat2 limited. Asal nampak sahaja mana tempat yang boleh aku selit akan aku cuba.

"Eh depan tu boleh yani." kata kawan di sebelah.
"Yelah." aku mengiakan.

Kereta ku halakan ke tempat yang ditunjukkan rakan. Dalam hati rasa tidak muat ni. Takut 'buntut' kereta aku dicium pulak. Lagipun itu tempat parkir motor. Tapi aku cuba masuk jugak hehe....
Kemudian seorang lelaki yang sedang bersiap sedia mahu naik motornya tersenyum memandangku. Aku katakan padanya yang aku mahu letak kereta di situ.

Dia ketawa dan berkata "Perempuan, kalau bawa kereta sesuka hati aje nak masuk!"

Gedebuk!! Aik? Terasakah aku? Of course!!! Haha...

Aku pun ketawa perlahan. Malu? Taklah. Ada aku kisah? Taklah. Ada orang lain kisah? Taklah.
Okay2 kisahlah kut kalau aku mengganggu jalan mereka. Tapi aku lagi kisah sebenarnya. Elok2 aku parkir dgn keadaan kereta yang cantik tetiba calar sana sini, takkan tak kisah lagi??

Akhirnya aku ambik keputusan membuat pusingan sekali lagi. Dapat tempat yang selesa. Dengan rakan menunggu di dalam kereta, aku menyelesaikan urusan dgn senang hati. Alhamdulillah, selesai.

Sekarang, bab nak isi perut pula. Kami cadang nak bungkus sahaja di kawasan berdekatan. Setiap kali ke mana-mana masalah aku adalah tempat parking! Sampai di kawasan medan selera, aku mahu  mencari tempat parking yg selesa sedikit. Beratur menunggu giliran untuk ke hujung sana di jalan dua hala yang sempit. Kereta di hadapan aku berhenti agak lama. Dia memberi signal kanan, adakah mahu parking kereta? Tetapi tidak nampak ada kereta yang mahu keluar. Hairan juga aku. Aku bunyikan hon kereta sebagai 'reminder' manalah tahu kut dia berangan ke sampai terlupa ke alam realiti. Menunggu lagi seminit dua. Masih tidak bergerak. Tidak boleh jadi ni. Hati dah mula hot. Se'hot' aku yang kat dalam kereta di dalam keadaan yang panas terik di luar hehe.

Orang belakang pun dah mula membunyikan hon. Kemudian ku lihat mamat yang memandu kereta di hadapan ku keluar. Aku tanyakan padanya adakah dia mahu parking kereta. Katanya ya, menunggu sebuah kereta MyVi yang mahu keluar.

Perlahan2 aku lihat kereta MyVi tu mengundur ke belakang, kemudian ke depan lagi. Lepas tu ke belakang lagi, kemudian ke depan lagi. Dalam hati tertanya2 juga. Wanita ni mahu keluar atau masuk? Aku lihat dia terkial2 dan berkali2 undur dan maju. Adoii....lamanya masa yang diambil utk keluar.

Tanpa disangka2 kawan aku yang juga perempuan berkata, "Patutlah yani, org kata perempuan ni kalau bawa kereta...................................".

.....dia tidak menghabiskan ayatnya namun aku dapat menangkap maksud kata-kata itu. Dalam hati mengiakan (dah situasi berlaku di depan mata, haruskan aku menafikan lagi?) Teringat juga kata2 en suami, 'perempuan ni suka bawa kereta sesuka hati' (ini pengalaman dia sendiri.Walaupun kami selalu berdebat pasal ni. of cozlah aku nk menangkan kaum aku dan tentulah dia sokong kaumnya..lol)

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design