Tuesday, September 25, 2012

Aktiviti Bukit Gasing..dekat jer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat yang lepas, aku bersama 7 orang rakan yang lain bersemangat memulakan aktiviti mendaki bukit Gasing. Ini bukanlah kali pertama aku ke sana. Sebelum ini sampai jugaklah ke puncak sana.

Pukul 6 petang kami telah berkumpul beramai-ramai dan memulakan aktiviti trekking. Cuaca pada hari itu agak gelap kerana hari mau hujan. Sewaktu kami naik, berselisih dengan beberapa pendaki yang lain yang sedang berpusu-pusu turun. Takut hari gelap, nak hujan kata mereka.

Namun kami tetap meneruskan perjalanan. Terus terang aku katakan tenaga aku memang tidak sama seperti dahulu. Adoii..adakah faktor pemakanan? faktor perubahan jadual harian? Haha walau apa pun faktornya, tetap juga aku rasa aku semakin semput!!

Kali ini aku mengalah sahajalah. Aku dan 2 org teman hanya mampu sehingga ke Jambatan Gantung. Kami menunggu di situ (bersama payung yang terbuka - kerana hari hujan), sementara beberapa org teman yang lain meneruskan pendakian. Tapi mereka juga tidak naik sehingga ke puncak. Alasan: kasihan kat kami..erkkk...

Seorang kawan bertanya keesokan harinya samada badan aku lenguh2 atau tidak. Hehe..TAK DE PUN! jawabku. Memang tak ada aku terasa lenguh atau sengal2. Cuma rasa segar sahaja.

Boleh ke aku jadikan aktiviti ini aktiviti mingguan? Untuk menambah stamina apa salahnya kan. Jomlah kita sihatkan diri...

Wednesday, September 19, 2012

Ku Nanti Kepulanganmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bukan cover sebenar
Tengah sibuk mendelete email2 yang sudah bersawang dalam kotak email yang sudah hampir mencecah ke angka seribu tu, aku terjumpa cerpen lama aku ni. Aku lupalah samada pernah aku hantar ke mana2 majalah ataupun tidak. Memang lama dah. Waktu aku mula2 berjinak nak menghantar cerpen. Hehe gaya penulisan pun masa itu masih kolot bebenar dengan tatabahasa yang tunggang langgang. Tergelak aje aku membacanya.  Aku kongsikan di dalam blog ini..:-

Aryanie Ismail, dengan bangganya mempersembahkan........(^_^)

KU NANTI KEPULANGANMU

“Kau okay tak?” tanya Saiful.
Nadia mengangguk. Termengah-mengah dia mengambil nafas. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah. Dijelingnya Farhan yang tersengih-sengih. Kalau diikutkan hatinya mahu dia menumbuk si Farhan tu. Kurang ajar!
“Awak ni bila marah cantiklah Nadia.” usik Farhan.
Nadia menjelirkan lidahnya. Tak senonoh!
“Ei, awak ni buat saya geram aje!” Farhan tidak serik mengusik Nadia. Saiful di sebelah yang merenungnya tidak dihiraukan. Peduli apa dengan budak lembut tu. Seronok benar dia dapat mengusik Nadia.
“Boleh tak kau jangan ganggu aku? Aku benci tengok muka kau. Kalau aku dan Saiful kena gigit anjing tadi, nahas kau aku kerjakan!” marah Nadia. Geram benar dia melihat gelagat Farhan yang sering mengganggunya.
“Jangan benci-benci, nanti awak suka. Kalau awak suka, saya lagi suka.”
Sekali lagi Farhan dijelingnya. Ini bukan pertama kali malah seringkali dia dan Saiful melalui lorong itu, pasti mereka dikejar anjing. Kalau tidak kerana Farhan yang suka mengagah anjing tersebut sudah tentu mereka tidak perlu berjoging di waktu tengahari begini. Selalunya Farhan yang kebetulan melalui lorong yang sama akan lari terlebih dahulu, meninggalkan dia dan Saiful terkial-kial di belakang cuba menyelamatkan diri.
“Sudahlah Saiful. Jangan dilayan orang gila ni. Jom kita masuk kelas.” Nadia mengajak Saiful masuk ke dalam kelas. Malas mahu bertelagah dengan Farhan.
“Alah Nadia. Dengan mamat lembut ni kau berkawan. Cubalah kau cari kawan lelaki yang gagah macam aku ni.” perli Farhan. Dia ketawa sambil diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.
Nadia mencebik Farhan. Lengan Saiful dipautnya. Dia memandang wajah Saiful. Mengerti perasaan Saiful.
“Jangan ambil hati dengan mereka Saiful.” pujuk Nadia.
“Saya dah biasa begini Nadia. Mulut orang nak bercakap tiada siapa boleh menghalangnya.” sayu suara Saiful. Dia memandang Nadia, tersenyum menyembunyikan kedukaannya. Mereka berpisah di hujung koridor memandangkan kelas mereka berlainan. Saiful tua setahun dari Nadia. Walaupun secara zahirnya Saiful kelihatan lembut, namun Nadia yakin di sebalik kelembutannya tersembunyi naluri kelakian Saiful. Sejak dari kecil mereka berkawan, Entah kenapa Nadia berasa selamat apabila berjalan dengan Saiful. Lagipun Saiful merupakan jiran sebelah rumahnya. Emak dan ayah juga percayakan Saiful. Ke mana dia pergi, pasti Saiful ada bersama.


NADIA tersenyum sendiri. Setiap hari dia pasti akan melalui lorong tersebut. Kenangan bersama Saiful 12 tahun yang lalu sering membuatkannya ketawa sendiri. Entah di mana Saiful agaknya ketika ini. Selepas tamat PMR Saiful telah pergi ke Perak. Dia mendapat peluang belajar di Sekolah Menengah Teknik di sana. Mereka cuma berhubung melalui surat sahaja. Saiful juga tidak pulang ke rumah bila cuti menjelang. Selepas tamat SPM, Saiful meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi dan Nadia sendiri melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Malangnya hubungan mereka semakin hari semakin jauh dan seterusnya terputus begitu sahaja. Entah Saiful masih ingat lagi atau tidak akan dirinya. Bagaimana rupa Saiful sekarang? Masih terkenang di ingatannya Saiful berjumpa dengannya sebelum pergi ke Perak.
“Nadia…”
Nadia terpaku mendengar suara Saiful yang berbisik memanggil namanya. Di pandangnya wajah nakal Saiful yang menunduk dan hanya sesekali memandangnya. Saiful boleh diketegorikan sebagai lelaki kacak namun sayang sekali dia berperwatakan lembut. Kadang kala kasihan juga Nadia apabila melihat Saiful diejek oleh rakan-rakannya. Nadialah orang pertama yang akan dicari oleh Saiful untuk menceritakan masalahnya. Nadia sabar menanti butir bicara Saiful selanjutnya.
“Kalau aku tak ada nanti, kau akan rindukan aku tak?”
“Mestilah aku akan rindukan kau. Kaulah kawan baik aku Saiful. Kawan ketawa dan kawan menangis. Kalau kau tak ada nanti, siapa yang nak temankan aku lagi? Siapa yang nak selamatkan aku dari dibuli oleh Farhan?” sebak Nadia mengenangkan Saiful yang akan pergi jauh darinya.
“Aku takut kalau aku tak dapat melindungi kau Nadia. Tapi sebaik mungkin aku akan jaga engkau. Yang pasti, aku akan sentiasa rindukan kau.” kata Saiful.
Suasana sepi antara mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Bila kau sampai sana nanti, tulislah surat kepada aku ya. Kau jangan lupakan aku.” pesan Nadia.
“Aku tidak akan lupakan kau. Nadia, boleh tak kalau kau tunggu sampai aku balik?”
Nadia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Saiful. Nada suara Saiful juga agak berlainan, namun dia hanya mengangguk sahaja.
“Kalau aku dikejar anjing nanti, siapa yang nak lari bersama-sama dengan aku?” Nadia berseloroh.
“Saya akan pastikan yang Farhan tidak akan mengganggu awak lagi.” kata Saiful serius.
Nadia tidak tahu apa yang telah diperkatakan oleh Saiful kepada Farhan kerana selepas itu memang Farhan tidak lagi mengganggunya.
Nadia tersentak, lamunannya hilang entah kemana apabila dikejutkan dengan bunyi bingit hon kereta dari arah belakang. Bingit dan bertalu-talu. Hish, tidak reti bersabarkan orang belakang ni? sempat Nadia merungut. Dengan cepat dia melajukan kenderaannya. Diusap-usap dadanya. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung.
Setelah memarkir keretanya di halaman rumah, Nadia berlari-lari naik ke atas rumah. Waktu Maghrib sudah hampir ke penghujungnya, takut kalau dia tidak sempat mengerjakan kewajipan terhadapNya. Pesanan Saiful supaya dia menjaga solat sentiasa kemas dalam ingatannya. Hari ini sekali lagi dia terpaksa pulang lewat, banyak kerja yang harus disiapkan. Fikirnya tadi mahu mengerjakan solat di surau pejabat, tapi memandangkan dia hanya bersendirian di pejabat, dibatalkan sahaja niatnya.
“Ya ALLAH, budak ni!” tegur Puan Fauziah yang hampir dilanggar oleh Nadia. Menggeleng kepala melihat gelagat anak tunggalnya itu.
Selesai solat, Nadia membantu emaknya menghidang lauk pauk untuk hidangan makan malam.
“Assalamualaikum…”
Salam yang dihulurkan dijawab dengan ikhlas. Nadia pantas membuka pintu dan melihat seorang lelaki tersenyum memandangnya.
Nadia termangu. Direnungnya wajah lelaki di hadapannya “Er.., cari siapa?” tanyanya. Wajah lelaki di hadapannya ini mirip benar dengan wajah Saiful, cuma penampilannya jauh berbeza. Nadia ingin bertanya, namun dibatalkan hasratnya, bimbang tersilap orang.
“Emak ada?” tanya lelaki itu sambil tersenyum manis.
“Ada. Er, sebentar ya. Mak!”panggil Nadia.
“Eh..,bila balik?” tanya Puan Fatimah yang baru keluar dari dapur.
“Tengahari tadi sampai makcik.. Ni ha, ada lauk mak suruh hantar.”
“Marilah naik. Jemputlah makan sekali.” Pelawa Makcik Timah.
“Tak apalah Makcik. Lain kali saja.” Saiful berlalu, namun sempat mengenyitkan  mata pada Nadia.
Nadia memerhatikan wajah lelaki bertubuh sasa itu dengan penuh tanda tanya.
            “Siapa tu mak?” soal Nadia kepada emaknya.
           “Lah, kan itu Saiful. Jiran kita dulu. Kawan baik kamu.” Ujar Makcik Timah seraya berlalu ke dapur.
           Nadia termangu di situ. Saiful? Berubah benar dia. Tidak lembut seperti dahulu. Tapi kenapa Saiful langsung tidak mahu menegurnya? Sudah lupakah Saiful dengannya?  Mustahil.

“SAIFUL? Betul ke Saiful ni?” tanya Nadia meminta kepastian.
“Kenapa? Tak percaya ke?” usik Saiful lagi.
“Apa bukti kalau awak ni Saiful?” duga Nadia.
Saiful mengeluarkan saputangan berwarna kehijauan dari poket seluarnya dan menghulurkan kepada Nadia.
Nadia menyambut sambil membelek-belek saputangan tersebut. Dia mencari-cari sesuatu. Kemudian dia memandang Saiful.
“Awak dah berubah. Jauh berubah.” perlahan suara Nadia. Saputangan yang terukir namanya dan nama Saiful itu digenggam erat. Itu adalah hadiah daripadanya sewaktu Saiful mahu berangkat ke Perak. Dia tidak menyangka Saiful  masih menyimpannya.
“Awak suka dengan perubahan saya ni?” tanya Saiful.
“Perubahan awak ni bagus untuk masa depan awak Saiful. Saya tumpang gembira.”
“Awak yang membuatkan saya berubah.”
“Saya?” Nadia kehairanan.
Saiful mengangguk. “Saya sayangkan awak dari dulu lagi Nadia. Tapi saya tak berani nak luahkan isi hati sebab saya tahu awak pasti tidak akan menerima lelaki macam saya. Maksud saya, lelaki yang tidak pasti kelelakiannya. Lagipun waktu itu kita masih di bangku sekolah. Saya pergi jauh mencari kekuatan diri dan alhamdulillah, saya berjaya menjadi seorang lelaki sejati pada fizikalnya.”
“Tapi, kenapa baru sekarang awak balik Saiful? Setelah 12 tahun.”
“Kenapa? Awak dah ada kekasih ke?” Saiful merenung wajah Nadia dalam kesamaran malam. Angin yang bertiup terasa membahang.
            Nadia ketawa “Kalau iya, bagaimana?”
Saiful menarik nafas dalam-dalam. Dia berdiri dan berpeluk tubuh. Tubuhnya sasa, kelihatan otot-otot lengannya yang tegap di sebalik T-shirt lengan panjang yang dipakainya.
“Saya tidak boleh memaksa awak untuk menunggu saya, Nadia. Saya faham dan saya turut bahagia sekiranya awak gembira. Nampaknya saya bertepuk sebelah tangan. Sebelum pulang ke sini, saya sudah bersedia menghadapi apa-apa sahaja kemungkinan. Seandainya awak tidak terima saya, saya redha. Mungkin jodoh saya bukan dengan awak.” Saiful berpaling menatap Nadia. “Siapa lelaki yang bertuah itu Nadia? Awak tidak mahu memperkenalkan dia dengan saya?”
“Kasih awak terlalu murni buat saya Saiful. Bila saya dah yakin, dan bila tiba masanya nanti, saya akan kenalkan dengan awak, Saiful. Dia lelaki yang baik,. Saya pasti awak akan suka dengan pilihan saya. Dan yang lebih penting, awak kenal dengan dia.” Nadia tersenyum, berlari meninggalkan Saiful yang termangu.

Dua bulan telah berlalu….

Nadia menjengok ke luar jendela. Keadaan di luar sana agak riuh dan meriah.
“Aku takutlah.” kata Nadia memandang Hanim yang sedang menggeledah kotak make-upnya.
Rilekslah. Duduk sini cepat, aku nak jampi sikit supaya make-up aku menjadi hari ni.” arah Hanim.
“Alah kau ni. Bukannya nak kahwin pun. Lagipun aku kan dah cantik, kau tak payah risau.” Usik Nadia.
“Sayang oi! Sebab cantiklah aku risau. Takut nanti aku solekkan engkau dah jadi tak cantik.”
Nadia ketawa. Dia duduk dan menghadap cermin solek. Dengan perlahan Hanim menyentuh wajahnya.
“Ha,dah siap! Cantik juga kerja tangan aku. Dah tak macam Nadia lagi, tapi macam Siti Nurhaliza.” puji Hanim.
“Ah, engkau angkat bakul sendiri. Tapi yalah. Aku ni memang cantik rupanya.” Nadia memuji diri sendiri.
Hanim ketawa. “Manalah Saiful tak tertarik”
Nadia turut ketawa. Sewaktu dia memperkenalkan wajah kekasihnya kepada Saiful sebulan yang lalu, dapat dilihatnya riak wajah Saiful penuh kegembiraan. Kasih yang dihulur bersambut jua akhirnya. Bukan kerana Saiful segak dan kacak, tapi kerana Saiful yang memahami dirinya, yang akan melindunginya bila dia memerlukan. Suara orang memberi salam menambahkan getaran di dada Nadia.
“Dah sampailah Nadia rombongan pihak lelaki” kata-kata Hanim disambut dengan senyuman. Dia sabar menanti perbincangan antara keluarganya dan keluarga Saiful. Sesekali kedengaran ketawa mereka yang berada di luar beradu. Debaran di dada Nadia semakin bertambah apabila tiba-tiba pintu biliknya terkuak dan ibu Saiful datang menyarungkan cincin pertunangan di jari manisnya.


TAMAT



Tuesday, September 18, 2012

Siapakah yang layak memegang watak hantu Kak Limah sebenarnya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Haha..tak boleh blah betul dgn gambar ni kan? Inilah hasil keje org yg banyak masa terluang (kawan opis aku ler)... 

Kenapa aku masuk dalam entri ini?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cuba teka siapakah aku?
Bentukku panjang. Berukuran lebih kurang 7cm. Badanku tirus, mempunyai kepala yang sedikit besar berwarna hitam. Tuan aku sangat sayangkan aku. Aku diletakkan di dalam rumah yang diperbuat daripada kulit dan berwarna hitam (hitam itu menawan). Aku tidak dibiarkan bersendirian di dalam rumah tapi ditemani oleh 2 sahabat yang lain. Tiap-tiap hari tuan aku akan membawa aku bersamanya. Kiranya aku ni sangat pentinglah untuk dia. Tanpa aku dia tidak akan dapat ke mana-mana. Tanpa aku dia seperti org buta kehilangan tongkat. Aku harus dipertemukan dengan soul mate aku agar aku dapat 'bernyawa' seperti biasa. 

Tapi hari ini dia telah melupakan aku. Dia membawa aku bersamanya tetapi dia tidak menggunakan aku. Aku tidak marahkan dia kerana tidak menggunakan aku tapi aku marah kerana dia melupakan dan meninggalkan aku. Kenapakah dia tega melakukan sedemikian? Aku sangat sedih.

Dapat tak kalian meneka apakah bendanya itu?

Hehe...Alkisahnya hari ini aku keluar makan bersama 2 org teman. Aku tidak membawa kereta hanya mengikut kereta teman. Setelah selesai makan, kami pulang semula ke opis. Hampir sahaja mahu ke bilik department aku, barulah aku perasan kunci kereta ku tiada. Yang ada hanyalah dompet dan telefon bimbit. Di manakah aku letakkan kunci kereta aku?

Adoiii...puaslah mencari tidak juga berjumpa. Ku lihat semula di kereta kawan, namun masih tidak ku temui. Lantas aku meminjam kereta kawan dan berpatah semula ke tempat kami makan. Naib baik dekat sahaja. Ku tanyakan kepada pemilik kedai itu tapi hampa kerana mereka tidak perasan langsung akan kunci kereta ku itu. Dengan langkah kecewa aku pulang semula ke pejabat. Di pertengahan jalan aku meraba-raba tempat duduk hadapan. Di sebelahku yang memandu adalah kawan sepejabat yang aku minta tolong. Tiba-tiba aku tergelak kuat kerana kunci keretaku elok sahaja terselit di tepi pintu. Hehe..jangan marah ya kengkawan.

Macamana aku boleh tk perasan agaknya ya? Heheh...nak kena tambah ke ketebalan cermin mata aku? Owhh noooo!!!

Friday, September 14, 2012

Penderita ulser mulut mengambil tindakan drastik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Petaling Jaya : Akibat tidak tahan dengan rasa sakit di dalam mulutnya, seorang wanita mengambil tindakan drastik dengan menggosok ulser di mulutnya menggunakan GARAM. Menurutnya ......

***************************

Haha tak payahlah aku nak sambung berita itu ya. Korang google atau tengok kat mukabuku aku pun memang takkan jumpa walaupun apa yang akan aku ceritakan ini adalah kisah benar. Kisah aku!

Akibat tidak tahan sangat dengan rasa nyut-nyut dan nyeri ni (tak tahu nk describe camne) maka pendekatan yang aku ambil adalah menenyeh garam di tempat yg sakit. Walla...rasa sakitnya macam nak menjerit aje. Tapi apa nak buat. Sekarang ni pilihan yang aku ada : Biarkan sahaja dan tanggung rasa sakit itu sekurang2nya seminggu ATAU rasa sakit dalam masa sehari sahaja lepas itu dah boleh tersenyum manis. Buatlah pilihan mengikut keselesaan masing-masing ya. Setakat ini aku tidak jumpa sebarang petua yang boleh menghilangkan ulser ni dengan cepat kecuali GARAM (Dah pernah cuba mmg ternyata berkesan)

Sakit memang tapi aku harus tabahkan hati ini. Mana taknya, pipi aku kelihatan tembam dari biasa (ahaks) kerana bengkak ulser ni. Takmoh ah! Wekend ni ada jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka. Mestilah aku nak kelihatan cantik, slim dan bergaya. (pakej yang harus ada bersama aku..hehe)

So, cepatlah rasa sakit ini hilang....

Mari kita baca info mengenai ulser ini di sini. Di bawah ini aku kopipes sedikit info.


Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
bullet
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
bullet
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
bullet
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
bullet
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
bullet
daya menahan sakit yang lemah.
bullet
kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
bullet
tekanan perasaan (stress).
bullet
alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
bullet
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
bullet
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
bullet
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
bullet
kurangkan air berasid.
bullet
gunakan antiseptik untuk berkumur.
bullet
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
bullet
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
bullet
minum air dengan banyak.
bullet
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
bullet
ambil mineral zink dan zat besi.
bullet
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
bullet
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
bullet
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
bullet
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.


Nasi Lemak Kerang Yang Terlampau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ini aku membawa kete en suami. Hoho ada rasa  nervous yang melanda. Jantung rasa berdetak-detak. Ini bukanlah kali pertama aku membawanya namun entahlah rasa itu tidak pernah hilang. Mungkin juga kerana bukan milik sendiri maka aku terasa tanggungjawab menjaga kereta itu lebih berat dan membuatkan aku menjadi tensi.

Dengan lafaz bismillah dan doa membawa kereta, aku pun memulakan langkah dengan perasaan berdebar. Haha lagaknya seperti sang perawan yang pertama kali mahu berjumpa kekasih hati. Alhamdulillah akhirnya sampai juga di pejabat dengan selamat. Elok sahaja tempat parkir yang sederhana besar menanti aku. Diri terasa bertuah heee...

Okay, mari sambung cerita. Sempat membebel pulak aku ni

Pagi ini terasa lapar pula. Macam dh agak lama tak makan nasi lemak. Cadangnya nak membeli di kawasan rumah aku sahaja (nasi lemaknya sedap dan murah. Ayam gorengnya enak dan besar..walla!) Namun hasrat tak kesampaian kerana aku malas nak singgah2 sebabnya nanti harus berpatah balik mahu ke jalan besar.

Setelah meletakkan beg di dalam bilik, aku pun bercadang mahu membeli nasi lemak di gerai hadapan taman ini sahaja. Aku turun ke pantry terlebih dahulu untuk meletakkan mug.

"I nak pergi beli nasi lemak kat depan ni." aku memberitahu seorang teman.

"Depan ni mahal yani." balas kawanku.

"Tak apalah. I nak cuba. Lapar pulak pagi ni." 

Aku pun turun membeli nasi lemak. Ketika aku sampai di sana, ada seorang pelanggan lagi. Kulihat wajah amoi itu sedikit berkerut apabila penjual itu memberitahu harga beliannya. RM5.50. Tidaklah ku tahu apa lauk yang dibelinya.

Aku membeli nasi lemak berlaukkan kerang sambal. Kuantiti kerang itu sedikit sahaja. Lebih kurang setengah senduk nasi yang leper itu. Dia membungkusnya. Apabila aku bertanyakan harga, dia diam sahaja. Aku pun malas nak bertanya lagi terus menyerahkan not 10 ringgit. Dia mengambil wang seringgit beberapa keping dan satu wang syiling 50 puluh sen diserahkan kepada aku. Aku mengambilnya dan berjalan pergi. Sambil berjalan aku mengira wang baki. RM5.50! Berapa harga nasi melak kerang aku? RM4.50!!!
Geramnya rasa hati. MAHAL SUNGGUH harganya. Aku pula sudah berlalu pergi. Kalau tidak mahu juga aku tanyakan kakak penjual itu kenapa mahal sangat harganya. HARGA TERLAMPAU.
Jika dibuat kira-kira:-

Nasi Lemak Kosong - RM1.50
Sambal Kerang - RM3.00

Adakah harga ini memang standard di mana-mana? Di kawasan rumah aku  nasi lemak berlaukkan ayam goreng yg besar hanya RM3.50 sahaja. Mahal sangatkah harga barang sekarang ni? Tapi aku rasa tidaklah sampai peniaga boleh sesuka hati meletak harga. Memanglah selepas ini, tidak ingin aku membeli di situ lagi.

Thursday, September 13, 2012

Apa yang best untuk bfast pagi ni ya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam aku dah masak nasi goreng sedap. Haha..puji diri sendiri kan? Yelah, siapa lagi kalau bukan diri sendiri. Lagipun aku rasakan skill memasak aku dh bertambah baik (hiks...puji diri sendiri lagi). Bilaku tanyakan pada en suami, dia hanya tersenyum simpul. Motifnya? Kesimpulannya? Hee fikir sendiri.

Tak caya? Meh lawat blog masakan aku kat www.ratuhati2012.blogspot.com. Masih baru memang, tapi sikit2 aku updatelah kan. Sekadar utk rujukan sendiri je. Buka blog ni pun sebab ada kengkawan yang minta resipi dan aku pun nk kongsi resipi mereka. Tapi buat masa ni hanya aku sahaja yang rajin hapdet, huuu.

Pagi ni buat sandwich sardin yang digoreng bersalut telur. Macamana tu? Hehe..jap lagi aku update kat blog masakan. Buat tu takdelah banyak tapi dapatlah jugak kengkawan makan seorang 2 ketul. Lebihan dari sambal sardin yang aku masak untuk makan malam. Sayangkan kalau dibiarkan sahaja.

Ada pulak masa aku nk update blog masakan aku kan? Heheh..curi2 masa. La ni pun aku curi2 masa keje gak taip entri ni. Syhhhhh...server masih tak boleh buka maa..so kita buka tenetlah....enjoyyyy (eh syhhh...)

Sunday, September 02, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru hari ini berkesempatan nak menjengah blog setelah sekian lama. Aku bercuti agak lama juga. Bermula dari hari Jumaat sebelum raya dan mula bekerja pada hari Selasa seminggu kemudiannya.

Bila dah cuti lama, mood nak kerja pun macam siput jelah, walaupun sebenarnya kerja banyak berlambak atas meja. Haishhh..pelan2 kayuh na..hiks..

Alhamdulillah, manuskrip utk novel kedua telah aku siapkan sepenuhnya. Telah pun dihantar ke pihak penerbit untuk tindakan selanjutnya. Mudah2an akan diterima, amin..

Minggu ini agak sibuk juga. Hari Merdeka, aku dan encik suami keluar berjalan2 sambil nonton wayang. Padahal Mall yang paling dekat di depan rumah sahaja, tapi konon nak berjalan jauh sikit, maka kami pergi ke Paradigm Mall. Hmm...tak ada apa yang best sgt pun di sana. Lagi best Mall yg di depan rumah ni..hehe. Hari ini pula, pergi ke majlis kenduri kawan, seterusnya ke rumah kakak pula makan mee bandung. Esok masih belum pasti. Mungkin di rumah sahaja buat kerja2 rumah. Lagipun nak masak kerana lusanya kami di pejabat akan buat majlis berhari raya. Pot Luck! Aku nak bawa apa huh? Hmmm.... akan update kemudian...