Wednesday, August 15, 2012

..Subhanallah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam aku bersama 2 orang teman iftar di Kenny Rogers Subang Parade. Sementara menunggu waktu berbuka, seorang teman mahu ke surau memandangkan dia belum menunaikan solat Asar. Aku pun bersetuju menemaninya walaupun aku sudah bersolat di pejabat sebelumnya. Terfikir nanti terus maghrib sahajalah. Sempat kami membungkus muffin sebagai pengalas perut waktu berbuka nanti.

Surau di mall ini memang cantik dan selesa. Sedang aku duduk di sejadah menunggu masuknya waktu Maghrib, datanglah seorang kanak-kanak kukira usianya di dalam lingkungan 8 atau 9 tahun. Laju sahaja dia mengambil tempat di hadapan dan meletakkan barang2nya di sejadah. Kemudian dia mengambil wuduk dan bersembahyang. Dia memakai telekung yang khas dijahit kerana itulah pertama kali aku melihat telekung yang sebegitu (dijahit labuh sehingga ke kaki) Kuperhatikan gerak gerinya dengan rasa kagum. Kanak-kanak itu bersendirian. Terfikir juga di mana penjaganya? Ah, mungkin dia bersama bapanya yang bersolat dia surau lelaki, aku membuat andaian.

Setelah selesai, dia mengemaskan barang-barangnya dan berlalu keluar. Ku pandang rakan di sebelah, rupanya dia juga sempat memerhatikan kanak-kanak itu. Terbit rasa kagum atas didikan ibu bapanya. Bayangkan kanak2 seusia itu sudah tahu tanggungjawabnya tanpa perlu pantauan dari orang tuanya.

Adakah anak-anak kita di luar sana yang begini? Memang jarang sekali rasanya. Sedangkan anak-anak buah aku sendiri kalau tidak diingatkan pasti mereka akan lalai. Subahanallah...

Thursday, August 02, 2012

Blog baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang ni sangat busy. Heee dan sekarang ni pun aku dah buka satu blog baru khas untuk segala entri masakan haha kedengarannya sangatlah eksyen kan?

Since sudah ada whatsapp, bulan pose ni citernya tak lain bukan pasal shoppinglah, anaklah, makanan, masakan. Segala2nya kami kongsi. So aku ambil keputusan nak bukak (dh bukak pun) satu blog khas utk segala jenis masakan yang telah aku dan kawan2 cuba. Bolehlah jadi rujukan di masa akan datang. Namun blog tu masih belum dapat dikemaskini lagi sebab aku mengejar masa menyiapkan satu projek yang harus dihantar secepat mungkin...hoooo...bolehke ni? Pasti Boleh!! Insya Allah...

Okay chow dulu..nk minum jelly....opssssssssssss!!