Friday, July 13, 2012

..Bestnya menjadi novelis KAKINOVEL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ihsan dari KakiNovel


Percaya tak kalau aku cakap best?
Mestilah best sbb aku dah melaluinya.
Hee..camne aku tahu? 
Sbb aku salah seorang novelis KN. 
Publisher lain tak best ke? 
Jawapan aku ringkas je 'Tak tahu sebab aku tk pernah nk enggage dgn lain2 publisher. 
Kenapa tak pernah? 
Haha..jawabnya, kerana aku ada satu je novel di pasaran
Kenapa satu je? Malas? 
Eh,bukan malas tp takde masa....


Haaa alasan je kan. Tapi sememangnya aku mengambil masa yg agak lama nak menyiapkan satu manuskrip. Apatah lagi sejak ada komitmen ni. Siang bekerja, balik keje lak harus siapkan tugasan rumahtangga. Alah orang lain pun ada rumahtangga tapi kenapa dorg boleh kan? Hmm...nanti2lah. Yg pasti aku memang akan siapkan, lambat atau cepat je (kes kali ni dah tentu lambat). Lagipun lagi sikit je nak habis ni. Semangat tu kengkadang membuar2 nak menulis. Okay2 harap aku dpt menghabiskannya secepat mungkin.


Okay berbalik kepada tajuk entri di aatas, sebabnya Pihak Penerbitan Kaki Novel bagi novel percuma untuk semua novelisnya. Syarikat lain aku tak tahulah pula. Dalam entri yang lepas ada aku ceritakan tentang novel percuma jugak kan? Aku ingatkan untuk bulan itu sahaja. Rupanya bulan ini pun aku dapat novel juga. Bukan nak cerita pasal aku dapat novel percuma tapi nak cerita betapa bestnya menjadi novelis KN. Dan betapa bestnya semua novel2 KN. Tak caya? Cuba korang beli dan baca. (Sbb letak perkataan 'beli' itu; dah beli tentulah nak baca kan? Hmm..sbb ada juga orang yg pinjam dan baca haha. Lepas tu dh pinjam tak reti2 nk pulang?) Aku pun ada juga pinjam tp aku pulangkan balik la lepas dah baca. Pastu bertukar2 lah dgn kawan tu. Kalau dia tak pulangkan novel aku, aku tk pulangkan novel dia (^_^)

Ini yang membuatkan semangat makin membara nk menghabiskan manuskrip ini. Cemburu tau bila orang keluar dengan novel baru..hehehe..

Okaylah kalau korang nak baca, dapatkan novel2 keluaran KakiNovel di kedai2 buku berhampiran atau boleh sahaja order online di sini

Tak sabar nak membaca buku2 tu semua...

1 comment:

rafina mimi abdullah said...

salam..kita pun rasa diri kita bertuah sangat dapat terbitkan manuskirp di bawah naungan kaki novel..penerbitnya yg sangat bermurah hati dan baik sekali..ewahhh :D