Wednesday, June 06, 2012

Satu untuk awak, satu untuk saya..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4.6.2012 bermakna genap setahun usia pernikahan aku dan suami.

Pagi itu kami pergi kerja seperti biasa. Aku tidak mengucapkan apa2 utk si dia. Sampai di pejabat, barulah aku smskan kata-kata romantik utk suami hehe.. dia pun membalasnya 'abang pun sama'...

Pagi sekitar jam sepuluh lebih, ada jambangan bunga ros merah untuk aku. Aku merasa sungguh teruja, terharu dan gembira. Owhhh si dia ingat rupanya. Aku sms suami dan mengucapkan terima kasih atas tanda ingatan. Cuma untuk dia aku tak tahu nak belikan apa. Bila kutanyakan padanya dia hanya senyum sahaja. 

Lantas tercetus idea nak buat surprise. Tghri itu aku telefon kedai bunga menanyakan sama ada mereka menyediakan penghataran kek atau tidak. Ada cuma sayangnya mereka tiada kek cawan. Hmmm aku inginnkan yang senang supaya en suami boleh berkongsi kek2 tersebut dengan kawan2. Kalau sebiji kek terasa leceh dia nak memotong. Akhirnya aku mengambil keputusan menghantar jambungan ferrero rocher untuk si dia tersayang. Nasib baik kedai itu boleh membuat penghantaran pada hari itu juga..heee

Doaku semoga perhubungan aku dan suami akan kekal bahagia hingga hujung nyawa.

No comments: