Wednesday, June 13, 2012

Sajian Hari Ini: Sambal Udang Petai Dan Ayam Sambal Hijau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambal Udang Petai

Hari itu aku masak sambal udang petai ni. Sebabnya MNG teringin katanya nak makan petai. Kebetulan udang memang dah ada dalam peti sejuk, maka jadilah resipi ini. Tak habis makan hari itu, esoknya aku bawa ke pejabat. Makan beramai2 dengan kengkawan. Alhamdulillah, sehingga menjilat jari..kuikui
Jom tengok resipi:-

Bahan-bahan
  1. Udang - dibuang kepala dan kulit bahagian badan (kulit ni direbus sehingga menghasilkan stok udang) Tinggalkan sedikit di bahagian ekor. Motifnya supaya  nampak lawa sikit kut hahaha
  2. Petai - buang kulit dan belah dua. aku beli petai yg sudah siap dikupas.
  3. Bawang besar (potong gegelang)
  4. Bawang merah - digiling
  5. Bawang putih - digiling
  6. Sedikit udang kering - digiling
  7. Cili kering - digiling berasingan atau cili kisar
  8. Air asam jawa
  9. Bahan perasa (Garam/gula)
Note : Sukatan tu agak2 sendiri jelah ek. 

Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Kacau lagi sehingga terbit minyak
  5. Masukkan sedikit air rebusan kulit udang tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan petai dan bawang besar, gaul hingga sebati.
  8. Masukkan pula udang dan goreng sebentar. 
  9. Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.
Tips: Selalunya aku akan gorengkan dahulu udang dan petai separuh masak. 

Ayam Sambal Hijau



Resipi ni MNG yg ajar padaku. Kemudian aku nampak pula dalam buku resipi 1 Hari 1 Resipi dari Chef Hanieliza. (resipinya lebih kurang sama) Buku yang dibeli oleh en suami atas permintaan aku hehe...Besarlah harapan aku untuk memasak yg sedap2 utk suami. Aku masak ni agak banyak jadi pagi esoknya aku buatkan nasi goreng memandangkan nasi pun ada berlebih. Bawa ke pejabat dan bg kengkawan makan. Alhamdulillah habis...
Jom tengok resipi:-

Bahan-bahan
  1. Ayam - aku suka potong agak kecil. Digaul dengan kunyit dan garam
  2. Kentang - potong memanjang. Gaul dengan kunyit dan garam juga.
  3. Suhun - potong pendek dan rendam.
  4. Bawang besar - potong gegelang
  5. Cili besar - digiling
  6. Cili padi - digiling
  7. Bawang merah - digiling
  8. Bawang putih - digiling
  9. Halia - digiling
  10. Serai - diketuk
  11. Jus perahan limau (limau yg org buat air tu limau kasturi ke limau nipis? yg itulah - aku selalu konpius)
  12. Bahan perasa (garam/gula)
Note : Sukatan tu agak2 sendiri jelah ek. 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Goreng ayam dan kentang dahulu.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bhn tumbuk bersama serai tadi. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. 
  3. Perasakan dengan garam. Nak masukkan gula pun boleh kalau nk kurangkan pedas.
  4. Curahkan jus perahan limau. 
  5. Kacau lagi sehingga garing.
  6. Kemudian masukkan bawang besar, kacau rata.
  7. Masukkan ayam, kentang yang telah digoreng tadi bersama dengan suhun. 
  8. Kacau sebati, angkat dan hidang.

Tips: (Tips yg baru dipraktikkan semalam ) Ikut tips dari Chef Joe - Masterchef Selebriti. Bahan-bahan giling (bawang2 dan cili digoreng terlebih dahulu sebelum digiling)



0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design