Wednesday, May 23, 2012

..bila nak siap?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




 Sighh..itu ajelah yang boleh aku katakan buat masa ini. Kerja office macam tk mau habis2 je. Setiap hari tk boleh nk siapkan, dateline yg diberi pun kekadang terbabas..camner? Nak kerja lebih masa, office pula paling lewat pun dlm pukul 7-8mlm je waktu yg ada orang. Nak bawa balik rumah pulak, nanti ada yg menjeling, sudahnya dari sampai pejabat sampai ke pulang punggungku melekap ajelah kat kerusi. Sebab tulah punggung aku semakin solid heee teeettttttt......

Itu pun asyik ada je keje yg datang. Takpelah ikhlaskan aje. Dah namanya mencari rezeki yg halal kan. Penat jangan dikiralah. Memang aku skrg ni penat je..tapi tkleh nk tunjuk. Pendam jelah sendiri2 huhu...

Itu baru kerja office, belum lagi dicampur dengan projek peribadi aku. Azam aku nk siapkan manuskrip asyik tergendala aje. Dahlah lappy pulak rosak..wah betapa nasib tak menyebelahi aku nampaknya..

Semenjak dari awal perkahwinan sehinggalah hampir menjejak ke setahun bulan depan, gambar yg diprint masih ada yg belum lengkap. Mak pulak dh bertanya mana gambar..sedara yg datang semuanya nk tgk gambar kahwin..aduhaiii..

Kebetulan pulak hari tu groupon ada offer untuk buat photobook dengan diskaun yg menarik. Aku pun grab jelah offer tu..heee pun ambik masa berbulan gak nak siapkan. Nasib baiklah dateline lama lagi. Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan design mengikut kesukaan aku..hasilnya..tadaaa!!!! Seronok je aku masa dapat photobook ni!





Nilah rupanya. Semua peristiwa ada dimuatkan dalam ni...
Okaylah kan hasilnya. Ringan pun ringan photobook ni.

Lepas tu ada pulak offer untuk print gambar saiz 3R. Pun aku grab jugak offer tu. Namun masih belum sempat lagi nak pilih 200 keping gambar yang nak diprint. Takpe, masih ada masa sehingga Oktober nanti..

Manuskrip ke-dua sudah hampir ke penghujung (sikittttt je lagi) Setiap kali aku nk sambung je..mesti ada je perkara yg membantutkan. Sedangkan aku banyak idea nk menulis ni. Manuskrip ke-3 pun sudah dirangka sedikit, begitu juga manuskrip ke-4 (wahhhh macam bagus..tapi hanya jalan cerita je yg aku dpt..nk menggarapnya entah berapa tahun lagilah agaknya).

Harap2 dapatlah aku siapkan yg ke-dua itu dengan kadar segera..amin

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design