Thursday, May 31, 2012

.. aku tewas jua..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini aku mengalah juga. Mengalah dari pergi bekerja. Sebabnya aku DEMAM! Huu sangat tak suka.

Minggu yang lepas, sempat jugaklah aku menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Teluk Intan. Selamat Pengantin Baru Fizah & Irfan. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Sehari sebelumnya pula menghadiri majlis kenduri saudara sebelah suami pula di Sg Siput. Selamat pengantin baru jua buat mereka.

Otw ke Teluk Intan tu sempat jugaklah kami ke Menara Condong dan bergambar ala kadar (hee menggunakan henfon je)...itupun aku dh tak tahu camne nk masukkan dlm lappy ni (pudate: dh masuk pun-menggunakan hp yg encik suami bg heee) Service yg ada dah tk available dah. Flickr pulak nk kena bayar? huh. Kalau berkesempatan nanti aku bluetooth kan jelah kat lappy nanti. Lappy hubby ni tkde pulak bluetooth, lappy aku entah bila masa nk repairnya ntah.

Hari Isnin memang sengaja aku mengambil cuti. Kononnya nk berehat tapi haishh tak juga. Pepagi aku ke Putrajaya bersama kakak2 ku atas urusan dengan pihak kerajaan..haha bunyi mcm best jekan.

Selesai sudah, kami singgah mkn di Umai Cafe-Restoran Monumen Alaf Baru. Makan sambil tgk pemandangan tasik. Di sana kami hanya order makanan ringkas je mcm bubur pengat pisang, bubur jagung, pulut durian, penkek kelapa, cucur udang, anak2 buah pulak sibuk nk mkn nasi goreng ayam. Makanan kat sini mmg bestlah. Sesuai dgn citarasa aku. Buburnya enak dan tidak terlalu manis.

Selepas itu temanlah kakak aku membuat segala urusan perbank kan dia tu. Dengan cuaca yg sangat panas memang tidak tertahan. Tapi apa nk buat, harungi jua. Dia akhirat nanti lebih panas rasanya berkali-kali ganda kan..

Selesai segala urusan, aku mahu pulang. Tup2 anak2 buah pulak sibuk nk ikut. Nak mandi kolam katanya. Owh lupa aku sudah musim cuti sekolah rupanya. Dari kecil sampai ke besar nk ikut. Yg besar tu biasalah sibuk nk ke gym. Masa badan dh naik nilah mereka2 itu sibuk nk jaga bdn semula. Haha, masa kuar dgn awek di kala malam balun je mkn kan..heee. Aku hanya jd penunggu di tepian kolam. Nak mandi sama aku seganlah sbb cuaca masih terang benderang. Ada tak ada pun selalunya malam br turun mandi ditemani oleh encik suami atau anak2 buah yg dtg bertandang.

Tetiba anak buah yg kecil menjerit "Acik, laparlah!"

Hee.. aku pun  mengajak mereka naik ke atas. Keluarkan segala isi peti ais untuk dimasak mlm itu. Sementara itu aku biarkan mereka makan roti bakar cicah sambal sardin...yummy!!

Aku masak ayam masak sambal hijau dan tomyan seafood sahajoo. Tetiba tgh mkn tu anak buah aku yg besar tu pun berkata, "Acik skrg ni masak makin sedaplah!" Di iyakan pula dgn anak buah aku yg lelain.

Wah, tersengih je aku dgn pujian itu. Maka habislah semua lauk2 aku mlm itu. Lega rasanya sbb tk perlu nk simpan2 lauk dlm lemari sejuk lagi. Cuma kesian nasi tak cukup untuk mereka bertambah2. Lain kalilah ya.

Malam itu aku sudah merasa seram sejuk. Adoii..mulalah terfikir demam yg akan dtg menyerang. Bila en. suami balik kerja (kesian en suami drawingnya yg berlambak2 itu harus disiapkan) dia bg aku ubat demam utk ditelan. Esoknya terasa mls mahu ke tempat kerja sbb rasa tk sihat sgt tp mengenangnya ada tender yg harus aku siapkan maka aku gagahkan juga. Tp seriusly mmg bdn aku seram sejuk dah. Esoknya pun begitu juga. Cadangnya nk ambil MC sahaja tp kawn satu department aku pulak cuti. Maka mahu tidak mahu aku kuatkan juga semangat.

Malam tadi pulak, aku masak sup ketam sbb ramai kengkawan kata mknlah sup ketam. Elok utk badan dan demam. Makan itulah yg aku buat.

Pagi ini, hidung aku semakin tersumbat, suara aku pun sudah tidak semerdu seperti biasa, bdn pun terasa panas, maka aku mengambil keputusan utk berjuma doktor sejekap lagi. Walaupun masih ada kerja yg belum lagi siap, tapi aku harus utamakan kesihatan dulu. Kerja mmg tidak akan habis.

Panjang pulak celoteh aku pepagi ini. Kata tidak sihat tapi... Hmmm badan je tidak sihat, minda masih okeh kihkih.

No comments: