Tuesday, May 15, 2012

Aku dan Masakan - Pajeri Nenas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Semalam, aku masak Pajeri Nenas. Aku ni bukanlah penggemar pajeri nenas tapi disebabkan MNG suka maka aku pun belajarlah masak masakan ni. Tak pandai memang, tapi apapun aku kenalah belajar kan? Nak menambat hati suami, kata orang tambatlah perutnya hehe..yeke? Apapun aku mmg suka dan ikhlas je nk masak utk si dia...

Maka, setiap kali aku nk masak masakan yg aku jarang2 dan tak pernah masak ni, byklah laman web resipi2 ni yg aku buka. Satu demi satu aku belek dan aku baca. Carilah resipi mana yg senang sikit. Nanti dah terror tu bolehlah aku cuba resipi yg rumit.

Sudah siap dan hidang, si dia pun makan. Bila ku tanya sedap atau tidak, si dia hanya tersenyum dengan manisnya. So konklusinya? Sedap atau tidak? jeng..jeng..jeng....

Bila aku rasa, mcm hmmmm...boleh layan.

Sejak hidup bersama ni, sbnrnya byk yg aku belajar. Makanan yg tidak pernah aku makan dan tidak aku suka, entah macam mana boleh pulak menjadi kesukaan aku. Memang benarlah kan, semuanya bermula dari minda. Kita sendiri yg membentuk positif atau negatifnya. Dulu aku tak suka dan tk pernah sangat nk makan sambal sardin ni, tapi sejak MNG mengajar aku cara2 memasak sardin yg sedap, maka aku dh mula suka. Serius, bila aku hidangkan kepada saudara mara yg datang, ternyata ada yg mengatakan sambal sardin itu sedap. Hee bila ku beritahu kepada MNG, dia hanya tersenyum senang (Huuu banggalah tu kan resipi dia)

Okay, jom masak Pajeri Nenas

Bahan-Bahan 

Nenas - potong bulat. (Aku potong kecil sedikit.)
Bawang merah, putih, halia dan sebiji cili merah - giling. Sukatan agak2 ajelah.
Santan - dalam setengah cawan.
Kerisik - dalam 2 sudu
Serbuk kari - dalam 3 sudu (dibancuh dengan sedikit air)
Gula perang/putih - dalam sesudu (secukup rasa)
Garam - secukup rasa
Cili merah/hijau - untuk hiasan

Cara2 


1. Tumis bahan giling sehingga wangi dan pecah minyak, kemudian masukkan serbuk kari yg dibancuh dengan air tadi, kacau sehingga garing dan pecah minyak.
2.Kemudian masukkan santan. Kacau sebentar. Masukkan kerisik, gula dan garam. Agak2 kuah dan sedikit pekat, masukkan nenas dan cili merah/hijau.
3. Agak2 nenas dah masak, tutup api dan hidangkan.


0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design