Monday, April 16, 2012

Di mana akhirnya kita?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hujung minggu yang lepas, aku mengikut MNG ke kampung. Nak tolong mak dan bapa mertua yang akan berpindah. Huhu lepas ni tak adalah kampung yang di kelilingi sawah padi lagi. Mesti aku akan rindu suasana di sana nanti. Mungkin sesekali kami boleh pulang dan bermalam di sana (ayat org yg tkde kg seperti aku) hehe.. Tapi suasana yang baru ini nanti pun tidak kalah seronoknya...

Setelah membawa pulang barang sedikit (sekadar termuat) barang2 yg akan dibawa pindah ke tempat baru, kami berehat di tempat baru. Terima pula berita sedih bahawa seorang jiran sebelah rumah telah pergi meninggalkan dunia fana ini.

Aku tak mahu cerita dengan lebih lanjut tentang kemalangan itu cuma apabila terdengar tentang ini, terasa kasihan dengan nasib anak2 yg masih kecil. Aku tahu itu ketentuan Ilahi. Semoga ahli keluarga yang masih hidup akan tabah menghadapi hidup di masa hadapan. Al-Fatihah buat arwah.

Aku mula berfikir, di mana akhirnya hidupku nanti? Bagaimana nasib aku nanti? Bagaimana pula cara kematianku nanti? Tidak dapat kita bayangkan bukan? Bagaimana pula dengan amalan kita? Bersediakah utk menghadapi hidup di alam sana? Cukupkah sudah bekalan yang dibawa sekiranya nyawa yg dipinjamkan Allah sekelip mata ditarik semula?

Apa yang kita mampu, hanya berdoa yang terbaik utk diri sendiri dan ahli keluarga. Dan berusahalah mengumpul segala amalan yg akan dibawa ke sana nanti. Maka, cari galilah segala ilmu dan beri kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus. Amin..



0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design