Friday, March 23, 2012

nescafe tarik satu!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ehsan google.
Tapi nescafe tarik aku tidak berbuih dgn banyak kerana aku tidak menggunakan susu. 

Nescafe tarik satu!! Eh sebenarnya dah dua dah aku minum hari ini. Heeee

Selalunya aku hanya minum air nescafe biasa sahaja. Aku hanya minum nescafe apabila di pejabat sahaja. Di rumah mahupun di luar pejabat memang aku tak ambil minuman sebegini. Alasannya mereka tidak pandai membuat air yang mengikut selera aku (cewah). Sebenarnya aku tidak suka minuman yang manis dan bersusu begini. Aku hanya memerlukan dua cawan kecil creamer dan beberapa ketul gula (heee macamlah boleh dikira kan-sebenarnya sedikit di hujung sudu sahaja)

Tapi hari ini, sewaktu nak buat air di pantri (ramai pulak yg melepak di situ) mereka 'mempengaruhi' aku dengan nescafe tarik. Haa, aku pun kononnya lah nak mencuba, maka suruhlah tea lady tolong tarikkan.

Seorang kawan berkata "Lepas ni you dah rasa mesti nak lagi."

Aku hanya ketawa. Eh rupanya petang tadi aku minta ditarikkan secawan nescafe lagi hee...Jom minum!


0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design