Friday, February 03, 2012

...pelik tapi benar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Teringin? Apa yang aku teringin? hmmm...

Aku teringin keropok lekor! Haha...

Tghri tadi aku keluar sebentar membeli makanan. Dalam perjalanan ternampak sebuah gerai menjual kuih. Salah satu yg terhidang di atas mejanya adalah keropok lekor. Yang nipis dan rangup. Wah, sungguh menyelerakan!

Dalam hati aku berniat akan singgah ke gerai itu untuk membeli barang seringgit dua untuk dibawa ke pejabat - boleh dikongsi bersama rakan sepejabat dalam perjalanan pulang nanti.

Setelah membeli makanan bungkus, aku pun memandu kereta secara perlahan dan mata melilau memerhatikan gerai tersebut, tapi aku tk jumpa gerai itu! Haha..sangat lucu. Ku ambil pusingan U dan sekali lagi melalui jalan itu tapi masih tidak jumpa. Pelik! tapi itulah kebenarannya. Ku pusing sekali lagi. Ternyata memang aku tidak jumpa gerai tersebut. Sudahnya ku pulang ke pejabat dengan deraian air mata yang bercucuran lebat dipipi. (haaa...ayat yg last itu gempak sahaja. Tidaklah sampai ke tahap mengeluarkan airmata!) Heee....

No comments: