Tuesday, January 10, 2012

Ezani...Masterchef Malaysia yg Pertama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa lagi nak cakap...pakej yg baik. Cantik, Bijak dan pandai masak..hehehe

Di awal rancangan ini dahulu, pernah aku katakan kepada Mr Nice Guy, pemenang yang aku jangkakan untuk Masterchef pertama ini pastinya wanita. Mr Nice Guy kurang bersetuju hehehe...kononnya orang lelaki lebih hebat.

Hebat memanglah hebat tapi pasti ada yg terhebat kan. Dan lumrah pertandingan ada yang menang dah kalah.

Sebenarnya nama Ezani ni termasuk di dalam tekaan aku antara yg akan menang di samping Amita, Imelda dan Deena. Bagi aku mereka ini sangat berbakat dan sentiasa menunjukkan peningkatan.

Of coz yg paling kiyut adalah Zamir..hehehe...Brian dan Felix juga antara favourite aku jugak..

Apapun tahniah buat mereka terutamanya Wahidan dan Ezani kerana berjaya ke peringkat akhir. Persaingan yg sengit sebenarnya cuma kemenangan lebih berpihak kepada Ezani. Semoga mereka-mereka ini maju di dalam bidang masing-masing..

No comments: