Friday, January 27, 2012

..Cantik LUAR...Cantik DALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ehsan google..


Wah, kembali berblog semula setelah cuti panjang. Wee...cuti yg menyeronokkan walaupun penat. Penat ke? Apa yang dipenatkan aku pun tak tahulah.

Seronoknya apabila bangun ketika Subuh dan menyediakan air minuman pagi untuk mr nice guy. Kemudian menemani dia menikmati keenakan milo panas dan seterusnya menghantar dia ke muka pintu sehingga kelibatnya hilang dari pandangan...wahhh terasa seronoknya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa...WALAUPUN hanya untuk 2 hari sahaja...

Bukan tidak pernah aku buat begitu, malah itulah kebiasaannya cuma amat jarang sekali aku menghantarnya hingga ke muka pintu. Selalunya hingga ke muka pintu bilik sahaja. Maklumlah aku juga rushing nak pergi ke tempat kerja..

Boleh ke aku ni nk jadi surirumahtangga sepenuh masa agaknya ya? Hee...2 hari bercuti itupun ku rasakan tersangatlah bosannya. Rutin seperti biasa, mengemas rumah, melipat baju dan memasak. Ada antara waktu yg terluang tu, menonton TV namun tidak banyak cerita yg menarik perhatianku. Nak tidur rasa tak selesa pula sebab aku ni jenis yg jarang juga nk tidur siang. Lantas aku membaca buku namun ada kalanya tersengguk jua. Ku cuba lelapkan mata namun sekejap2 terjaga. Sudahnya badan terasa penat2 pula. Maka tidak jadilah aku teruskan tidur. Belek2lah apa kerja yang patut..heee

Pagi ini aku pergi ke tempat kerja mengikut laluan tanpa tol. Pada fikiranku tentulah jalan kurang sesak kerana ramai yg bercuti. Ha, memang betul pun. Jalan agak lengang. Tengah menunggu giliran untuk ke luar simpang, aku terpandang seorang gadis cantik sedang melintas jalan mahu ke seberang tempat parkir kereta. Ku perhatikan gadis cantik itu. Memang cantik orangnya! Berkulit putih kuning, bertubuh kurus langsing dan manis sungguh wajahnya. Kemudian gadis itu kembali melintas jalan semula. Mungkin dia mengambil barang yang tertinggal di keretanya.

Ku perhatikan dia yang melangkah dengan penuh yakin. Bertudung agak labuh menutup dada, berbaju blaus labuh sehingga ke lutut, TAPI sayangnya berseluar LEGGING.

Penampilan dari atas sungguh ayu cuma silapnya kerana sangat kelihatan bentuk kakinya yang tirus itu kerana memakai seluar ketat. Sayang sungguh!

Artikel ni aku kopipes...

 legging ni…bolehke dalam Islam?
Ustaz Asyraf dalam blognya;
Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’.
Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian.
Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad?(21279)
**********
Nota Kaki : Kepada kengkawan muslimah di luar sana, jagalah diri anda okay..kerana dirimu begitu berharga. Aku juga sedang berusaha sebaik mungkin..Insya Allah.

Friday, January 20, 2012

..Masquerade..masquerade...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang dah bole bernafas lega sikit. Meeting dah selesai, annual dinner dah selesai. Fuhh...this wekend + CNY holidays + extra holidays..nak rehat sepuas2nya. Owhhh...balik kampung lagi....lalala...

Berehat dulu sebelum tumpukan perhatian utk oversea trip bulan March nanti. Semoga segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah dan bersyukur dgn rezeki dan kebahagiaan yang dikurniakan..Thank you Allah!

Gambar sekitar annual dinner...



Heee..fesyen rambut yg berharga RM200++..just like that?..hmmm 


Masing2 dh tanggalkan mask yer...


Thursday, January 12, 2012

Egg Tart Portuguese

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedia untuk dibakar di dalam bekas muffin
Ini adalah egg tart yg kedua ku buat. Memang sedaplah kan egg tart ni. Percubaan pertama baik jugak cuma bekas yang ku gunakan terlalu kecil. Hari itu berjalan-jalan di Carrefour, nampaklah bekas muffin ni so aku pun belilah dan bakar egg tart ni menggunakan bekas muffin ni...cantik (bekasnya cantik, egg tart aku tu belumlah lagi nk nampak kecantikannya hehe)..

Hasilnya..jeng..jeng..jeng!! walla!!! Hee cuma tergaring sikit dan toppingnya terkurang  ..
Resipinya...mls nk tulislah. Ada bermacam cara juga sebenarnya. Percubaan pertama aku buat simple sahaja dan sedap. Percubaan kedua aku ikut kat laman  cik mat gebu. memang sedap cuma aku rasa aku terlebih kemanisan gula itu...heee

...Siap akhirnya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ini jelah gambar yg sempat aku ambil..masih belum siap sepenuhnya lagi.
Alhamdulillah, dah siap pun dapur di reno. Lepas ni nak fikir utk pasang kabinet pulak. Terasa pengeluaran duit tu macam air..hmmm. Kesian gak tgk mr nice guy banyak berhabis. Aku? eh aku pun tolong jugak setakat termampu aku. Tkknlah nk biarkan mr nice guy sorg2 je kan sedangkan rumah tu nak duduk sesama.

Kagum jugaklah aku dgn mr nice guy, barang2 dah dibelinya sedikit demi sedikit dan yang paling kagum tu pengiraan dia dalam penggunaan, simen dan tiles semua tu mmg ternyata cukup. Maknanya tiada pembaziran. Cuma total sebenar kos untuk renovation ni aku masih belum buat pengiraan lagi. Resit2 semua dah disatukan, bila ada masa akan aku masukkan ke dalam penyata kira2...

Bila dapur dah baru, terasa semangat tu. Rasa macam tk boleh nk lihat ada barang2 yg mengotorkan dapur tu hehe.. Pantang ada kesan di atas table top tu, cepat2 nk dilap. Heee semangat dapur baru.

Tapi aku masih belum ada kesempatan sangat nk memasak. Di hujung minggu sesekali sahaja berkesempatan, maklumlah skrg ni tgh sibuk dgn kerja. Nanti2lah bila ada kelapangan akan aku manfaatkan dapur itu sepenuhnya. Heee..masterchef???

Tuesday, January 10, 2012

Ezani...Masterchef Malaysia yg Pertama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa lagi nak cakap...pakej yg baik. Cantik, Bijak dan pandai masak..hehehe

Di awal rancangan ini dahulu, pernah aku katakan kepada Mr Nice Guy, pemenang yang aku jangkakan untuk Masterchef pertama ini pastinya wanita. Mr Nice Guy kurang bersetuju hehehe...kononnya orang lelaki lebih hebat.

Hebat memanglah hebat tapi pasti ada yg terhebat kan. Dan lumrah pertandingan ada yang menang dah kalah.

Sebenarnya nama Ezani ni termasuk di dalam tekaan aku antara yg akan menang di samping Amita, Imelda dan Deena. Bagi aku mereka ini sangat berbakat dan sentiasa menunjukkan peningkatan.

Of coz yg paling kiyut adalah Zamir..hehehe...Brian dan Felix juga antara favourite aku jugak..

Apapun tahniah buat mereka terutamanya Wahidan dan Ezani kerana berjaya ke peringkat akhir. Persaingan yg sengit sebenarnya cuma kemenangan lebih berpihak kepada Ezani. Semoga mereka-mereka ini maju di dalam bidang masing-masing..

Happy New Year 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Fuh..fuh...berhabuknya. hehehe..

Happy New Year everyone. Semoga kalian semua beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Yg dh berazam tu penuhilah azam tu yer dengan berusaha bersungguh-sungguh.

Sekejapnya rasa masa berlalu. Kehidupan aku bahagia seperti biasa. Cuma sibuk di san dan di sini. Bulan January ni jadual memang penuh... tp tak apalah, itulah namanya kehidupan...

heee...merepek je kan. Sebenarnya ada yang nak di update kan tapi masa tu kekurangan pulak...nanti-nantilah..