Tuesday, December 04, 2012

Asam Pedas Mr Nice Guy..Hmmm Terangkat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari Ahad malam aku memang jarang memasak sebabnya ada Pasar Malam. Owhh sangat best sebabnya hari minggu begitu memang padat aktiviti aku dengan kerja seharian. Bermula dari awal pagi dengan memasak sarapan, mengemas rumah, membasuh kain, melipat kain, masak tengahari dan menggosok baju kerja.

Sewaktu memilih baju untuk digosok bekalan untuk seminggu waktu bekerja, aku melihat en suami sibuk mencari2 sesuatu di celahan timbunan kotak2 hadiah perkahwinan kami. Apa yang dicari? Aku hanya melihat tanpa bertanya.

Apabila en suami sudah duduk semula menghadap TV, aku tanyakan kepadanya nak makan apa untuk makan malam nanti. Kata encik suami dia nak masak asam pedas ikan talapia merah. Okay, fahamlah aku apa yang dicarinya tadi kerana sejak semalamnya en suami kata dia teringin mahu makan asam pedas yang dimasak di dalam claypot. Katanya juga seingatnya kami ada menerima hadiah perkahwinan periuk seperti itu.

Owh memang benar-ADA! Aku kurang ingat siapa yang bagi tapi memang sangat berterima kasih atas hadiah itu.

Maka bermulalah aktiviti en suami memasak asam pedas. Psssttt..dia memang pandai masak!

Bila sudah siap, en suami pun memanggil aku yang sedang menggosok pakaian.

Kekanda: Tak mahu ambil gambar ke?
(Perlilah tu sebabnya setiap kali aku masak hidangan baru pasti aku akan ambil gambar)
Adinda: Tak mahulah sebab xde resipi. Orang nak masukkan dalam blog resipi. 
Kekanda: Okay, jom makan!

Tidak lama kemudian:-

Adinda: Abang, ada ambik gambar tak tadi?
Kekanda: (Hairan. Namun senyuman terukir di bibirnya - Perlilah tu!) Aik? Kata tadi xnak ambik gambar?
Adinda: (Senyum2 jugak) Ala, bukan nak letak dlm blog resipi tapi dalam blog lain.
Kekanda: (Senyum)

Tadaaa....inilah dia! Rasanya? Memang best!!!

Friday, November 30, 2012

Busyuk..Jom Mandi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Inilah rupa Suri & Neo setelah mereka dimandikan di suatu pagi yang indah.
Mereka ni dah biasa mandi cuma si Neo tu aje yg notty sangat. Badan basah sibuk ke sana  ke mari.
Suri steady aje... macho lah kononnya tu!

Suri


Neo

Friday, November 23, 2012

Kejutan Terindah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari Sabtu yang lepas, kami tidak ke mana-mana. Duduk di rumah berehat sambil menyiapkan kerja rumah apa yang patut.

Petang itu aku lepak di bilik menghadap laptop di atas katil. Layan citer Battleship! Tidak lama kemudian Kekandaku pun masuk dan lepak di samping aku. Dia hanya tersenyum melihat aku yg beria-ia menonton filem tersebut. Sekejap aku ketawa sendiri, sekejap aku tepuk tangan..heeee...

Tidak lama kemudian, Kekanda meletakkan sebuah kotak di hadapan aku.

Adinda:  (ambil kotak sambil mebelek-belek)
Kekanda: Dah nampak kan tadi kat kabinet, tapi buat2 tak tahu
Adinda: Memanglah nampak kotak ni. Abang buat hiasan kan kat kabinet tu?
Kekanda: Cubalah buka.
Adinda: (membuka reben yang melingkari kotak tersebut. Goncang2 sikit. EH, berat!) Handphone! Note!
Kekanda: Ha, kotak kosong ke?
Adinda: Ini untuk yani ke? atau abang nk tunjuk handphone abang baru beli?
Kekanda: Abang nak pakai warna PINK?
Adinda: So untuk yanilah ni?
Kekanda: Habis tu?
Adinda: Terima kasih abang.
Kekanda: (senyum)

Tak tahu nak aku gambarkan perasaan waktu itu. Gembira ada, segan pun ada. Yalah dpt handphone baru siapa yang tak gembira tapi aku segan terasa hadiah itu mahal untuk aku. Dah habis pula beribu nak membeli handphone tu. Bukan satu, malah dibeli juga untuk dirinya sendiri. Semoga Allah melipahkan rezeki halal yang berlipat ganda untuknya.

Terima kasih abang atas segala pemberian abang selama ini. Yani tahu abang tidak pernah minta dibalas. Abang kata itu penghargaan untuk yani. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan abang. Doa yani panjatkan untuk kesejahteraan abang. Selamanya yani akan terus menyayangi abang.

Batik Fun Walk..Aktiviti Di Hari Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


18 November 2012 yang lepas, sekali lagi aku dan kawan2 serta anak2 menyertai Batik Fun Walk (BFW) ini. Riadah di hujung minggu bersama keluarga.

Seawal jam 6.30 pagi kami sudah keluar rumah. Berkumpullan kami di MaTic untuk pendaftaran. Setengah jam sebelum acara bermula kami di suruh warm up dahulu diketuai oleh Linda Jasmin.  Linda Jasmin yang seksi itu bertambah seksi apabila melenggok manja di pentas. Sangat Cantik!

Kemudian acara di mulakan..berjalanlah kami beramai2 pusing2 KL dan KLCC. Tapi kali ini mcm sekejap sahaja dah sampai ke garisan tamat. Hmm patutlah, hanya  checkpoint sahaja berbanding yang aku prg dahulu 8 checkpoint.

Seterusnya kami dihiburkan oleh artis2 Astro dan juga Dina. Owh lupa MC of the Day - Didie Alias. Best dan kelakar sungguh dia. Mmg kami terhibur.


Semasa acara pemberian hadiah dan cabutan bertuah, kami menunggu sahaja giliran nombor dipanggil tapi hampeh seorang pun dari kami tidak ada yang bertuah..tak ada rezeki. Pada aku, tahun ini aktivitinya tidak meriah seperti hari itu. Tapi apa pun anak2 sangat enjoy!!

Friday, November 16, 2012

Doa Amalan..menghiasi buku baru 1434H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bertemu kembali. Ada banyak benda nak cerita sebenarnya tapi masa itu terhad, sesungguhnya masa itu sangat cemburu pada diri ini (yalahhhh)

Minggu yang lepas jalan2 ke Sungai Siput, Perak. Syioknya cuti2 sambil melawat saudara di sana. Bila masuk kerja semula..arghhh lemau kembali.

Apapun, jom layan ni dulu...










Nota Kaki : Sama-samalah kita amalkan doa-doa di atas dalam kehidupan seharian. Salam Ma'al Hijrah

Tuesday, November 06, 2012

Mee Ketam KL....Aku datang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Situasi di hari minggu yang indah seperti biasa....

Bangun pagi, solat Subuh. Kemas2 rumah. Sediakan sarapan pagi untuk kekanda (Bihun goreng yang dibeli - tambahan telur goreng dan hash brown sahaja)

Basuh baju kotor dan lipat baju yang bersih sambil tengok TV. Layan citer Adam & Hawa yang sudah dirakam tapi belum berkesempatan nak tengok.

Keluarkan bahan2 mentah untuk dimasak. Sambung nonton TV semula sementara menunggu bahan mentah nyah-beku. Tiba-tiba kekanda melabuhkan punggung di sofa bersebelahan:-

Kekanda : Rasa macam nak makan kari ketam
Adinda : [Tersenyum] Yeke? Kat mana?
Kekanda : Shah Alam.
Adinda : Bila?
Kekanda : Tghri ni. Lepas Zohor.
Adinda: [Mengangguk dan senyum] Okay
Kekanda: Cepat siap jangan lambat!

Layan makan kari ketam dan udang galah ni bersama nasi putih disulami air Lai Chee Kang (Ejaan betul ke? mlslnya nk google) Yummmyyyyy!!!!!

Thursday, November 01, 2012

Teman Pengganti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini adalah Suri
"Budak" baru dalam rumah kami.
Ceria dengan kehadirannya
baik untuk kami dan juga...Suri.

Suri, hmmm...ke sana ke mari berlari
Nak bermain dengan tubuh yang lebih kecil darinya
Berlari-lari tanpa menghiraukan kami..
Yang dulu2 dinanti kepulangannya

Sudah ada teman pengganti
Penghuni lain tidak dipeduli
Hmmm...tak kisahlah Suri..
Asalkan kamu puas hati..

Main elok-elok..Neo dan Suri!!!

Perkara-perkara yang selalu Muslimah terlepas pandang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Rasa nak berkongsi sedikit maklumat ini untuk semua yang singgah di sini. Juga untuk peringatan buat diri sendiri. Jom tengok, kenkadang kita wanita ni jadi mangsa fesyen jugak kan tanpa menyedari akan impak yang besar pada diri sendiri (sedar sbnrnya tp buat2 tk sdedar kowt heee)

Pandang gambaran di atas dan pandanglah diri sendiri. Mana yang tidak bersesuaian itu marilah kita sama2 perbaiki.

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat dengar radio IKIM. Bercerita pula tentang azab neraka. Ya Allah sangat ngeri dan menakutkan. Kita semua sedar akan pembalasan Allah di akhir zaman nanti tapi kerap juga kita terlupa kan? Marilah muhasabah diri..peace yooo!!!!

Saturday, October 06, 2012

Kisah Petang Khamis...Tegak bulu roma..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Seperti biasa, skrg ni aku asyik balik awal sahaja. Tak macam dulu, sekurang2nya setengah jam mesti stayback kejap kat off. La ni, pukul 5.30 cabut weyhh..

Minggu ni mr nice guy sibuk. Kena kerja sehingga lewat malam. Apa nak buat, dah kerja berlambak katanya. Aku sebagai isteri sangat memahami keadaan kekasih hati aku itu (^_^). Selalu aku pesan padanya, walau sesibuk mana pun, perut jangan kosong. Nanti leka bekerja sampai perut tak terisi.

Hari khamis yang lepas, sampai rumah kira-kira jam 6 lebih. Menunggu lift setelah memakir kereta. Peliknya kerana waktu itu aku hanya bersendirian menunggu lif. Tak seperti biasanya, penuh sahaja ruangan lift lobby tu. Okay, lift yang tengah2 pun tiba, terbuka depan mata. Masuklah aku bersendirian. Tak cuak pun sebabnya ada kamera dalam lif tu. Tekanlah aku tingkat 3A!

Sampai di tingkat tempat aku tinggal, lif berbunyi. Pintu terbuka sedikit! Eh..eh kemudian tertutup kembali. Aku pelik! Lif terus naik ke tingkat atas. Aku cuak! Tekan semula floor yang aku nak pergi. Setiap tingkat aku tekan sebenarnya. Sekadar nak menguji.

Tingkat 8, pintu lift terbuka seperti biasa. Tingkat 7 dan seterusnya juga terbuka seperti biasa.
Tingkat 3A - Ting! Terbuka sedikit kemudian tertutup kembali. Ah, sudah! Apa sudah jadi?! Taknak kasi aku keluar ke? Kujeling kamera kecil di atas hujung lif.

Aku tekan tingat 3. Lif terbuka dan aku keluar. Pergi ke tingkat atas naik tangga. Sedikit seram kerana keadaan sungguh sunyi. Adoiii..berjalan kaki ke unit rumah aku, mulalah bulu roma berdiri dan macam2 aku fikir. Tinggal di rumah yang 'masing2 buat hal sendiri' kadang2 ada rasa cuaknya juga. Dahlah jiran2 bukan semuanya aku kenal. Pintu masing2 bertutup rapat sahaja. Nasib baik sekuriti kawasan ni sangat ketat. Jadi taklah risau kalau org yg bukan2 merayap kat sini.

Percaya atau tidak dalam perjalanan ke unit rumah, mcm2 doa aku baca. Masuk dalam rumah, aku cepat2 cari kucing aku yang gedik tu. Keluarkan dia dari kandang, konon sebagai peneman aku. Tapi si Suri ni pulak, terlari ke sana, lari ke sini. Gedikzz sungguh! Aku panggil dia. Tengok muka aku kejap dengan mata dia yang bersinar dan besar itu, kemudian dia berlari2 dan mengiau2. Haishhh..buat aku terasa lain macam sahaja.

Ah, tak ada apalah. Inilah penangannya aku yang suka menonton dan membaca kisah seram. Sudahnya terbawa2 padahal tak ada apa2 pun..Hiks!

Thursday, October 04, 2012

Pemandangan yang tidak enak dipandang pepagi buta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini, pukul 6.45pagi aku dah tercongok kat opis. Apa aku buat pepagi nih? Hee nak singgah ke rumah mak rasa macam alang2lah pulak. Kang sampai rumah mak, siap2 (makeup2 je..siap2 dr rumah dah) setengah jam kemudian nak keluar balik. so aku ambik keputusan lepak jelah kat kawasan opis ni.

Semalam aku sampai waktu begini juga. Tanpa rasa was2 aku keluar dari kereta dan mengemas kereta. Kemudian lepak kat kedai mamak bawah ni layan roti canai sensorang (wahh..kesiannya) tapi okaylah juga sbb tk ramai org.

Masuk ke pejabat yang pintunya belum dibuka itu (lewat jalan belakang-store!) Uncle yang kerja di bawah sudah sampai awal2, katanya padaku:-

"You kalau mau kemas kereta, jangan buka pintu kereta. Kemas dari dalam sahaja. Bahaya!"

Aku mengiakan.

Petang tu, barulah aku faham maksud uncle itu. Aku diberitahu oleh seorang teman bahawa tempat ni bukan selamat sangat. Pagi2 orang tak ramai. Dah banyak kejadian berlaku. Ragut, kecurian kereta. Baru2 ni pulak, kedai runcit kat bawah ni (selang 3 buah office) kena rompak seawal jam 7.30pagi! Bayangkan kedai itu terletak bersebelah dgn kedai makan yang sentiasa sibuk. Haish..org sekarang dah tk peduli semua tu.

Pagi ni pulak, sampai di pejabat, nak parking kereta ada pulak 2 org mamat India berbisik2 di sebelah kereta aku. Mereka mengutip2 batu di kawasan taman. Aku cuak jugak. Mujur uncle kat bawah ni dah sampai. Dia tunggu aku di luar kereta dan kami berjalan bersama. Fewhhhhh...

Aku katakan kepada uncle ni aku nk minum. Manakala dia terus ke pejabat. Aku order air kopi O dengan nasi lemak. Kemudian melihat orang di kedai itu yg terjenguk2 keluar aku dah rasa lain macam. Beberapa orang wanita yang sedang berjoging juga tidak mahu melintasi kawasan kedai. Aku hairan juga. Kemudian bertanya kepada pelayan kedai.

"Ada orang bergaduh ke?"

"Yalah. Depan sana."

Patutlah bunyi bising. Bertengkar apa, aku pun tidak tahu. 

Akhirnya aku bungkus sahaja nasi lemak. Setelah menghabiskan kopi terus aku masuk ke pejabat. Duduk off layan fesbuk lagi baik heee...

Wednesday, October 03, 2012

Siapa dia? owhhh Shila Amzah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hebohlah orang memperkatakan tentang Shila Amzah yang sudah mengharumkan nama negara tu kan? Sana sini orang bercerita. Tapi memang pun Shila Amzah ni sangat berbakat. Aku memang dah suka tgk dia semasa di awal kemunculan dia dulu. Suaranya memang bagus. Tapi yang aku nak cerita pada entri kali ini adalah:-....

Suatu pagi bos masuk ke dalam bilik kami

"Eh yani, you ada tengok youtube tak?" tanya CEO merangkap HOD aku.
"Yang mana bos?" Jawabku. Macamlah aku ni selalu sangat layan youtube kan.
"Itu, yang budak perempuan yang buat persembahan di Shanghai." katanya. (setelah dialih ke bahasa melayu)
"Siapa itu..Shila..Amzah." perlahan2 bos aku menyebut nama Shila.
"Owh that girl. Ya..hebat kan dia?"
"Yalah, suara dia sangat bagus." puji bos aku.

Aku tersenyum. Bangga juga.
Kemudian, seorang pengurus yang berada di dalam bilik ini turut bersuara.

"You ada tengok tak dia menyanyi lagu cina?" tanya pengurus itu.
"Ada, best kan?" ujarku.
"Yalah. You tahu sebutan mandarin dia sangat bagus! Even Siti Nurhaliza pun ada menyanyi lagu mandarin tapi sebutannya tak berapa. Tapi ini Shila Amzah sangat bagus! Bahasa English dia pun bagus. Suara pun bagus. No wonder dia boleh menang."

Sekali lagi aku tersenyum. Bos aku dan pengurus ini berbangsa cina. Sebabnya rata2 orang yang berbangsa lain kurang kenal dengan penyanyi melayu. Bila mereka sudah mengenali dan mengetahu tentang kehebatan penyanyi melayu ni, bermakna satu kebanggaan buat penyanyi itu sendiri.

Apapun tahniah dik Shila!!

 

Hari yang gelap, kini sudah terang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini hari ke-3 aku sampai ke opis seawal jam 6.50 pagi. Huhu awalnya kan? Apa yang aku buat? Bukannya pintu pejabat bukak pun pepagi  ni?

Hee..minggu ini bermulalah marathon pagi untuk aku. Bukanlah aku ni tak bangun pagi, tapi pepagi tu dah bersiap untuk ke pejabat. Mungkin biasa bagi orang lain waima encik suami pun tapi tidak biasa bagi aku. Apapun alah bisa tegal biasa. Lama2 nanti biasalah tu.

Selalunya, seawal jam 6 pagi mmg aku dah bangun, menyediakan air hangat untuk encik suami dan solat Subuh. Tapi sekarang ni aku kena latih diri aku untuk bangun setengah jam lebih awal dari biasa: maknanya jam 5.30pagi. Mai aihhh boleh ke ni? Sedangkan aku ni jenis yang bukan tidur malam awal sangat. Kalau sebelum kahwin, jika jarum jam belum melebihi angka 12 mmg mata ni tak ngantuk pun. Sejak berkahwin rutin tu agak berputar sikit namun tetap angka tu melewati jam 11 jugak. Sudahnya berapa jam aku tidur? Huuu...tk elok untuk kesihatan dan kecantikan, cewaaahhhhh...!!

Aku dah cuba sedaya mungkin mengikut rentak encik suami. Bangun, solat dan mandi. Tapi seringkali juga encik suami mendahului aku. Psttt kenapa ya? Perempuan ni memang bersiap lambat ke? Taklah jugak kan sebabnya aku hanya memakai baju untuk kerja dan menyarung tudung serta menyembur sedikit wangian sahaja. Make-up2 nantilah apabila sampai kat opis ataupun kat rumah mak yang jaraknya agak dekat dengan pejabat, namun tetap juga encik suami akan berkata :-

"Cepat, dah lambat ni!"

Fewwwwhhhh...habis tu aku nak bangun jam berapa ni?

Tuesday, September 25, 2012

Aktiviti Bukit Gasing..dekat jer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat yang lepas, aku bersama 7 orang rakan yang lain bersemangat memulakan aktiviti mendaki bukit Gasing. Ini bukanlah kali pertama aku ke sana. Sebelum ini sampai jugaklah ke puncak sana.

Pukul 6 petang kami telah berkumpul beramai-ramai dan memulakan aktiviti trekking. Cuaca pada hari itu agak gelap kerana hari mau hujan. Sewaktu kami naik, berselisih dengan beberapa pendaki yang lain yang sedang berpusu-pusu turun. Takut hari gelap, nak hujan kata mereka.

Namun kami tetap meneruskan perjalanan. Terus terang aku katakan tenaga aku memang tidak sama seperti dahulu. Adoii..adakah faktor pemakanan? faktor perubahan jadual harian? Haha walau apa pun faktornya, tetap juga aku rasa aku semakin semput!!

Kali ini aku mengalah sahajalah. Aku dan 2 org teman hanya mampu sehingga ke Jambatan Gantung. Kami menunggu di situ (bersama payung yang terbuka - kerana hari hujan), sementara beberapa org teman yang lain meneruskan pendakian. Tapi mereka juga tidak naik sehingga ke puncak. Alasan: kasihan kat kami..erkkk...

Seorang kawan bertanya keesokan harinya samada badan aku lenguh2 atau tidak. Hehe..TAK DE PUN! jawabku. Memang tak ada aku terasa lenguh atau sengal2. Cuma rasa segar sahaja.

Boleh ke aku jadikan aktiviti ini aktiviti mingguan? Untuk menambah stamina apa salahnya kan. Jomlah kita sihatkan diri...

Wednesday, September 19, 2012

Ku Nanti Kepulanganmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bukan cover sebenar
Tengah sibuk mendelete email2 yang sudah bersawang dalam kotak email yang sudah hampir mencecah ke angka seribu tu, aku terjumpa cerpen lama aku ni. Aku lupalah samada pernah aku hantar ke mana2 majalah ataupun tidak. Memang lama dah. Waktu aku mula2 berjinak nak menghantar cerpen. Hehe gaya penulisan pun masa itu masih kolot bebenar dengan tatabahasa yang tunggang langgang. Tergelak aje aku membacanya.  Aku kongsikan di dalam blog ini..:-

Aryanie Ismail, dengan bangganya mempersembahkan........(^_^)

KU NANTI KEPULANGANMU

“Kau okay tak?” tanya Saiful.
Nadia mengangguk. Termengah-mengah dia mengambil nafas. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah. Dijelingnya Farhan yang tersengih-sengih. Kalau diikutkan hatinya mahu dia menumbuk si Farhan tu. Kurang ajar!
“Awak ni bila marah cantiklah Nadia.” usik Farhan.
Nadia menjelirkan lidahnya. Tak senonoh!
“Ei, awak ni buat saya geram aje!” Farhan tidak serik mengusik Nadia. Saiful di sebelah yang merenungnya tidak dihiraukan. Peduli apa dengan budak lembut tu. Seronok benar dia dapat mengusik Nadia.
“Boleh tak kau jangan ganggu aku? Aku benci tengok muka kau. Kalau aku dan Saiful kena gigit anjing tadi, nahas kau aku kerjakan!” marah Nadia. Geram benar dia melihat gelagat Farhan yang sering mengganggunya.
“Jangan benci-benci, nanti awak suka. Kalau awak suka, saya lagi suka.”
Sekali lagi Farhan dijelingnya. Ini bukan pertama kali malah seringkali dia dan Saiful melalui lorong itu, pasti mereka dikejar anjing. Kalau tidak kerana Farhan yang suka mengagah anjing tersebut sudah tentu mereka tidak perlu berjoging di waktu tengahari begini. Selalunya Farhan yang kebetulan melalui lorong yang sama akan lari terlebih dahulu, meninggalkan dia dan Saiful terkial-kial di belakang cuba menyelamatkan diri.
“Sudahlah Saiful. Jangan dilayan orang gila ni. Jom kita masuk kelas.” Nadia mengajak Saiful masuk ke dalam kelas. Malas mahu bertelagah dengan Farhan.
“Alah Nadia. Dengan mamat lembut ni kau berkawan. Cubalah kau cari kawan lelaki yang gagah macam aku ni.” perli Farhan. Dia ketawa sambil diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.
Nadia mencebik Farhan. Lengan Saiful dipautnya. Dia memandang wajah Saiful. Mengerti perasaan Saiful.
“Jangan ambil hati dengan mereka Saiful.” pujuk Nadia.
“Saya dah biasa begini Nadia. Mulut orang nak bercakap tiada siapa boleh menghalangnya.” sayu suara Saiful. Dia memandang Nadia, tersenyum menyembunyikan kedukaannya. Mereka berpisah di hujung koridor memandangkan kelas mereka berlainan. Saiful tua setahun dari Nadia. Walaupun secara zahirnya Saiful kelihatan lembut, namun Nadia yakin di sebalik kelembutannya tersembunyi naluri kelakian Saiful. Sejak dari kecil mereka berkawan, Entah kenapa Nadia berasa selamat apabila berjalan dengan Saiful. Lagipun Saiful merupakan jiran sebelah rumahnya. Emak dan ayah juga percayakan Saiful. Ke mana dia pergi, pasti Saiful ada bersama.


NADIA tersenyum sendiri. Setiap hari dia pasti akan melalui lorong tersebut. Kenangan bersama Saiful 12 tahun yang lalu sering membuatkannya ketawa sendiri. Entah di mana Saiful agaknya ketika ini. Selepas tamat PMR Saiful telah pergi ke Perak. Dia mendapat peluang belajar di Sekolah Menengah Teknik di sana. Mereka cuma berhubung melalui surat sahaja. Saiful juga tidak pulang ke rumah bila cuti menjelang. Selepas tamat SPM, Saiful meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi dan Nadia sendiri melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Malangnya hubungan mereka semakin hari semakin jauh dan seterusnya terputus begitu sahaja. Entah Saiful masih ingat lagi atau tidak akan dirinya. Bagaimana rupa Saiful sekarang? Masih terkenang di ingatannya Saiful berjumpa dengannya sebelum pergi ke Perak.
“Nadia…”
Nadia terpaku mendengar suara Saiful yang berbisik memanggil namanya. Di pandangnya wajah nakal Saiful yang menunduk dan hanya sesekali memandangnya. Saiful boleh diketegorikan sebagai lelaki kacak namun sayang sekali dia berperwatakan lembut. Kadang kala kasihan juga Nadia apabila melihat Saiful diejek oleh rakan-rakannya. Nadialah orang pertama yang akan dicari oleh Saiful untuk menceritakan masalahnya. Nadia sabar menanti butir bicara Saiful selanjutnya.
“Kalau aku tak ada nanti, kau akan rindukan aku tak?”
“Mestilah aku akan rindukan kau. Kaulah kawan baik aku Saiful. Kawan ketawa dan kawan menangis. Kalau kau tak ada nanti, siapa yang nak temankan aku lagi? Siapa yang nak selamatkan aku dari dibuli oleh Farhan?” sebak Nadia mengenangkan Saiful yang akan pergi jauh darinya.
“Aku takut kalau aku tak dapat melindungi kau Nadia. Tapi sebaik mungkin aku akan jaga engkau. Yang pasti, aku akan sentiasa rindukan kau.” kata Saiful.
Suasana sepi antara mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Bila kau sampai sana nanti, tulislah surat kepada aku ya. Kau jangan lupakan aku.” pesan Nadia.
“Aku tidak akan lupakan kau. Nadia, boleh tak kalau kau tunggu sampai aku balik?”
Nadia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Saiful. Nada suara Saiful juga agak berlainan, namun dia hanya mengangguk sahaja.
“Kalau aku dikejar anjing nanti, siapa yang nak lari bersama-sama dengan aku?” Nadia berseloroh.
“Saya akan pastikan yang Farhan tidak akan mengganggu awak lagi.” kata Saiful serius.
Nadia tidak tahu apa yang telah diperkatakan oleh Saiful kepada Farhan kerana selepas itu memang Farhan tidak lagi mengganggunya.
Nadia tersentak, lamunannya hilang entah kemana apabila dikejutkan dengan bunyi bingit hon kereta dari arah belakang. Bingit dan bertalu-talu. Hish, tidak reti bersabarkan orang belakang ni? sempat Nadia merungut. Dengan cepat dia melajukan kenderaannya. Diusap-usap dadanya. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung.
Setelah memarkir keretanya di halaman rumah, Nadia berlari-lari naik ke atas rumah. Waktu Maghrib sudah hampir ke penghujungnya, takut kalau dia tidak sempat mengerjakan kewajipan terhadapNya. Pesanan Saiful supaya dia menjaga solat sentiasa kemas dalam ingatannya. Hari ini sekali lagi dia terpaksa pulang lewat, banyak kerja yang harus disiapkan. Fikirnya tadi mahu mengerjakan solat di surau pejabat, tapi memandangkan dia hanya bersendirian di pejabat, dibatalkan sahaja niatnya.
“Ya ALLAH, budak ni!” tegur Puan Fauziah yang hampir dilanggar oleh Nadia. Menggeleng kepala melihat gelagat anak tunggalnya itu.
Selesai solat, Nadia membantu emaknya menghidang lauk pauk untuk hidangan makan malam.
“Assalamualaikum…”
Salam yang dihulurkan dijawab dengan ikhlas. Nadia pantas membuka pintu dan melihat seorang lelaki tersenyum memandangnya.
Nadia termangu. Direnungnya wajah lelaki di hadapannya “Er.., cari siapa?” tanyanya. Wajah lelaki di hadapannya ini mirip benar dengan wajah Saiful, cuma penampilannya jauh berbeza. Nadia ingin bertanya, namun dibatalkan hasratnya, bimbang tersilap orang.
“Emak ada?” tanya lelaki itu sambil tersenyum manis.
“Ada. Er, sebentar ya. Mak!”panggil Nadia.
“Eh..,bila balik?” tanya Puan Fatimah yang baru keluar dari dapur.
“Tengahari tadi sampai makcik.. Ni ha, ada lauk mak suruh hantar.”
“Marilah naik. Jemputlah makan sekali.” Pelawa Makcik Timah.
“Tak apalah Makcik. Lain kali saja.” Saiful berlalu, namun sempat mengenyitkan  mata pada Nadia.
Nadia memerhatikan wajah lelaki bertubuh sasa itu dengan penuh tanda tanya.
            “Siapa tu mak?” soal Nadia kepada emaknya.
           “Lah, kan itu Saiful. Jiran kita dulu. Kawan baik kamu.” Ujar Makcik Timah seraya berlalu ke dapur.
           Nadia termangu di situ. Saiful? Berubah benar dia. Tidak lembut seperti dahulu. Tapi kenapa Saiful langsung tidak mahu menegurnya? Sudah lupakah Saiful dengannya?  Mustahil.

“SAIFUL? Betul ke Saiful ni?” tanya Nadia meminta kepastian.
“Kenapa? Tak percaya ke?” usik Saiful lagi.
“Apa bukti kalau awak ni Saiful?” duga Nadia.
Saiful mengeluarkan saputangan berwarna kehijauan dari poket seluarnya dan menghulurkan kepada Nadia.
Nadia menyambut sambil membelek-belek saputangan tersebut. Dia mencari-cari sesuatu. Kemudian dia memandang Saiful.
“Awak dah berubah. Jauh berubah.” perlahan suara Nadia. Saputangan yang terukir namanya dan nama Saiful itu digenggam erat. Itu adalah hadiah daripadanya sewaktu Saiful mahu berangkat ke Perak. Dia tidak menyangka Saiful  masih menyimpannya.
“Awak suka dengan perubahan saya ni?” tanya Saiful.
“Perubahan awak ni bagus untuk masa depan awak Saiful. Saya tumpang gembira.”
“Awak yang membuatkan saya berubah.”
“Saya?” Nadia kehairanan.
Saiful mengangguk. “Saya sayangkan awak dari dulu lagi Nadia. Tapi saya tak berani nak luahkan isi hati sebab saya tahu awak pasti tidak akan menerima lelaki macam saya. Maksud saya, lelaki yang tidak pasti kelelakiannya. Lagipun waktu itu kita masih di bangku sekolah. Saya pergi jauh mencari kekuatan diri dan alhamdulillah, saya berjaya menjadi seorang lelaki sejati pada fizikalnya.”
“Tapi, kenapa baru sekarang awak balik Saiful? Setelah 12 tahun.”
“Kenapa? Awak dah ada kekasih ke?” Saiful merenung wajah Nadia dalam kesamaran malam. Angin yang bertiup terasa membahang.
            Nadia ketawa “Kalau iya, bagaimana?”
Saiful menarik nafas dalam-dalam. Dia berdiri dan berpeluk tubuh. Tubuhnya sasa, kelihatan otot-otot lengannya yang tegap di sebalik T-shirt lengan panjang yang dipakainya.
“Saya tidak boleh memaksa awak untuk menunggu saya, Nadia. Saya faham dan saya turut bahagia sekiranya awak gembira. Nampaknya saya bertepuk sebelah tangan. Sebelum pulang ke sini, saya sudah bersedia menghadapi apa-apa sahaja kemungkinan. Seandainya awak tidak terima saya, saya redha. Mungkin jodoh saya bukan dengan awak.” Saiful berpaling menatap Nadia. “Siapa lelaki yang bertuah itu Nadia? Awak tidak mahu memperkenalkan dia dengan saya?”
“Kasih awak terlalu murni buat saya Saiful. Bila saya dah yakin, dan bila tiba masanya nanti, saya akan kenalkan dengan awak, Saiful. Dia lelaki yang baik,. Saya pasti awak akan suka dengan pilihan saya. Dan yang lebih penting, awak kenal dengan dia.” Nadia tersenyum, berlari meninggalkan Saiful yang termangu.

Dua bulan telah berlalu….

Nadia menjengok ke luar jendela. Keadaan di luar sana agak riuh dan meriah.
“Aku takutlah.” kata Nadia memandang Hanim yang sedang menggeledah kotak make-upnya.
Rilekslah. Duduk sini cepat, aku nak jampi sikit supaya make-up aku menjadi hari ni.” arah Hanim.
“Alah kau ni. Bukannya nak kahwin pun. Lagipun aku kan dah cantik, kau tak payah risau.” Usik Nadia.
“Sayang oi! Sebab cantiklah aku risau. Takut nanti aku solekkan engkau dah jadi tak cantik.”
Nadia ketawa. Dia duduk dan menghadap cermin solek. Dengan perlahan Hanim menyentuh wajahnya.
“Ha,dah siap! Cantik juga kerja tangan aku. Dah tak macam Nadia lagi, tapi macam Siti Nurhaliza.” puji Hanim.
“Ah, engkau angkat bakul sendiri. Tapi yalah. Aku ni memang cantik rupanya.” Nadia memuji diri sendiri.
Hanim ketawa. “Manalah Saiful tak tertarik”
Nadia turut ketawa. Sewaktu dia memperkenalkan wajah kekasihnya kepada Saiful sebulan yang lalu, dapat dilihatnya riak wajah Saiful penuh kegembiraan. Kasih yang dihulur bersambut jua akhirnya. Bukan kerana Saiful segak dan kacak, tapi kerana Saiful yang memahami dirinya, yang akan melindunginya bila dia memerlukan. Suara orang memberi salam menambahkan getaran di dada Nadia.
“Dah sampailah Nadia rombongan pihak lelaki” kata-kata Hanim disambut dengan senyuman. Dia sabar menanti perbincangan antara keluarganya dan keluarga Saiful. Sesekali kedengaran ketawa mereka yang berada di luar beradu. Debaran di dada Nadia semakin bertambah apabila tiba-tiba pintu biliknya terkuak dan ibu Saiful datang menyarungkan cincin pertunangan di jari manisnya.


TAMAT



Tuesday, September 18, 2012

Siapakah yang layak memegang watak hantu Kak Limah sebenarnya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Haha..tak boleh blah betul dgn gambar ni kan? Inilah hasil keje org yg banyak masa terluang (kawan opis aku ler)... 

Kenapa aku masuk dalam entri ini?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cuba teka siapakah aku?
Bentukku panjang. Berukuran lebih kurang 7cm. Badanku tirus, mempunyai kepala yang sedikit besar berwarna hitam. Tuan aku sangat sayangkan aku. Aku diletakkan di dalam rumah yang diperbuat daripada kulit dan berwarna hitam (hitam itu menawan). Aku tidak dibiarkan bersendirian di dalam rumah tapi ditemani oleh 2 sahabat yang lain. Tiap-tiap hari tuan aku akan membawa aku bersamanya. Kiranya aku ni sangat pentinglah untuk dia. Tanpa aku dia tidak akan dapat ke mana-mana. Tanpa aku dia seperti org buta kehilangan tongkat. Aku harus dipertemukan dengan soul mate aku agar aku dapat 'bernyawa' seperti biasa. 

Tapi hari ini dia telah melupakan aku. Dia membawa aku bersamanya tetapi dia tidak menggunakan aku. Aku tidak marahkan dia kerana tidak menggunakan aku tapi aku marah kerana dia melupakan dan meninggalkan aku. Kenapakah dia tega melakukan sedemikian? Aku sangat sedih.

Dapat tak kalian meneka apakah bendanya itu?

Hehe...Alkisahnya hari ini aku keluar makan bersama 2 org teman. Aku tidak membawa kereta hanya mengikut kereta teman. Setelah selesai makan, kami pulang semula ke opis. Hampir sahaja mahu ke bilik department aku, barulah aku perasan kunci kereta ku tiada. Yang ada hanyalah dompet dan telefon bimbit. Di manakah aku letakkan kunci kereta aku?

Adoiii...puaslah mencari tidak juga berjumpa. Ku lihat semula di kereta kawan, namun masih tidak ku temui. Lantas aku meminjam kereta kawan dan berpatah semula ke tempat kami makan. Naib baik dekat sahaja. Ku tanyakan kepada pemilik kedai itu tapi hampa kerana mereka tidak perasan langsung akan kunci kereta ku itu. Dengan langkah kecewa aku pulang semula ke pejabat. Di pertengahan jalan aku meraba-raba tempat duduk hadapan. Di sebelahku yang memandu adalah kawan sepejabat yang aku minta tolong. Tiba-tiba aku tergelak kuat kerana kunci keretaku elok sahaja terselit di tepi pintu. Hehe..jangan marah ya kengkawan.

Macamana aku boleh tk perasan agaknya ya? Heheh...nak kena tambah ke ketebalan cermin mata aku? Owhh noooo!!!

Friday, September 14, 2012

Penderita ulser mulut mengambil tindakan drastik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Petaling Jaya : Akibat tidak tahan dengan rasa sakit di dalam mulutnya, seorang wanita mengambil tindakan drastik dengan menggosok ulser di mulutnya menggunakan GARAM. Menurutnya ......

***************************

Haha tak payahlah aku nak sambung berita itu ya. Korang google atau tengok kat mukabuku aku pun memang takkan jumpa walaupun apa yang akan aku ceritakan ini adalah kisah benar. Kisah aku!

Akibat tidak tahan sangat dengan rasa nyut-nyut dan nyeri ni (tak tahu nk describe camne) maka pendekatan yang aku ambil adalah menenyeh garam di tempat yg sakit. Walla...rasa sakitnya macam nak menjerit aje. Tapi apa nak buat. Sekarang ni pilihan yang aku ada : Biarkan sahaja dan tanggung rasa sakit itu sekurang2nya seminggu ATAU rasa sakit dalam masa sehari sahaja lepas itu dah boleh tersenyum manis. Buatlah pilihan mengikut keselesaan masing-masing ya. Setakat ini aku tidak jumpa sebarang petua yang boleh menghilangkan ulser ni dengan cepat kecuali GARAM (Dah pernah cuba mmg ternyata berkesan)

Sakit memang tapi aku harus tabahkan hati ini. Mana taknya, pipi aku kelihatan tembam dari biasa (ahaks) kerana bengkak ulser ni. Takmoh ah! Wekend ni ada jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka. Mestilah aku nak kelihatan cantik, slim dan bergaya. (pakej yang harus ada bersama aku..hehe)

So, cepatlah rasa sakit ini hilang....

Mari kita baca info mengenai ulser ini di sini. Di bawah ini aku kopipes sedikit info.


Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
bullet
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
bullet
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
bullet
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
bullet
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
bullet
daya menahan sakit yang lemah.
bullet
kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
bullet
tekanan perasaan (stress).
bullet
alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
bullet
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
bullet
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
bullet
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
bullet
kurangkan air berasid.
bullet
gunakan antiseptik untuk berkumur.
bullet
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
bullet
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
bullet
minum air dengan banyak.
bullet
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
bullet
ambil mineral zink dan zat besi.
bullet
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
bullet
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
bullet
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
bullet
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.